January 17, 2015

Masak Lemak Putih Pucuk Meranti dan Ikan Cencaru Sumbat bercili

Salam semua..

Dah sekian lama SSL mencari daun meranti aka daun meti sebab tengok kawan sekolah yang dah berhijrah ke Kanada ada post gambar daun yg pahit2 ni..ngee.  Memang respect kat Zuraidah Abu tu sbb dok kat oversea pun boleh bercucuk tanam..dia pajak sebidang tanah tp lupa berapa besar tah la..dia tanam pucuk2 org mmg senang nak dapat kat Malaysia ni.  

SSL ingat dulu mak rajin jugak beli pucuk ni buat masak lemak tp hehe mana la SSL makan kan..udah nama sayur mmg payah nk makan tp sejak mengandung dulu2 kena la makan sayuran kalau tak nak buang air besar akan jadi masalah sbb poop x lembut dan pasti menyakitkan tp lebih seriaus la..haha

Pucuk meranti ni sejenis tanaman herba ni boleh dimasak macam2 seperti SSL masak lemak putih campur telur, masak lemak putih campur ubi keledak, digoreng dan letak ikan bilis, goreng berlada, masak lemak kuning dan jugak masak bening tapi mungkin ada tukang masak lain yg lebih expert dengan cara masakan yg lain kan..



ni la rupa pucuk meranti 



2 ulas bawang merah & 1 ulas bawang putih dihiris, 1 biji cili masak dan 3 biji cili api dihiris.
Pucuk meranti yang telah diambil daunnya dibasuh dan dimasukkan dalam periuk dengan bahan2 yang dihiris tu dan letak sedikit air dengan api perlahan lebih kurang 5min, bila nampak dah lembut, masukkan santan dan kacau dalam 2 minit, pecahkan telur dan tutup api.  Jangan lupa letakkan garam ya.

Kalau rajin boleh buat sambal belacan, regu yang terbaik untuk apa2 jenis sayur masak lemak.  mmg awesome


Bahan-bahannya :
  • 2 ekor ikan cencaru - dibelah belakang
  • 1/2 biji kelapa parut*
  • 6 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 biji cili merah*
  • 6 biji cili padi* (boleh ditambah jika suka pedas)
  • 2 sudu besar cili kering* (yang telah dikisar halus)
  • 3 sudu besar air asam jawa*
  • Sedikit belacan*
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit minyak 
Cara-caranya :
  1. Ikan cencaru dibelah belakang, bersih dan toskan.
  2. Tumbuk atau kisar bahan-bahan yang bertanda *
  3. Bahan2 yg dah ditumbuk tu disumbat kedalam ikan hingga padat
  4. Panaskan sedikit minyak didalam kuali, goreng ikan cencaru dengan api yang sederhana
  5. Goreng hingga garing dan terbalikkan ikan tersebut setiap 5 minit 
  6. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Tips : Ikan yang telah disumbat tu boleh jugak dipanggang dalam oven atau dibalut dengan daun pisang dan dipanggang menggunakan pemanggang ajaib pun sodap.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!