Lemon Chicken citarasa sendiri

Sebenarnya dah tak tahu nak masak apa dah..asyik asyik ayam goreng, ayam bercili, ayam paprik tak pun ayam masak lemak cili api..tetiba terasa nak masak lemon chicken pulak maka jadi lah menu hari ni



Bahan-bahan
Ayam - terpulang nak banyak mana diperap dengan sos tiram
Daun bawang / daun sup
1 biji bawang kuning atau merah
2 potongan nipis buah lemon


Bancuhan tepung
1 biji telur
1/4 cawan tepung jagung (jangan terlalu cair dan terlalu pekat)
sedikit garam
secubit lada putih
(ada orang letak baking powder dlm 1/2 sudu - terpulang ikut citarasa ya)
minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Sos Lemon
3 sudu gula
1/2 kiub ayam dibancuh dengan 1 cawan air (kalau ada chicken broth pun lagi sedap)
2 sudu perahan lemon
sedikit garam


Nota : ada yang suka letak pewarna kuning


Cara membuatnya :
Perap potongan ayam lebih kurang 30 minit

Bancuh bahan-bahan tepung hingga sebati.  Panaskan kuali yang berisi minyak.  Celupkan potongan ayam kedalam bancuhan tepung dan goreng ayam hingga masak dan bertukar warna agak perang.  Ulang hingga semua ayam habis digoreng

Masukkan semua bahan untuk membuat sos kedalam mangkuk besar dan digaul hingga sebati

Panaskan minyak dan masukkan bahan untuk sos dan dikacau seketika dengan api sederhana hingga kuah menjadi agak pekat dan letakkan kepingan lemon untuk seketika dan tutup api.

Tuang sos keatas ayam  dan kalau tak suka ayam tu nanti lembik, asingkan dan masukkan bila sudah sedia untuk dimakan

Selamat mencuba
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!