August 13, 2012

Resepi - Nasi Ulam Utara (Resepi Mak)

Masakan yang pasti dibuat dalam bulan Ramadan sekurang2nya sekali oleh mak ialah Nasi Ulam Utara tapi kali ni aku pulak akan buat dan nak hantar kat mak la pulak..mesti dia rindu nak makan almaklumla dia pun dah tak larat nak masak macam dulu.

Bahan1(untuk ditumbuk) :-
3 - 5 batang Serai
Lengkuas (sikit jer..jgn lebih nanti berbahang) 
1 labu Bawang besar
3 - 4 Bawang kecil
Lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan 2 :
Kerisik yang ditumbuk halus
Ikan tenggiri jeruk atau ikan talang digoreng (dibuang tulang dan diperisi (sebutan orang Utara) aka ditumbuk halus supaya hancur daaa)

Bahan 3 (untuk dihiris halus)
Daun pegaga
Daun cekur
Daun sekentut
Ulam Raja
Daun Gajus
Daun kesum (cenehom...panggilan orang Utara)
Daun kaduk
Daun mengkudu
Daun kunyit
Daun kari
Daun limau purut
Daun putat
Daun selasih
Daun ketumbar
Daun lemuni (daun yang sungguh wangi dengan berwarna hijau dan ungu dibawa belah bawahnya..
juga digunakan sebagai air rebusan mandi orang dalam pantang dan paling sedap buat nasi lemak daun lemuni...mmg terbaikkk
Ni ulam2an yg dibeli di Pasar Chow Kit tapi setelah diasing dan diambil yang muda2 jer

Ulam-ulam dihiris sehalus-halusnya
Cara-caranya :

Nasi yang telah dimasak perlu disejukan dalam talam atau besen pun ok gak.  Setelah sejuk masukan bahan 1 dan gaul kemudian masukkan Bahan 3 dan gaul menyeluruh supaya tiada nasi yang putih. Masukkan garam dan Bahan 2 dan gaul lagi.  Kalau tak puasa tu boleh la rasa tapi orang yang berpuasa pun kalau pandai nak merasa makanan pon boleh cubra tapi jangan telan arrrr. Tak cukup lada, tambah ler dan kalau dah puas hati kita boleh la hidangkan...



sedia untuk dimakan..ngapppp!
Akhirnya jadi la juga Nasi Ulam Utara (resepi mak) setelah sekian lama aku berfikir untuk membuat dan pada hari Ahad aku telah BERJAYA!!!  Rasa puas hati sungguh tapi kurang puas hati pun ada gak sebab kurang bau.. Apa2 pun Nasi Ulam ku telah habis dinikmati..

Alhamdulillah...sehingga tahun hadapan kalau dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan Nasi Ulam akan menjadi juadah berbuka..Selamat mencuba



1 comment:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!