August 18, 2011

posted 11:05 PM by with 0 comment

Gajet oh Gajet

berbunga2 hati sebab Inchik D'hubby yang bercuti sempena Nuzul Quran berbesar hati untuk bersama2 pergi ke Plaza Berjaya untuk hantar Tablett yg slot simcardnya dinodai dek memory card oleh Cik Miya beberapa minggu yang lalu..hhuhu..Nasib baik la boleh wifi kalau x mmg menangis tahap gaban ler.  Siap boleh belajar sikit2 pasal pengunaan tablett ni...hihii...apa2 pun x de charge utk service tablett tu...terbaekkk arrr

Pastu leh round2 lagi nak carikan dvd player untuk Icha yg suka sgt tgk cd kartun dan utk dia belajar...Mak aiii harganya RM399 dan dapat diskaun jadi RM300 tapi boleh main game...connect kat tv...mmg hebat gak tapi Incik D'hubby kata dia nak tengok kat Digital Mall sama. okk la.  Kendian we both round2 kat Low Yatt berenti kat kat booth Celcom ingat nak ambil broadband RM48 tp cash x der...biar ler dulu.  Call si Ayong dia pun x angkat...hehehe selamat duit sementara ni...hahahaha.

Round plak sampai ke tingkat 1, untuk tukar plastic cover E71 Incik D'Hubby and jeng jeng jeng...dia belikan leather cover untuk my Samsung Galaxy Tablett tapi warna pink...tapi handmade tu...mmg cun gak! Dia pun belikan charger utk dalam kereta utk Tablett tu yg boleh guna utk phone lain gak...mmg superb perjalanan balik kampung nanti...hehehehe

sorry tak dak picture daaa..

Read More
posted 9:04 PM by with 0 comment

6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN...CARILAH..PELAJARILAH DAN FAHAMILAH


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang 
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Read More

August 15, 2011

posted 11:51 PM by with 0 comment

15 Ogos...bulan mengambang...bulan lahir..berbulan2

Dah memang ku duga dah..bulan akan mengambang....(mencuri FB wall post seorang teman sekolah lama...Cik Zita Shahbudin..kelas la ayat you tu...saya sukerrr) Apa2 pun mengambang ker tidak puasa tetap diteruskan..kena la control pride...x payah tunjuk kat staff yang kita ni uzur...huhhh uzur la sangat tu.



15 Ogos juga la hari lahir kekanda ku yang ke dua...Puan Azizah ke 53 tahun...fuhhhh...mmg kekandaku ni mmg cantik ala2 anak mami pun ada dengan hidung mancung nya dan makin tua makin bergaya.  Dia ni la tukang buat kueh raya ku dan sememangnya dia mmg sungguh seni baik kraftangan atau apa2 pun la berkenaan hantaran dan kerja2 mengubah ni...dan aku adiknya yang mmg sah2 kerastangan..dulu kinia dan selamanya..hahahaha. Guess anak2 dia yang semua dah besar panjang dan cucu dia pun dah buat celebration buat dia...tu pasti!  Happy Birthday Kak Lang

15 Ogos bersamaan hari lahir seorang sahabat yang bernama sama dengan kekandaku...Cik Azizah bt Mohamed aka Jeyja aka Gja..kalau x silap yang ke 32...masih bujang lagi..masih study lagi..Semoga dia dipertemukan dengan jodoh dengan segera..
Dan tarikh 15 Ogos ni jugak la tadi pagi aku membawa kedua2 staff aku Cik Rosheta dan Incik Maswan ke Mindef untuk mengambil waran udara dan sesambil menunjuk kat mereka camner buat sales..mmg mudah. Tapi sebab ofis x de orang jadi x leh ler kemana melainkan utk ambik waran...  Siap si Maswan cakap lain kali kalau nak ambil waran dia boleh ambilkan...huhhh...ok gak tu. 

Dan hari ni la jugak budak freelance tu dok lepak lepas antar waran..berborak...dari satu ke satu tajuk sampai la kes MAS...ishhh kalau nak cerita kat sini mmg panjang lebarrrr,.  Tu pun dekat 2 jam la plak dia lepak..isshhh. Tak lama dia pergi dtg pulak si Nyah sorang ni ...ni lagi satu mmg pot pet pot pet...letih melayan si Nyah ni. Nasib baik bulan posa if tak...lepak pulak kat kedai makan ler pulakkk.  Fuhhh nasib baik  

Itu la perjalanan hari ku hari ni...rasa macam x de quality sungguhhh.  Arghhhhhh....siapa kata jadi pengurus tu kerja senang..mudah dan hebat????  

Aduhhhhh....headcounts oh headcounts
  
Read More
posted 9:37 PM by with 2 comments

MATHEMATICS OF LIFE...suker sukerr


ROMANCE MATHEMATICS
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
______________________________
OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
_____________________________
SHOPPING MATH
A man will pay $20 for a $10 item he needs
A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.
_____________________________
GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.
_____________________________
HAPPINESS
To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.
______________________________

LONGEVITY
Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.
______________________________
PROPENSITY TO CHANGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.
_____________________________
DISCUSSION TECHNIQUE
A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED
Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next." They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.
Read More

August 14, 2011

posted 10:15 PM by with 0 comment

Nantikan 27 Ogos 2011 ini...


Seluruh dunia menanti 27 Ogos 2011 ini....

Planet Marikh akan bersinar di langit pada bulan Ogos ini dan akan kelihatan seperti bulan penuh pada mata kasar kita.  Kejadian ini hanya akan berlaku pada 27 Ogos apabila planet Marikh dijangka akan kelihatan pada jarak 34.65M dari mukabumi.

Jangan lupa saksikan fenomena ini di langit pada 27 Ogos jam 12:30pagi. Ia seakan kita mempunyai 2 bulan.  Sungguh menarik bukan?? 

Kejadian seumpama ini akan berlaku pada 2287 dan pastinya kita-kita dah tak ada lagi. Jangan lepaskan detik2 ini dan saksikan sendiri kejadian yang sungguh istimewa yang akan berlaku pada bulan Ramadan ini


Sumber dari : Mohammed Jadidi

Read More

August 7, 2011

posted 10:01 AM by with 0 comment

07 Ogos 2011 bersamaan 07 Ramadan ::::

Pejam celik pejam celik dah sampai ke 7 Ramadan rupanya....mmg sengaja  tak nak kira sebab bila dikira rasanya macam lama ler sangat..aduyaiiiii.  Jadi orang seperti aku yang semakin tembun ni memang berharap ler puasa kali ni dalam meng'trim'kan (ayat diguna pakai dek adik ipar yang tengah dalam pantang...thehehehehe) badan yang semakin tembun. Sadis kan???

Arakiannya bila perempuan udah berkahwin pasti ler makin tembun...mana tak nya kalau dah baka camtu..jadi camtu ler jugak (tak mao ler cite pasai orang yang kekal kurus walau baka dia tembun...tu hanyalah sebahagian jer).  Lebih-lebih lagi macam aku ni yang dah beranak pinak (6 kali bersalin tauuuu) kempis, kembung, kempis, kembung jadi angin pun banyak ler dah tu makan anak2 membesar dan seperti ibu2 yang lain memang rajin memasak (aku memang berubah sangat la...kalau waktu remaja dan anak dara tu memang paling pemalas sebab kakak2 ramai jadi kerja2 rumah mostly diaorang yang buat jadi bak kedapur tu cuma tolong kupas bawang, tumbuk cili tapi...jangan tak tau bak mengiling cili atau rempah tu aku pandai gak tau!) Dek kerana memasak banyak kekadang bila makanan tak habis rasa sayang sangat jadi aku lah jadi  ikan bandaraya tukang menghabiskannya...so salah siapa...anak aku ka atau my darling hubby ka?

Ish apa2 pun memang niat tu semedang dok dalam kepala tapi masih tak berhasilan lagi...ishhh

Walau berpuasa dan penat lepas pegi Pasar Dato Keramat waktu pagi, masih sempat ke Giant Taman Permata mencari baju kurung anak2 dara.  Bila bulan puasa pulak harga barang2 semua naik tapi nak wat camner sbb Incik D'Hubby dok sibuk kerja siang malam jadi memang tak boleh menyopping sebelum bulan Ramadan ..ish ish ish.  Akibatnya $$ Inchik D'Hubby melayang dekat 1k untuk 3 pasang baju kurung anak daranya termasuk untuk si kecik Icha.  Bila teringat tu terfikir orang yang miskin camner depa ya bila harga kain pun mahal dan jugak ikan dan sayur semakin meningkat dek kerana bulan Ramadan.

Semalam mak dan abah datang berbuka puasa, siap masak ikan siakap dan kembung bakar...dan Incik darling hubby buat cili kicapnya yang sentiasa hebat....memang licin nasi dan lauk pauk.  Pastu Sahur tadi Inchik D'hubby suruh masak spagetti bolognese...fuhhhh memang licin gak. Hahahaha..

Apa2 pun semoga bulan Ramadan ni memberi keberkatan, kebahagian dan kesihatan yang baik buat aku dan keluarga, mak dan abah dan adik beradik dan juga keluarga mentua serta umat Islam seluruh dunia menjadi lebih baik dan sujud kepadaNya.  Amin

07 Ogos...jap lagi nak gi shopping kat Jusco Wangsa Maju... dan petang ni nak masak ikan bawal tiga rasa kot sebab tu favourite Ayong yang akan balik ke kolej lepas berbuka.  Bye for now!
Read More

August 5, 2011

posted 2:07 PM by with 1 comment

ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE....

Sekadar berkongsi berita yang sempat dibaca di Harian Metro pagi tadi, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Kerajaan  sedia mempertimbangkan cadangan supaya pembayaran zakat fitrah dapat dibuat secara dalam talian menerusi portal Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
Beliau berkata proses itu boleh dilaksanakan sepertimana pembayaran zakat pendapatan dan zakat perniagaan.
"Jika sistem pembayaran itu dilaksanakan, umat Islam tidak perlu gusar kerana pembayaran zakat seumpama itu dikira sah dari segi akadnya walaupun dibuat secara online.
"Kebiasaannya pembayaran zakat firtah dibuat melalui amil-amil yang telah dilantik tetapi Insya-Allah cadangan ini akan kita pertimbangkan di masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula portal PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini malam tadi.
Jamil Khir berkata cadangan sebegitu mempunyai kebaikan memandangkan pembayaran zakat perniagaan dan zakat pendapatan yang diadakan melalui online sejak tahun lepas mendapat sambutan hebat khasnya daripada mereka yang berumur bawah 40 tahun.


Ish..ish ish...sah ker? setau hamba yang daif lagi naif ni bila kita membayar zakat fitrah, perlu ada akad?? Wallahuallam..
Read More

August 1, 2011

posted 10:00 PM by with 0 comment

SALAM RAMADAN 2011 - 1432Hijrah

Ramadhan 1432 datang lagi.  Alhamdulillah aku dan keluarga masih diberikan kesihatan untuk menghirup udara Ramadan lagi.  Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih sempurna dan diberkati dan seperti tahun2 yg lalu aku mengharap dapat turunkan berat badan ler..hehehhe. Insyallah


Dan aku sentiasa mengharap Ramadan ini menjadi titik kepada kejayaan, kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan buat aku sekeluarga dan bagi kesemua umat Islam seluruh dunia.  Amin
Read More