May 6, 2011

Dubai 2011 Part 3: Perjalanan darat dari Dubai ke Oman

Memandangkan hari event dah tamat dan seperti dirancang me and boss nak ke Muscat, Oman. Masa kat exhibition hall dah bertanya rakan2 Arab dan as I told and convinced MRH that we should try to take the bus..public transport gitu dan perjalanan cuma 4jam jer dan apa yang keseronokan yang menanti ialah dapat tengok pemandangan yang pasti berbeza kan.

Kami sampai kat stesen bas yang tak macam bus station in terletak di Al Rigga Rd, Diera ni tak macam stesen bas pun dan tiket pulak dijual dekat kedai barangan alat tulis..terasa macam pekan koboi pun ada hehe.  Tiket dah dibeli tapi bas hanya akan bertolak jam 3 petang...jenuh nak tunggu kan

No automatic alt text available.

hurmmm hari Jumaat nak buang masa kat mana kot sebab semua kedai tutup dan MRH pulak bila lapar dia cari nasi adoiii boss ni mmg perut nasi, maklumla orang kampung haha.  Jadi kami pergi makan tengahhari kat kedai terdekat dan niat nak lepak la sampai waktu berlepas...haa hapa korang ingat ni Malaysia ke? Hari Jumaat boleh lepak2...mmg la musafir kan tapi kedai ni nak tutup sbb depa nak pi solat Jumaat walau depa tak cakap tapi kalau sorang2 keluar dari kedai makan dan pekerja2 dok tengok jer kita..tak faham2 kot kiki.  Apalagi kena la bangun dan fikir nak pi mana..so fikir MRH dia kena pi solat Jumaat ler nampaknya..kan bagus gitu kan. Jadi next...cari masjid

Dah sampai masjid..dah macam kambing masuk pekan! Tempat orang kan dan masuk ke bahagian perempuan..dalam masjid kat Dubai ni mmg best la..tapi dok perati yang perempuan2 mai solat ni kebanyakannya tanpa telekung..dengan jeans dan kemeja dan berstokin, pakai abaya yang nampak tak bersih sebab meleret2 kena tanah dan bersolat.  Masa ni memang berasa pelik la kan tapi tu antara dia dengan Allah swt.  Terasa tenang dengar si Imam baca surah2 waktu solat dan sempat juga dengar khutbah dalam bahasa Arab sekejap walau tak faham dan bersiap nak jumpa MRH kat luar masjid. Dari masjid jalan kaki jer ke stesen bus.


Pemandangan cantik berbukit bukauBerhenti di pusat Imigresen Oman.  MRH pun sibuk suruh ambil gambar tetiba pegawai kat situ dengan bahasa isyarat cakap tak boleh.  Sempat la jugak SSL bergambar tapi guna hp MRH...so kira halal la huhu
Image result for immigration building oman
ni pasti gambar curi jugak..sumber google
Kami kena berhenti di pejabat besar Imigresen dan kena keluar untuk isi borang.  Agak mudah walau depa ni tak bertutur bahasa Inggeris tapi sebab tengok SSL bermanis muka dan passport Malaysia. Alhamdulillah tak banyak songeh

Sampai di Imigeresen ni pulak kami kena turun masuk ke dalam bangunan ni untuk daftar, suasana memang lengang kat sini dan rasa relax walau risau gak sebab Pak-Pak Arab ni bukan la friendly sangat tapi kita kena bermanis muka dan bila tengok passport Malaysia diaorang memang membantu tapi macam itik dengan ayam la sebab depa bukan boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik atau mudah untuk kita fahami..
ni gambar curi bangunan Imigresen Oman..sepatutnya tak boleh ambil tapi ni gambar curi2
Gambar-gambar sepanjang perjalanan bila dah sampai ke sempadan Oman, walau cuak sebab dah lama dalam bas tapi untuk simpanan hari tua, gagah juga la ambil gambar dengan hp ni.  Pemandangan yang sangat asing buat SSL atau kita semua.  Banyak mercu tanda yang tak difahami, dah macam kat Indonesia pun ada tapi lain sikit dan kat sini cantik!





Akhirnya sampai juga dalam jam 9malam..lenguh badan2..kebas punggung jugak dan yang paling tak tahan dengar pot pet MRH cakap kata 4 jam ni dekat 8 jam ni..esok kita balik naik flight hehe

penginapan kami disni

view dari bilik..menarik sungguh pemandangan yang sememangnya berlainan dari Dubai dan yang pasti kat negara sendiri


dah mengantuk..kita sambung lagi ya

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!