August 7, 2010

Pakej 3 hari di HKL akibat tonsilitis

Alhamdulillah..selesai sudah op utk tonsil SSL yang sekian lama menghantui dan membebani diri..cewahhh. Bayangkan la tonsil ni dah semakin teruk sampai dah dekat 2 minggu demam tak fully recover tu dan mak pulak dah bising sebab saya asyik tangguh jumpa doktor.

Teringat dulu masa sakit tonsil semasa kerja kat UN, seorang manager tu cakap kena makan aiskrim, memula rasa pelik sebab ishh tak masuk akal tapi bila kena serangan dan saya pun cuba..wahh memang berkesan sebab aiskrim akan buat rasa kebas jadi nak makan apa pun tak perlu takut tapi kalau sesiapa ada tonsil dan tahap macam saya yg boleh tengok sendiri blisters kat kedua2 belah dalam tekak dan bila telan air liur pun sakit sampai ke telinga, saya syorkan buang la tonsil tu sebab seorang dewasa InshaAllah tak ada yang perlu dikhuatirkan.

Setelah selesai sesi berjumpa doktor dan sesi berjumpa pakar bius yang menerangkan pro dan cons..yang agak menakutkan tapi bertabah lah untuk get rid the tonsil.

01 Ogos 2010 kena daftar masuk HKL dan siap mintak kat dhubby sy nak 1st class tapi yang 4 katil sebab kalau katil berdua erkkk mmg tak la nak dok dengan kesunyian tu tapi bilik yang sy dapat pun tak de pulak pesakit la pulak..so masih seorang jugak kat SW14 nihehe. 

Image may contain: one or more people, kitchen and indoor
siap boleh berposing dua beradik ni kann

Image may contain: one or more people and people sitting

02 Ogos 2010 hari yang dinantikan telah tiba dan telah selesai segalanya..syukur kehadrat Ilahi yg telah memudahkan segala urusan sebelum op dan selepas op. Memang tak sedar waktu masuk OT selepas baring kat pengusung dan bila letak ubat bius langsung tak sedar..sedar jer bila dikejutkan oleh nurse..Alhamdulillah tak de komplikasi tapi waktu dihantar balik ke bilik..mmg antara sedar dengan tidak la hehe.  Bila dhubby datang pun masih lemah.

Image may contain: indoor
Kena berpuasa sejak malam

No automatic alt text available.
Selepas selesai operation, masih piwai

First thing yang sampai bila balik kat bilik tu atas tray ada air ais dengan ketul ais..erkk dah mmg sy bukan suka minum minuman berais tp kena la telan jugak sebab ais akan buat rasa numb dibahagian tekak

Image may contain: food
sarapan pagi...sedap ni..slurpp..slupppp tak payah kunyah

Image may contain: food

03 Ogos 2010 since tak de apa2 yang memudaratkan so sy pun being discharged.  Yeayyy boleh balik rumah!

11 Ogos nanti  kita semua umat Islam akan berpuasa dan mana la tau kan kot2 boleh terus kurus sebab macam anak buah yang buat op tonsil tu lepas op terus kurus handsome gitu..haha

So sesiapa ada problem tonsilitis tu jangan bimbang, just go for the op..legaaa


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!