March 31, 2014

posted 9:31 AM by with 0 comment

Saigon Bhg 4 : Nak balikk

Hari ke 4 : 28 Mar

Yeahhh nak balik dah.  Penat dok melayan orang kan. Malam tadi diaorang keluar shopping tapi cheq pulak gi jejalan dengan Erra kat club..ngeh ngehh

Tak ingat pulak nama bangunan ni..kalau tak silap Rex Hotel Rooftop Bar..memang menarik dan romantik kalau bawak husben atau boyfriend.  SSL the only perempuan Muslim kot sebab cuma SSL jer yg bertudung..bukan buat apa tapi nak tengok view dan relax

Sebenarnya banyak jugak rooftop untuk santai waktu malam kat negara Komunis ni tapi ada yang tutup awal so kalau sesiapa nak kesini, cuba google tengok ya



Meh kita bergambor yaa..untuk kenangan, mana la tau kita dapat pergi holiday bersama lagi hik hik






Yeah dah sampai airport! Sebenarnya tak la lega sangat sebab flight penuh tapi syukur Alhamdulillah semua settle, sementara tunggu tour leader dapat seat kita tunggu dan tengok orang okay..hehe




amboi Datin diapit 2 jejaka hensem tuu..hehe sukernyaaa.  Dan penerbangan kami menaiki MH751 dari Saigon menuju ke Kuala Lumpur jam 1100 pagi dan akan dijangka sampai jam 1355...

Flight mode...



Alhamdulillah, dah selamat sampai dan tengok semua muka tak sabor nk jejak kaki kat tanah Malaysia..mana tak nya banyak nau bershopping.

Tetiba grup ni call SSL sebab kena tahan dek Kastam sebab katanya depa ni membeli banyak sebab sekarang ni kain yang dibeli dari luar kena cukai hadoiiii..rupanya diaorang ni berjalan sama dengan grup yang ada excess baggage kat airport Saigon..jenuh la kami dok kata tak beli apa2 dan mmg SSL tak beli pun tapi yang kena tahan Cikgu Zaiton yang byk membeli untuk kaum kerabat maklumla anak beradik ramai...yang Cikgu Azizah rela buka beg dia yang penuh kain dah dipakai untuk cover hehe..ishh leceh betul la tapi syukur Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tersengih la Cikgu Zaiton dan husben sebab dah lepas kalau tak parah nak bayar cukai ahhh

Welcome back untuk rombongan cikgu cikgi naa

Read More

March 30, 2014

posted 1:30 AM by with 0 comment

Saigon Bhg 3 :Saigon - Mekong Delta dan Shopping

27 Mar 2014 / Hari ke 3
Kami ke Mekong Delta dengan perjalanan selama 2 1/2 jam.  Sampai di jetty, kami menaiki kapal menyusuri Sungai Mekong untuk ke Pulau Unicorn.  Kat sini ada ladang lebah sambil minum teh madu, melawat ke industri kampung dengan pembuatan candy kelapa, dihiburkan dengan nyanyian dan muzik dan mereka punya nyanyi lagu kita sambil kita makan buah-buahan.  Nak beli cenderahati pun boleh dan memang berbaloi la jugak.  Untuk balik ke bot, kena la naik sampan melalui terusan kecil yang kiri dan kanan banyak pokok nipah. aduhh memang kesian tengok diaorang ni kayuh sampan sambil mencangkung (yang duduk bahagian depan) tapi tu la tu la sumber rezeki diaorang kan





makan tengahhari di pulau, memang sedap ikan talapia terbang kat sini





No automatic alt text available.

keletihan!


ni kami nampak waktu pulang dari Mekong, tak pasti tapi rasa macam kenderaan pekerja kot la

Sampai di Saigon seterusnya ke Hong Anh Collection, Taka Plaza dan Ben Than Market untuk shopping la





cantik kan kain ni..hehe tengok jer tak beli pun sebab risau diaorang ni shopping satgi tak cukup duit untuk lebihan bagasi..mana nak cekau kan...SSL cuma beli t-shirs dengan keychain jer lagipun kami ni kan travel agent akan selalu kesini kiki





Read More

March 29, 2014

posted 12:55 AM by with 0 comment

Saigon Bhg 2 : Lawatan ke Terowong Cu Chi & Bandar Saigon

Hari ke 2 : Bertolak ke Cu Chi Tunnel mengambil masa dalam 1 jam 15 minit.  Dalam perjalanan tu kami melewati kem askar tapi tak dibenarkan ambil gambar.  Vietnam ni kan masih komunis tapi dah bersikap terbuka dalam segi pelancongan.  Kat sini tak pun 7 Eleven atau yang produk Amerika.

Lawatan ke Terowong Cu Chi bukti keberanian rakyat Vietnam menentang musuh iaitu Amerika. Terowong sepanjang 200km ni bukti betapa kejamnya peperangan di Selatan Vietnam. Terowong yang dibina ni dengan berberapa tingkat dibina dengan ruang dapur, ruang rehat, rumah sakit, tempat penyimpanan senjata dan pusat arahan tentera.  Ni bukan kali pertama SSL ke sini jadi tak ler masuk ke terowong sebab hehe SSL ni fobia tempat rendah.

Kat sini ditunjuk jugak beberapa jerangkap samar yang dipasang untuk pihak musuh.  Ngeri tengok dan memang rasa kesian dengan penduduk yang terpaksa berselindung dibawah tanah, memang tak dapat digambarkan
















Kemudian balik ke bandar untuk makan tengahhari.

Seterusnya solat Jamak di Masjid Ar-Rahim yang dibina pada tahun 1885 oleh seorang Muslim keturunan Malaysia - Indonesia.  Kat sini ramai orang Islam dari Pattani tinggal dalam masjid ni, kesian mereka ni sebab rasanya hidup dalam buangan dinegara orang.

Kemudian ke Muzium Peninggalan Perang yang dulunya dikenali sebagai Rumah Pameran Kesan Perang Amerian (Exhibition House of American War Crimes) yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat kesan kekejaman tentera Amerika di Vietnam.  Memang kejam dan SSL tak ambil gambar sangat sebab dulu pernah ambil gambar juga tapi mmg kesian sangat mujur gambar2 tu dah corrupt. Bermacam cara kekejaman pihak Amerika kepada Vietnam antaranya agen oren, memang tak boleh nak hadam kejahatan Amerika ni.



Sebelum balik ke hotel, kami berhenti di Pejabat Pos yang gah dan antara tumpuan pelancong, ada yang jalan kaki ke Hard Rock Café untuk beli cenderahati tapi SSL dah penat, jadi lepas Pejabat Pos tu masuk jer la dalam bas.

Sampai bilik hotel, mandi dan rehat.  Ada yang nak keluar shopping jadi biar jer la diaorang kan.
Read More

March 27, 2014

posted 9:40 AM by with 0 comment

Saigon Bhg 1 : Ke Saigon dengan geng cikgu

Syukur Alhamdulillah, akhirnya selepas beberapa perjumpaan dan pengesahan, SSL sekali lagi ke Saigon dan kami pun berlepas menaiki pesawat MH 751 jam 1710 dan tiba di Tan Son Nhat Intl Airport jam 1805.  Memang tak de aktiviti, cuma dijemput dan daftar masuk Sabah Saigon Boutique Hotel...katanya kepunyaan orang Sabah Malaysia dan Alhamdulillah ada surau dan sarapan pagi HALAL tak macam dulu pergi sarapan cuma boleh makan roti dan telur rebus.

Tapi hotel ni agak jauh dari Ben Thanh market jadi agak payah nak jalan kaki ke pasar popular tu tapi kalau nak boleh jer

Saigon ni sekarang dah banyak restoran Islam jadi tak perlu risau sangat




ni bilik SSL...syhhhh cantik kan mengadap jalan tapi kalau dah balik lewat tu xde la nak enjoy gambar lagipun tak bawa kamera 



Serba sedikit info untuk sesiapa yang nak ke Saigon ni

Time zone : UTD +07:00

Matawang : Vietnam Dong tapi boleh guna USD.  Kebanyakan kedai di Ben Thanh market ni terima RM jugak tapi sebaiknya guna Dong jadi kita tak rugi sangat

Visa : Tak perlu bagi warganegara Malaysia

Adapter untuk charging handphone atau laptop sila bawal portable adapter walau boleh mintak dari front office tapi kekadang tu kena tunggu lama la sebab tetamu hotel lain pun nak guna.

type_f_large
Kat sini banyak bangunan cantik hasil penjajahan, dan kat tengok kota Saigon ni penuh pokok-pokok menghijau dan sejuk mata memandang macam berada kat Taman Tasik Taiping pun jugak

20130916_150732


20130916_150019

20130915_151534



Read More

March 8, 2014

posted 12:43 AM by with 0 comment

Sambal Kelapa Penambah selera untuk Nasi Lemak

Sambal kelapa kegemaran hero2 SSL ni.  Kalau Ayong dengan Angah dapat sambl kelapa ni mmg berpinggan2 diaorg menambah.  Selalu nya kalau SSL buat nasi lemak mesti ada 2 extra sambal selain sambal udang/sotong/ikan bilis ni, yang kena buat sambal kelapa ni la dan untuk d'hubby pulak sambal mentah.  Kalau sambal kelapa ni hari banyak sebab diaorg makan berulang2 tapi kalau sambal mentah x perlu banyak pun, bila nak makan cuma cubit sikit dah memadai dan yg pasti perghhh mantopppp.  Part sambal mentah nanti SSL upload bila sempat snap photonya ok.


Bahan-bahan:
10 batang cili kering, dibuang biji
1/2 inci belacan - kalau tak bubuh pun tak pe
5 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Semua bahan ni ditumbuk hingga lumat, kemudian masukkan kelapa dan ditumbuk hingga cili yang ditumbuk tu rata.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumbuk jangan sampai hancur. Masukkan kedalam bekas dan percikkan sedikit cuka, gaul dan sedia untuk dimakan bersama nasi panas. yummy








Read More