Masak Asam Ikan Kembung Rebus

Teringat dulu masa kecik hingga muda remaja hehe mak SSL rajin beli ikan kembung rebus kat Pasar Chow Kit yang kalau penjual ikan tu bangsa Cina jer..tu dulu tapi sejak SSL dah kahwin dan kenal pergi Pasar Keramat memang dah tak jejak Pasar Chow Kit sebab d'hubby tak leh terima membeli dalam suasana kat Chow Kit tu..pergi bulan puasa beberapa tahun lalu pergi Chow Kit untuk beli ulam-ulaman buat nasi ulam dan sesambil tu ajak la dia beli ikan...hadoiiii langsung dia tak nak beli walau harga tu agak murah.  So we end up pergi ke Pasar Keramat yg lebih dia rasa selesa. Even kat Pasar Tani Tmn Melawati pun dia tak nak sbb banyak lalat...hadoi dan hadoiii.  Orang perempuan ni kalau pergi Pasar Tani Tmn Melawati ni mmg suka bukan sebab beli ikan tp macam2 juadah ada..hahaha.  

sorry la ek sbb banyak pulak story mory perihal belanja pasar ni kan...mmg cam ni la SSL in-person yang acah2 pemalu..◔◡◔

ni masakan favorite kami adik beradik dan saling berebut sampai la ni kalau balik rumah mak tengok kat dapur ada lauk ni..hehe

Bahan utama:
4 ekor ikan kembung yang dah siapa disiang dan direbus

Bahan untuk dikisar : 10 batang cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
1 cawan air asam jawa pekat
1 cawan air


Bahan hiasan:
3 biji tomato - dibelah 5
1 biji bawang besar - dipotong bulat
5 biji cili api - tambahan kalau suka
1 biji cili merah - tambahan kalau suka

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
  • Ikan kembung rebus digoreng garing tapi jangan hangit tau dan letak dalam pinggan
  • Dengan minyak goreng ikan tu, kita tumis bahan2 yang dikisar tu. Kacau jangan sampai hangit, bila dah nampak dah masak, masukkan air asam jawa dan air sambil kacau dengan api perlahan.  Kacau lagi hingga kuah menjadi sedikit pekat, masukkan ikan dan biar sampai mengelegak.
  • Masukkan tomato, bawang merah dan kalau suka masukkan cili api dan cili merah dan renih dalam 5 minit.  Tutup api dan tambah garam ikut citarasa.
Selamat mencuba



Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!