April 5, 2008

posted 9:43 AM by with 0 comment

Resepi Mee Bandung




Bahan-bahan :
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
10 tangkai cili kering *
udang kering *
Daging atau ayam yg direbus
2 sudu besar cili sos/tomato/sos tiram (dicampur dalam mangkuk)
2 biji kentang direbus dan dikisar
1 ikat sayur sawi dibasuh dan dipotong
1 bungkus mee kuning
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 bungkus mee kuning
Telur

*dikisar

Bahan hiasan
Daun bawang untuk hiasan
Bawang digoreng untuk hiasan

Cara membuatnya:
1.Goreng bahan yang di kisar sampai garing dan masukkn cili giling.
2.Bila cili dah masak, masukkan ayam yg dipotong kecil2, daging sekali dengan air rebusan.
3.Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dikisar halus.
4.Masukkn sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan garam
5.Bila mendidih masukkan sawi dan tomato. Akhir sekali, pecahkn telur.
6.Biarkan seketika, kemudian taburkan bahan hias diatas mee dan siap untuk dihidangkan .
P/s : Resepi mee bandung ini rasanya manis , pedas dan masin2 sikit.Jangan biarkan mee direndam lama dalam kuah supaya tidak terlalu kembang.Sesuai dimakan semasa masakan masih panas.
Read More