Astro oh Astro

AF-Logo.jpg

http://en.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia

Kalau betullah Ahmad Dhani ni Pengetua AF7 rasanya ramai yang boikot AF tahun ni.  Ishh Malaysia ni macam hard up sangat dengan orang seberang yang tak pernah jemu dok mengata, mengutuk dan menganyang Malaysia.  Memanglah mereka ni bagus (bagus ker?) kot kalau tak masakan Anuar Zain dan penyanyi Malaysia yang lelain sibuk cari komposer dari sana!  Sebelum ni kat Erwin Gutawa (orang seberang gak) digembur2 sebagai calon tapi dinafikan dan mengatakan tak pernah mendapat apa2 tawaran malah tidak berminat hehehehe

Apa kat Malaysia ni dah kehabisan komposer atau orang yang hebat ker untuk menjadi Pengetua AF?  ASTRO....oh ASTRO memang tak perihatin langsung tentang sensitiviti orang Malaysia dan membelakangkan ramai lagi penggiat seni tempatan. Walau ramai orang Media yang tak setuju apa ASTRO peduli?

AF1 - Datuk Freddie Fernandez
AF2 - Ramli MS
AF3 - M Nasir
AF4 - Ramli Sarip
AF5 - Ramli MS
AF6 - Roslan Aziz
AF7 - Datin Seri Tiara Jacquelina
AF8 - Norman Abdul Halim

Astro dok pertahankan mengatakan Ramli MS dan Ramli Sarip berasal dari Singapura jadi kot nya bagi mereka itu hak mereka nak ambik orang seberang kot.  Oh ya M Nasir pun orang Singapura gak tak separuh jer la sebab kahwin dengan Marlia Musa.  Tapi rasanya mereka2 tu orang Malaysia boleh terima sebab mereka tu sebahagian Malaysia jugak tapi sekiranya ASTRO tetap mengambil orang seberang memanglah  ASTRO ni bebal!

Katanya AF9 ni adalah yang terakhir dan agaknya sebab tu mereka nak menutup dengan mengambil orang seberang sebagai Pengetua kot.  Rasanya ramai yang nak boikot tapi kalau buat tu biar ler boikot betul2 jangan hangat2 tahi ayam jer.

Apa2 aku memang dah lama tak menonton AF dan yang last sekali masa Mawi yang we all satu family memang tunggu2.  Jadi wahai penonton sekelian kita tunggu dan lihatlah siapa yang diagung2kan oleh ASTRO yang memang bebal ni!


Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 komentar:

  1. ini realiti apabila duit itu lebih releven

    ReplyDelete
  2. tq for komen at my blog..follower no.13..

    ReplyDelete
  3. gabanMorka...mmg betul tapi sungguh memalukan dan tamparan buat pengiat seni Malaysia. Walau siapa pun mereka pilih dari seberang tetap memperkecilkan jasa serta pendapatan orang2 kita.

    GreenAppleKu..thanks

    ReplyDelete
  4. Wow! Very interesting blog you had here! Wish to connect with you on Google Friend Connect! Cheers! =) (http://whimsicalss.blogspot.com/)

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!