March 29, 2014

Saigon Bhg 2 : Lawatan ke Terowong Cu Chi & Bandar Saigon

Hari ke 2 : Bertolak ke Cu Chi Tunnel mengambil masa dalam 1 jam 15 minit.  Dalam perjalanan tu kami melewati kem askar tapi tak dibenarkan ambil gambar.  Vietnam ni kan masih komunis tapi dah bersikap terbuka dalam segi pelancongan.  Kat sini tak pun 7 Eleven atau yang produk Amerika.

Lawatan ke Terowong Cu Chi bukti keberanian rakyat Vietnam menentang musuh iaitu Amerika. Terowong sepanjang 200km ni bukti betapa kejamnya peperangan di Selatan Vietnam. Terowong yang dibina ni dengan berberapa tingkat dibina dengan ruang dapur, ruang rehat, rumah sakit, tempat penyimpanan senjata dan pusat arahan tentera.  Ni bukan kali pertama SSL ke sini jadi tak ler masuk ke terowong sebab hehe SSL ni fobia tempat rendah.

Kat sini ditunjuk jugak beberapa jerangkap samar yang dipasang untuk pihak musuh.  Ngeri tengok dan memang rasa kesian dengan penduduk yang terpaksa berselindung dibawah tanah, memang tak dapat digambarkan
















Kemudian balik ke bandar untuk makan tengahhari.

Seterusnya solat Jamak di Masjid Ar-Rahim yang dibina pada tahun 1885 oleh seorang Muslim keturunan Malaysia - Indonesia.  Kat sini ramai orang Islam dari Pattani tinggal dalam masjid ni, kesian mereka ni sebab rasanya hidup dalam buangan dinegara orang.

Kemudian ke Muzium Peninggalan Perang yang dulunya dikenali sebagai Rumah Pameran Kesan Perang Amerian (Exhibition House of American War Crimes) yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat kesan kekejaman tentera Amerika di Vietnam.  Memang kejam dan SSL tak ambil gambar sangat sebab dulu pernah ambil gambar juga tapi mmg kesian sangat mujur gambar2 tu dah corrupt. Bermacam cara kekejaman pihak Amerika kepada Vietnam antaranya agen oren, memang tak boleh nak hadam kejahatan Amerika ni.



Sebelum balik ke hotel, kami berhenti di Pejabat Pos yang gah dan antara tumpuan pelancong, ada yang jalan kaki ke Hard Rock Café untuk beli cenderahati tapi SSL dah penat, jadi lepas Pejabat Pos tu masuk jer la dalam bas.

Sampai bilik hotel, mandi dan rehat.  Ada yang nak keluar shopping jadi biar jer la diaorang kan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!