February 26, 2015

posted 11:12 AM by with 0 comment

Adakah kita suka minum berdiri ?

Kenapa Islam melarang umatnya minum sambil berdiri....?

Persoalannya, mengapa minum sambil berdiri dilarang sama sekali? 

Apakah rahsia disebalik larangan minum sambil berdiri? 

Adakah larangan tersebut boleh memudaratkan kesihatan diri?

Dalam Islam amat menitikberatkan adab makan dan minum yang betul agar menjadi ikutan dan amalan dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w juga melarang perbuatan minum sambil berdiri.

Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kami minum sambil berdiri. Apabila dia lupa, maka hendaknya dia muntahkan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Image result for minum berdiri merusak ginjal

Sebab Larangan Minum Sambil Berdiri

1. Fungsi Jantung Menjadi Perlahan
Sistem saraf manusia berada dalam keadaan tegang pada posisi berdiri menunjukkan sistem itu memastikan kedudukan otot stabil supaya anggota badan tidak jatuh semasa berdiri. Banyak kombinasi sistem saraf dengan sistem otot terutamanya sistem saraf dalam usus.

Ketika minum sambil berdiri, sistem saraf merangsang mengawal perut iaitu ‘vagus nerve’ di mana rangsangan ini berfungsi untuk memperlahankan jantung dan mengakibatkan individu itu pengsan atau pitam, malah boleh membawa maut bagi pesakit jantung.

Ketika berdiri, otot-otot badan akan menjadi tegang dan memberi tekanan kepada sistem saraf pusat (central nervous system) kerana terpaksa bekerja ‘terlampau’ aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan ketika berdiri.
- Dr. Ibrahim Ar-Rawi, Pakar Kajian

2. Luka atau ‘Ulcer’ pada Perut
Makan dan minum sambil berdiri menyebabkan luka atau ‘ulcer’ pada perut kerana makanan dan minuman tersebut akan melanggar dengan keras dan kuat pada lapisan dinding-dinding perut. Selain itu, tekanan penurunan air yang tinggi ke dalam perut sekiranya minum sambil berdiri di samping dinding-dinding perut akan menjadi longgar dan boleh mengakibatkan penyakit sukar untuk menghadam makanan.

3. Kerosakan Sistem Pencernaan
Dalam tubuh badan manusia terdapat sejenis penapis ‘sfringer’ yang bertindak membuka pada posisi duduk dan tertutup pada posisi berdiri. ‘Sfringer’ bertindak sebagai penapis segala benda asing dalam air sebelum disalurkan ke seluruh tubuh badan. Minum sambil berdiri menyebabkan penapis ‘sfringer’ tertutup, maka air itu tidak ditapis terlebih dahulu. Minuman akan terus jatuh ke dalam salur pencernaan ketika berdiri dan boleh menyebabkan masalah usus dan penyakit batu karang sekiranya kerap mengamalkan minum sambil berdiri.

Keistimewaan Minum Sambil Duduk
Sistem saraf dan otot berada dalam keadaan tenang dan mampu untuk menjalankan tugas dengan baik serta memproses segala bentuk bahan makanan dan minuman masuk ke dalam tubuh badan.

Makan dan minum secara duduk lebih baik untuk kesihatan diri, lebih selamat dan lebih puas di mana makanan dan minuman melalui dinding perut secara perlahan-lahan dalam keadaan tenang.
Read More

February 12, 2015

posted 8:55 AM by with 0 comment

Kisah indah suami isteri

 Assalammualaikum wbt

Image result for isteri penunggu setia dihospital
 
Dari bilik mayat sebuah hospital, seorang ustaz keluar dan bertanya apakah si isteri mahu memandikan jenazah suaminya. Si isteri mengangguk tanda persetujuan. Ustaz tersebut kemudian bersama beberapa orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya.
Si isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya. Sambil menangis isteri berkata,
" Inilah janji kita sebagai suami isteri... Jika abang pergi lebih dulu maka
sayalah yang memandikan jenazah abang. Andai saya yang pergi dulu, abanglah yang akan memandikan jenazah saya..."
Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu... wahai suamiku...
Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu dan menyatukan kita di akhirat nanti..."
Saat membasuh tangan jenazah suaminya, si isteri berkata...
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, rezeki yang masuk ke mulut kami...
Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suamiku..."
Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, dia berkata lagi...
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-anakku...,
Semoga Allah memberi pahala yang berlipat kali ganda untukmu wahai suamiku ..."
Kemudian ketika membasuh kaki jenazah suaminya, sambil teresak-esak dia berkata...
"Dengan kaki inilah abang keluar rumah mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih suamiku..
Semoga Allah memberimu kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda..."
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu dahi suaminya dan berkata...
"Terima kasih suamiku..., aku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia bersama keluarga kita...
dan terima kasih juga kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu..
dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu..."
Subhanallah...

Indahnya saling mencintai kerana Allah.. meskipun terpisah sementara di dunia tiada kekesalan  kerana yakin bahwa Allah akan mempertemu dan menyatukan kembali di akhirat nanti...

Semoga Allah merahmati kita jua...

Aamiin..
Read More