March 8, 2013

Lobak Putih Tumis Air




Bahan:
2 biji lobak putih - dibuang kulit dan dihiris nipis2
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
2 cawan air
cili masak / cili api
1 biji telur
suhun

Cara membuatnya:
Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bawang merah dan bawang putih dan dimasak hingga naik bau dan kekuningan.  Masukkan lobak putih dan dikacau hingga nampak sudah masak, masukkan air dan biarkan mendidih.  Kemudian masukkan suhun, cili merah/api  dan pecahkan telur.  Biarkan ia mengelegak dan tutup api.

Boleh la dihidang dengan nasi panas.

Nota : Boleh juga dimasak tanpa menumis dan ikut selera masing2.


Okay, lobak putih punya kebaikan dan kat sini sy senaraikan kegunaannya dan cukuplah saya bagi 4 manafaatnya kalau nak tau lebih lanjut kena la google ya

1. Sebagai ubat penawar racun
Jika seseorang keracunan seperti pengaruh ubat cuba makan lobak putih dan dia akan muntah yang mana bila dia muntah, segala racun akan keluar

2. Menyembuhkan batu karang
Lobak putih dikisar bersama air dan diminum.  In Sha Allah batu karang akan tidak tumbuh lagi. Disarankan kita meminumnya setengah gelas sehari, diwaktu pagi atau sebelum sarapan.  Lobak putih mengandungi potassium yang cukup tinggi sehingga berupaya menurunkan risiko batu karang dalam tubuh.

3. Merawat wajah berjerawat
Jadikan lobak putih sebagai mask

4. Membantu menurunkan berat badan
Memakan lobak putih akan membuat kita rasa kenyang dan mengurangkan jumlah pemakanan kita.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!