Jangan buang teh yang tak habis diminum !


Pasti ramai yang suka minum teh kan..kalau tak suka pasti dalam sebuah rumah pasti ada uncang teh walau kita tak minum tapi untuk tetamu yang akan berkunjung.  Maaf la kalau ada rumah yang tak de langsung teh serbuk atau teh dalam uncang tapi SSL nak cerita perihal khasiat teh yang kita tak habis minum tu.

Jangan buang air teh yang tidak habis diminum.  Sebaliknya biarkan semalaman kerana air teh sejuk mempunyai banyak khasiat yang banyak dan kalau untuk peminum teh tu pasti akan menjimatkan kos. Antara kegunaan teh sejuk ialah :

Melambatkan pertumbuhan uban 
Basahkan kulit kepala dengan air teh sambil memicit-micitnya.  Biarkan rata dan meresap diatas kepala selama setengah jam sebelum membasuh rambut tu balik ya

Menghilangkan jerawat dan membersihkan muka berminyak
Basuh muka dengan air teh sejuk terutama ketika cuaca panas

Mengelakkan kedutan buah dada
Jika anda menyusu bayi, urut buah dada anda dengan air teh sejuk.  Nescaya buah dada anda tidak akan mengalami masalah kedutan sebelum masanya

Menjadikan rambut berkilat
Sapu air teh sejuk di kepala, biarkan sehingga  kering sebelum dicuci

Tanaman subur
Siram pokok bunga dan sayuran dengan air teh sejuk agar tanaman anda tumbuh subur dan berbuah serta berbunga lebat

Selamat mencuba!
Share on Google Plus

About iam virgo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!