August 5, 2011

ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE....

Sekadar berkongsi berita yang sempat dibaca di Harian Metro pagi tadi, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Kerajaan  sedia mempertimbangkan cadangan supaya pembayaran zakat fitrah dapat dibuat secara dalam talian menerusi portal Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
Beliau berkata proses itu boleh dilaksanakan sepertimana pembayaran zakat pendapatan dan zakat perniagaan.
"Jika sistem pembayaran itu dilaksanakan, umat Islam tidak perlu gusar kerana pembayaran zakat seumpama itu dikira sah dari segi akadnya walaupun dibuat secara online.
"Kebiasaannya pembayaran zakat firtah dibuat melalui amil-amil yang telah dilantik tetapi Insya-Allah cadangan ini akan kita pertimbangkan di masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula portal PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini malam tadi.
Jamil Khir berkata cadangan sebegitu mempunyai kebaikan memandangkan pembayaran zakat perniagaan dan zakat pendapatan yang diadakan melalui online sejak tahun lepas mendapat sambutan hebat khasnya daripada mereka yang berumur bawah 40 tahun.


Ish..ish ish...sah ker? setau hamba yang daif lagi naif ni bila kita membayar zakat fitrah, perlu ada akad?? Wallahuallam..

1 comment:

  1. sah dik

    transaksi yang dibuat ketika proses pembayaran tulah akadnya. Semua ada rekod.

    Celcom pun dah buat bayaran zakat melalui sms, http://mfitrah.celcom.net.my

    Maxis pun dah start sama
    http://www.maxis.com.my/personal/latest/MZakat/index.asp

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!