Ayam Masam Manis

Wednesday, October 13, 2010 0 Comments A+ a-




Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam, dipotong ikut kesukaan, dibersihkan, dibasuh dengan tepung dan asam limau
1 labu bawang dipotong baji
1 biji tomato dipotong baji
Daun bawang dipotong sepanjang 1 inci
Nenas dalam tin - dipotong kiub
2 sudu sos cili
3 sudu sos tomato

Bahan untuk dikisar/ditumbuk:-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih - diketuk jangan sampai hancur

Cara membuatnya:-
  • Lumurkan garam kunyit pada ayam dan ayam digoreng separuh masak.
  • Tumiskan bahang yang dikisar hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan ditambah dengan air, dikacau hingga sebati 
  • Masukkan nenas dan ayam, digaul hingga semuanya disalut dengan sos
  • Tambah air jika perlu untuk pastikan semua bahagian ayam tu diselaputi sos
  • Masukkan tomato, gula dan garam, perlahankan api
  • Taburkan daun bawang, sup dan tutup api
Apa lagi kaut la..makan dengan nasi panas2..

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!