September 24, 2012

posted 1:59 PM by with 0 comment

Review : Novel - Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Penulis : Zura Asyfar


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
*******************************
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
********************************
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
********************************
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
***************************
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
******************************
 Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
*********************************
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
******************************
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
********************************
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
******************************
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
*****************************
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
**************************

Cinta tidak mengenal usia.  Hasrat Acad sewaktu kecil untuk berkahwin dengan Kak Qira yang mengajarnya mengaji rupanya menjadi kenyataan.  Firash Arshad seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti yang telah diminta menikahi  Syafa Aqira kekasih abangnya Farish Adryan dek kerana terlanjur menodai kekasih abangnya.  Abangnya Farish kecewa dan menemui  ajal pada hari pernikahannya akibat kemalangan jalanraya.  Pernikahan pula dibuat secara tertutup kerana Firash masih belajar namun terpaksa akur demi ibunya Datin Farizah dek kerana Datin Farizah menyayangi Syaf (Syafa Aqira) dan menganggap dia seperti anaknya sendiri.  Walau Datin  Farizah sendiri mengetahui hubungan cinta Syafa Aqira dan Farish namun kerana Firash telah menodai Syaf, beliau terpaksa membuat keputusan untuk sibongsu bertanggung jawab.  Malang bagi Firash yang telah diberikan minuman bercampur dadah oleh Raina dan Syafa telah diberi minuman juga bercampur dadah oleh Raimy abang kepada Raina dihari sambutan hari jadi Raina dan Raimy.  Kelewatan Farish hadir dimajlis dan menyaksikan kekasihnya yang telah dinodai berada sebilik dengan adiknya membuat Farish tertekan.  Firash dan Syafa menjadi mangsa. Perkahwinan berlangsun namun disembunyikan kerana Firash malu mengakui isterinya yang 4 tahun lebih tua dari dirinya dan menyembunyikan status nya kepada rakan baiknya yang kemudian telah jatuh hati kepada isterinya.  Bermulalah api2 cemburu pabila Firash dan rakan2nya Fiqri dan Mie yang telah jatuh hati Syafa dipertemuan pertama walau mengetahui Syafa Aqira lebih tua dari mereka.  Fara sahabat Syafa pun telah jatuh hati pada ketampanan Firash namun Firash bukan jenis orang yang mudah jatuh hati pada mana2 wanita.  Part ni memang sy suka sangat. Firash anak orang kaya yang amat menyukai barangan berjenama tapi Syafa sendiri tidak mengetahui bahawa kekasihnya Farish dan Firash sememangnya keluarga berada.  Walau berkahwin mereka tidak serumah kerana Firash menetap di rumah sewa yang lebih dekat dengan kolejnya.  Api cemburu sekali lagi ditonjolkan apabila mereka balik kampung dan sesungguhnya dunia ni kecil apabila Haqimi abang sepupu Firash rupanya senior kepada Syafa.  Bait2 cemburu mengundang dan konflik jiwa melanda dan seterusnya berbungalah hati dengan perasaan rindu, sayang.  Jodoh memang berpihak kepada mereka pabila Firash menjalani latihan industri di tempat Syafa bekerja dan Syafa pula bekerja di bawah Haqimy, seniornya dan juga abang sepupu kepada suaminya yang juga jatuh hati kepadanya.
Sememangnya Syafa Aqira suatu watak yang cantik serta diminati 4 jejaka , Farish Adnan, Raimy, Haqimi dan Mie namun jodohnya hanya bersama Firash Arshad, kanak2 berusia 8 tahun yang pernah begitu berani menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengannya dikala usianya 12 tahun.

Firash membongkar rahsia apabila membawa Syafa ke kampung dimana dia mengenali Syafa dan dengan berani menyuarakan hasrat untuk menikahinya walau pun masih kecil dan hasrat sikecil Acad rupanya menjadi kenyataan.

Memang layan giler dengan cerita ni, jd sy pun tak bertangguh2 membaca dan menamatkannya dalam masa 1 hari..hehehehe..nasib baik En D'hubby tak de sebab kena bekerja dan sewaktu lepak di rumah mak (weekend routine) asyik dok layan novel ni sampai x berapa layan cerita ceriti seperti selalu bersama kekanda2..aduhiiii tu la kalau dah mula membaca tu memang ralit sakan.

Ni antara review untuk novel ni..
http://miqaelarshad.blogspot.com/2012/03/novelis-sebenarnya-saya-isteri-dia-zura.html
http://aziah-azie.blogspot.com/2012/03/sebenarnya-saya-isteri-dia.html
http://akusetiamenanti.blogspot.com/2012/03/review-novel-ssid.html
http://liamilia44.blogspot.com/2012/07/flower-boy-ramen-shop-sebenarnyasaya.html
http://akusetiamenanti.blogspot.com/2012/03/review-novel-ssid.html

Read More

September 21, 2012

posted 11:36 PM by with 0 comment

Review : Novel sedih...Andai Itu Takdirnya

Kebosanan kerana laptop masih tak balik dari kedai pada hari Sabtu 08 September sebab selalunya dok melepak kat rumah mak dengan kekanda2 yang lain bercerita dari satu topic ke satu topic membuat sy rasa bosan maklumlah masih awal lagi nak tidur.




Penulis : Siti Rosmizah
Jumlah mukasurat : 583
Jumlah episod : 58

"Jangan salah faham Puan Sri. kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini.  Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya"

*****************
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya jtelah jadi anak yatim sebelum masanya.  Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakt sekeliling"

****************

Andai itu takdirNYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar.  Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania.  Sekurang-kurangnya bilal Aleya menutup mata kehidupan Dania akan terbela.

****************
Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku.  Andai itu takdirNYA sebelum mengapai bahagia, aku redha namun sampai bila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil"

Tetiba teringin nak baca novel, terus bertanya pada Kak Yang “kakak, Ummi nak pinjam Novel! Dia pun tak berlengah menyerahkan sebuah novel..hmmmmm tebalnya.gumam hati. Tapi dek kebosanan dengan siaran tv dan keletihan berjalan di open house dan ke Strawberry Farm Genting Highlands membuat sy rasa nak berbaringan jerk at katil. Cehhhh…baca jer episode awal terus meleleh air mat. Dari awal hingga ke akhir membaca akan membuat sesiapa yang membaca menitiskan airmata. Nasib baik diakhir cerita ni berakhir dengan kebahagian. Kebahagiaan tak akan datang bergolek tanpa dugaan dan pelbagai ranjau dalam perkahwinan. Begitu tersentuh dengan kecekalan seorang suami yang pada mulanya sangat ego disebabkan darjat orang yang ado-ado. Membaca novel ni membuat aku sendiri menghargai suami (bukan tak pernah menghargai tapi betapa aku berterima kasih kerana memiliki dia yang cukup sempurna dimata dan dihati, mengasihi dan membelai aku serta anak2 seperti Syed Aizril) dan ketampanan yang digambarkan oleh penulis ke atas Syed Aizril membuat aku sendiri menyamakan dia seperti suamiku tapi nasib baik kehidupan kami tidak seperti cerita tersebut. Nur Aleya suatu watak yang sangat cantik penuh pekerti dan sesungguhnya bertuah bagi sesiapa lelaki atau keluarga mertua untuk memilikinya namun menanggung penderitaan pabila tanpa disedari dia jatuh hati dalam diam semasa belajar di luarnegara pada Syed Aizril. Takdir juga menjadikan mereka suami isteri pabila Nur Aleya dan Syed Aizril ditangkap khalwat yang telah dirancang oleh sahabat Syed Aizril sendiri.  Syed Aizril yang sememangnya sungguh ego dek kerana darjat serta kekayaan bertambah benci dengan Nur Aleya kerana menyangka beliau diframe oleh Nur Aleya.  Namun lama-kelamaan beliau sendiri jatuh cinta dengan Aleya. Nasib Aleya baik kerana mempunyai kawan seperti Umairah dan Ikram.  Nak cerita panjang lebar mmg tak thrill la pulak kan.  Apa pun itulah rencah hidup berumahtangga, kekadang kita bernasib baik bila disayang dan menyayangi tapi ada masalah besar tapi besar atau kecil  permasalahaan tetap harus dihadapi.

Kalau dah dapat novel, seboleh2nya nak habis baca secepat mungkin jad selama 3 malam novel ni siap selesai  segala episode yang berberkas di hati. Kalau lah dijadikan drama bersiri..ish pasti tak best sebab banyak yang kena censor dek banyak adegan romantis walau tidak dicerita terperinci. Romantik tidak bermakna harus keranjang tapi pandangan, sentuhan, ingatan..fuhhhh rasa macam nak peluk jer d'Hubby..hahahaha.. Rupa2nya ramai gak pembaca novel ni yang terdahulu..keh keh keh..akukah yang terlewat. Hurm ya la dulu berlagak tak suka novel Melayu sebab terlalu melankolik la long winded la dan bla bla bla lagi.
 
Ni sebahagian jer blogger yang larat sy linkkan kat sini...
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/05/novel-andai-itu-takdirnya.htmlhttp://rojakstory.blogspot.com/2010/01/review-novel-andai-itu-takdirnya.htmlhttp://deyutannadiku.blogspot.com/2012/04/review-novel-andai-itu-takdirnya.htmlhttp://norhazlina.blogspot.com/2010/09/andai-itu-takdirnya-siti-rosmizah.htmlhttp://www.mohdrohaizad.com/2011/05/novel-andai-itu-takdirnya-siti-rosmizah.html
Read More

September 20, 2012

posted 3:08 PM by with 0 comment

RAHSIA WANITA? TANAH, API, AIR & ANGIN



Minggu lepas semasa kat kampung sambil borak2 santai dengan sanak saudara D'hubby tetiba terkeluar dari mulut cik abang yang dia tu Angin dan sy ni Api...huh..tetiba teringat kisah karakter kita yang terbahagi kepada 4 bahagian ni.  X pasti la plak sy ni jatuh kategori mana tpi jom kita layan jer tapi usahlah serious sangat yerrrr.  Cuba2 lak tanya kat D'hubby sebab orang Kedah ni selalu tahu pasal ni tp hurmm dia cakap x pyh fikir la.  Seronok gak kan melayan benda2 ni.  Wallahuallam..

Alkisahnya orang Melayu dulu kalau nak pilih pasangan akan mengambil kira benda ni la takut2 nanti rumahtangga si anak berantakan dsb sbb Api tak boleh dengan Api..Wallahuallam

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

Dalam pada tu tercongak2 jugak sy sbb x tau sy ni jatuh kategori apa sbb kalau adik beradik 1 mak dan 1 bapa sy ni anak ke 7 tapi kalau satu mak lain bapak sy ke 8 dan yg pasti D'hubby tu anak ke 4.

  • Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
  • Air - kedua, keenam, kesepuluh
  • Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Angin - keempat, kelapan, keduabelas

Unsur Tanah
Tanah sesungguh menunjukkan kesuburan dan wanita yang bersifat tanah biasanya memiliki sifat2 seperti :
  • Merendah diri, menghormati dan patuh, setia dan rela berkorban untuk suami
  • Tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang yang pemarah
  • Tenang dan sungguh menenangkan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang
  • Berperwatakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami
Unsur Air  
Air bersifat bersih dan suci, sejuk, nyaman.  Ciri2 wanita berunsurkan Air adalah seperti berikut:
  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Unsur Api 
Api sebagaimana kita tahu bersifat panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Juga menghangatkan suasana.  Wanita dibawah pengaruh unsur Api bersifat seperti berikut
  • Cintanya sentiasa hangat membara serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat serta cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik 
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Unsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

  • Lemah lembut dan menyenangkan
  • Disukai ramai
  • Cepat berubah-ubah
  • Jarang membantah dan mendengar kata
Read More

September 16, 2012

posted 5:25 PM by with 0 comment

Jalan-jalan ke Genting Strawberry Leisure Farms - Part 2

Bersambung minggu sudah, just nak share gambar2 kat sana ler kan.  Nak kongsi gambar2 yang kami snap kat sana...tempat yang menarik untuk larikan diri dari kesibukan kota dan menikmati kesejukan..tak la sejuk sangat tapi suasana nyaman tak jauh dari ibukota.

The girls mmg la suka tengok bunga2 tapi nak masuk kena bayar ye bukan percuma.  Selain bunga2, ada tanaman sayuran dan buahan tapi tak de mungkin dah dituai kot, ada strawberry tapi masih putik, cendawan yang ditanam segar bugar belaka.  Apa2 pun lanskap tempat ni mmg cantik.  So apa lagi jom la

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 sorry jenuh kan tengok gambar2 ni..ada lagi sebenarnya..cheq pun penat upload nii..
Read More

September 12, 2012

posted 2:52 PM by with 0 comment

Kerja..Kerja

Minggu yang sungguh sibuk sekali..Memula hari Isnin hari tu masuk ofis pagi terus prepare nak ke beberapa tempat tengahari tu nak ke TNB ler dan ke kedai Banner. Letih dengan kesesakan jalan dan jugak yang pasti kat KL ni nak cari parking memang la susah.

Selasa pepagi masuk settlekan apa yang patut tetiba teringat email dari sahabat yang dah register sy untuk sertai beliau ke Japan Travel Meet..terkial2 cari email tu..bagai nak tercabut jantung..cehhh rupanya hari ni. Nasib baik la mamat Ramsey Lewis tu dah register kalau tak harus le nak dapat masuk sebab majoriti peserta adalah TA non bumi jer la. Table top ni berjalan lancar la jugak
Read More

September 9, 2012

posted 1:01 PM by with 0 comment

Wanita bela 50 anak patung

APABILA Alice Winstone, ibu kepada lima orang anak ini diberitahu yang dia tidak boleh mengandung lagi atas sebab kesihatan, dia tetap berazam untuk mengisi setiap inci ruang rumahnya dengan bayi.
Ibu berusia 39 tahun ini sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli 50 anak patung bayi yang kelihatan betul-betul hidup.  Dalam masa tujuh tahun, dia membelanjakan sebanyak RM59,500 untuk membeli anak patung palsu itu, walaupun tiga daripada lima anaknya masih berkongsi rumah yang sama.
Obsesi Alice terhadap patung bayi yang setiap satunya berharga RM5,900 menyebabkannya perlu menyimpan sebanyak RM247 sebulan. Akibat hobi melampau itu, suaminya, Chris bertindak keluar dari rumah mereka di Cardigan, Mid Wales, Britain.
Alice membeli bayi palsu pertamanya yang diberi nama Emily pada harga RM892 selepas dia melihat iklan dalam majalah. Dia serta-merta jatuh cinta dengan patung bayi itu.
Selepas melahirkan anak bongsunya, Jessica, yang kini berumur 12 tahun, Winstone diberitahu dia tidak boleh mengandung disebabkan mempunyai gangguan darah yang akan membuatkan kandungannya tidak selamat.
“Disebabkan masalah kesihatan yang dialami, saya tidak bekerja dan mula mengumpul anak patung bayi. Setiap hari saya akan menguruskan ‘anak-anak’ saya ini dan sekali-sekala membawa mereka bersiar-siar menaiki kereta.

Obses
“Saya menjaganya seperti saya mengasuh bayi saya sendiri. Mereka seperti patung bernyawa dan saya berasa terjalin satu ikatan yang rapat dengan mereka,” beritahu Alice.
Dia turut mengakui lebih gemar menjaga anak patungnya daripada mengadakan hubungan seks dengan suaminya.
“Saya cuba membela kucing, dan menjaganya seperti kanak-kanak tetapi saya tidak dapat membayangkan perasaan di mana saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kucing belaan saya itu.
“Anak patung ini adalah yang terbaik. Saya dapat memakaikan mereka baju, menyikat rambut dan mencuci pakaian mereka tanpa lampin kotor dan menidurkan mereka,” ujarnya.
ALICE turut melakukan tugas-tugas seorang ibu seperti menukar pakaian patung bayinya.



Alice memberitahu, dia menjadi sensitif terhadap patung-patungnya itu dan bimbang sekiranya anak atau kucingnya berada berhampiran patung-patung kesayangannya itu. Disebabkan itu, dia membeli katil bayi dan memindahkan kesemua bayi palsunya itu ke bilik tidur.
“Akhirnya Chris berpindah keluar kerana dia tidak dapat menerima kegilaan saya terhadap patung bayi palsu itu. Dia turut menyatakan yang dia tidak faham mengapa saya melayan anak patung itu seperti bayi sebenar.
“Saya cuba memberitahunya betapa mereka berjaya membuatkan saya gembira selepas disahkan tidak boleh mengandung lagi tetapi dia hanya menganggap itu adalah obsesi yang bodoh.
“Mereka (patung bayi) kemudian menjejaskan kehidupan seks kami kerana saya mahu sesetengah daripada mereka berada di katil dengan kami, tetapi Chris enggan.
“Kami telah berbincang tentang perkara-perkara lain dalam hubungan kami, tetapi anak patung benar-benar tidak membantu walaupun mereka kelihatan begitu hidup,” jelasnya.
Bayi sebenar
Tuturnya, dia lebih rela kehilangan suami daripada patung-patung bayinya itu. Dia gemar apabila ‘anak-anak’ patungnya itu berada dekat dengannya malah tidak dapat menanggung rindu sekiranya berjauhan daripada mereka untuk tempoh yang lama.
“Selepas Chris berpindah keluar, saya menukar bilik kami menjadi nurseri kerana saya tidak memerlukan ruang tambahan.
“Chris masih melawat rumah kami untuk berjumpa tiga daripada lima orang anak kami yang tinggal bersama saya iaitu Kyle, 17; Charlie, 15, dan Jessica, 12.
“Sudah tentu, saya lebih menyayangi anak-anak saya kerana saya tahu bayi-bayi ini adalah palsu. Saya masih waras,” katanya.
Ujarnya lagi, walaupun sudah menghabiskan banyak wang untuk membeli anak patung bayi itu, dia juga sering pergi ke pameran anak patung dan menukar mereka dengan anak patung lain.

“Rhys adalah kegemaran saya, saya mahu tidur dengannya pada setiap malam. Baru-baru ini, saya membawanya melawat Zoo Chester dan ramai orang datang kepada saya sambil memberitahu dia comel tetapi mereka tidak percaya apabila saya memberitahu yang Rhys adalah anak patung,” tambahnya.
Dia juga pernah ditahan oleh pihak polis kerana membiarkan empat daripada anak patungnya itu duduk di bahagian belakang tanpa menggunakan kerusi bayi.
“Apabila saya memberitahunya mereka adalah anak patung, dia tidak mempercayai saya dan saya rasa dia fikir saya gila.
“Tetapi apabila dia sedar mereka bukan bayi sebenar, itu menunjukkan berapa banyak peratus mereka kelihatan seperti kanak-kanak yang sebenar. Sebab itulah saya menyukai mereka,” ceritanya.

Petikan : Kosmo 09 Sept 2012
Read More
posted 1:14 AM by with 0 comment

Jalan-jalan ke Genting Strawberry Leisure Farms Part 1


Kami singgah ke Genting Strawberry Leisure Farms ni sewaktu balik dari open house raya rumah sepupu d'hubby kat Kuala Kubu Baru...raya kan sebulan hehe, jadi sebab masih awal kami singgah la cuci-cuci mata sambil nak menyedut aircond percuma kiki..

Kalau sesiapa nak pergi, pergi jer sebab kalau nasib baik strawberi dah masak dan kat sana pun dijual sayur-sayuran jugak.  Kalau dah nama tempat pelancongan, ada la jugak coffehouse dan pelbagai makanan berasaskan tanaman kat situ cuma sediakan duit jer la

Biar gambar jer la berbicara.. ;)













 



Read More