December 4, 2012

SURPRISEEEE...ITALIAN RAINBOW CAKE

Lihat la anak gadis dah pandai buat kek gitu...Umi depa erkkk...mmg tak minat kek tp sejak anak2 dh pandai buat kek dan suka membuatnya Umi nyer pun join sekali..yg pasti mmg D'hubby tersenyum lebar dapat makan kek

Thanks Kak Yang, Kak Chik dan Kak Miya...penat balik kerja dapat makan dengan senyuman maniss sekali..


Sempat gak google resepi kek Italian rainbow ni kat macam2 blog.. ;)

Bahan-bahan utk Kek :
3 cawan tepung + 3 sudu kecil baking powder
1 buku mentega (250 gm)
1 1/2 cawan susu
5 biji telur putih
1 1/2 cawan gula castor
esen vanila
6 jenis warna iaitu. ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah atau warna2 kegemaran yg lain.

Cara membuatnya :
1. Mentega + gula dipukul hingga putih berkrim.
2. + telur dan dipukul lagi.
3. + tepung diselang selikan dgn susu dan esen vanilla.
4. Timbangkan berat keseluruhan adunan dan dibahagikan kepada 6.
5. Warnakan dan dibakar hingga selesai. Suhu 170C selama 15 - 20 minit.
6. Loyang yg digunakan ialah diameter 6 1/2 in

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!