November 23, 2014

Mee Kari

Dulu SSL tak suka makan mee tapi sejak kahwin memang dah terminat sebab dhubby suka makan mee..dan selalu buat mee goreng je tapi kali ni teringin nak buat mee kari dan Alhamdulillah menjadikkk




Bahan-bahan

  • Daging yang dipotong lembu..kenapa daging? sebab daging lebih manis atau buka letak ayam
  • Kerang - dibasuh dan direbus tanpa air
  • Fish ball / Fish cake - kalau suka
  • Tauhu goreng
  • Santan
  • Rempah kari ikan


Bahan A

  • 4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji cili kering dikisar bersama bawang tadi
  • 2 biji buah keras - ditumbuk halus
  • 2 biji kentang - dipotong dadu


Bahan B

  • Mee Kuning - dicuci dan dicelur, toskan
  • Kacang panjang dipotong dan dicelur
  • Taugeh, Sawi dicelur sekejap (tak letak untuk kali ni)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Telur direbus


Cara membuatnya

  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan yang dikisar sehingga naik harum
  • Masukkan bahan2 seperti remah kari dan tumis hingga terbit minyak dengan api perlahan
  • Masukkan daging atau ayam dan dikacau hingga kecut 
  • Masukkan kerang atau udang dan biar seketika dan masukkan santan 
  • Masukkan fish cake dan fish ball yang telah dipotong
  • Biarkan mendidih, masukkan garam dan tutup api.
  • Kemudian dihidang la dengan letak semua bahan hiasan mcm gambar SSL tu

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!