Monday, August 31, 2015

,
udah 58 tahun Malaysia merdeka ek...semoga Malaysia kita terus maju dan terus berjaya.  Harapan SSL moga2 kemelut kewangan kita yang semakin teruk (USD1 = RM4.17 ni uptodate value kat currency checker dan mmg mengerikan dan berharap pihak kerajaan dapat membuat perubahan dengan kecekapan yg depa ada (fuhhh kata2 semangat tu..kiki) yea la untuk ubat diri dan tenangkan hati utk menghadapi hari2 esok semoga lebih diberkatiNya dan dipermudahkan segala perancangan kan. Semoga Malaysia menjadi tempat tumpah darahku yang terus makmur, maju dan terus maju




tema hari Merdeka 2015 #sehatisejiwa

cantik dak DP yg direka sorg kwn untuk game pets...awesome kan

Malaysia Independence Day 2015
ni kat Google browser tau..mesti sume dah tengok kannnnn
Ha sempena Hari Merdeka pun ada gak program untuk rakyat #Bersih4.0 yg  dijangkakan ramai yang turun join sebab tu la kata d'hubby kat Stadium Bukit Jalil waktu dia buat cover sempena sambutan ambang Merdeka tu mmg tak ramai pun yg datang dan mmg serius tak ramai! ok la jugak dari mendekatkan diri pada benda2 tak berfaedah tu kan bila dan mcm2 boleh jadi bila dh ramai sangat tu 


bersih-4.0

Tun M pun turun join Bersih 4.0..macam2 cite diwarwarkan, apa2 pun tu hak sesiapa pun yang join rally tu kan

Nak sambung tido la balik dan buat d'hubby yg kena dan tak balik malam  ni #sweetdreams lalink naa..esok pepagi u dah kena duty utk sambutan Hari Merdeka and I see you tomorrown afternoon ok

Friday, August 28, 2015

,

Selamat petang ^ ^



Bahan-bahan
Dua cawan beras dibersihkan
300-500 gram daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
air secukupnya
Cara-cara
1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Sebelum dimakan, tambahkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.

Tuesday, August 25, 2015

,
Petang-petang macam ni terasa lapar benor ler..buat sesiapa yang tinggal kawasan berdekatan kawasan Wangsa Maju atau Keramat ke..jom pekena Dim Sum Halal yang diusahakan sepasang suami isteri Kak Emy dan En Zul..juga pau yang pelbagai spt pau manis dan pau pedas yang sedap...

Istimewanya Dim Sum ni dia letak habbatussauda yang dihancurkan macam lada hitam tu dan dengan sosnya yg lazat.  Kalau sesiapa nak order boleh la hubungi Kak Emy di 0143924243 / 019644 8327





Monday, August 24, 2015

,
24 Aug...birthday my eldest son Muhd Azmer Razli aka Ayong.  Luv ya my darling always and forever.  Semoga menjadi anak yg soleh dan diberkatiNya selalu dan dipermudahkan kehidupan didunia dan akhirat..xoxo




Sunday, August 23, 2015

,
Ni dia masakan special hari minggu ni kononnyer laa. Kalau dah masak dengan penuh kasih sayangkan..haruslah sedap wakaka ≧◔◡◔≦


Bahan-bahannya
Mee kuning - dicelur dan ditoskan. 
Sayur sawi dicelur dan ditoskan
tauge dicelur dan ditoskan
3 biji kentang - direbus dan dihiris
4 biji telur - direbus dan di belah 2
4 keping tauhu - di goreng dan di hiris nipis
cili merah dan hijau dihiris (ikut suka banyak mana nak letak)
bawang goreng
limau kasturi - di belah 2
daun sup dan daun bawang - di hiris

Bahan untuk Kuah 
500 gm daging - di hiris nipis dan di rebus hingga empuk ada jugak yg guna tetel (ikut selera masing2 ya) 
4 biji keledek - yg telah di rebus dan dikisar atau dilenyek
15 tangkai cili kering - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar
2 biji buah keras – dikisar
Belacan sebesar ibu jari
Air asam jawa
Kacang tanah digoreng dan dikisar (jangan lupa buang kulit ya)
sedikit gula merah
Air secukupnya untuk mengisar bahan-bahan
garam dan gula secukup rasa 
minyak untuk menumis.

Cara membuat kuah :
Cili kering dikisar halus dan masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, asam jawa dan belacan serta buah keras.

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan daging dan biar bahan tumisan tu dengan daging jadi sebati, masukkan air rebusan daging dan air rebusan kulit udang dengan api perlahan, masukkan keledek yang dah dilenyek dan kacau sampai rata. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk dan kacau lagi.  Masukkan garam dan gula melaka sikit sebab mee rebus ada rasa manis sikit dan sampai betul2 masak dan pekat okay pastu boleh la dimatikan api.

Meh kita menghidang:
Masukkan mee dalam mangkuk, letak tauhu, telur rebus, sayuran, tauge, daun bawang dan bawang goreng (kalau ada la), sendukkan kuah beserta isi2nya dan tuang kedalam mangkuk, letakkan cili potong dan limau kasturi (perah utk airnya okayy). Yeahhh sudah sedia untuk dimakan.

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba! Jangan lupa baca doa makan 
tau..

P/S : kalau sedap share2 la..kalau tak sedap meh la bagi resepi untuk dicuba pulak.◔◡◔.



Haaa...sat lagi boleh la nak blogwalking #meerebus..lai laiii
,
hohohoooo...dah hari Ahad kan...rasa mcm x puas lagi kot berehat2...memalaskan diri kat atas katil, melayan movie ke youtube...alih2 tengok jam dah 1730 warghhhhh cepat sungguh masa berlari...pantas dan sungguh pantas sampai sukar nk tangkas..hahaha apa ke biol punya ayat tu kann..

Ok..hari ni memasak juadah ala kadar sbb d'hubby kena kerja kat Padang Merbok untuk #lariansehatisejiwa



tapi yang buat ala kadar tu sebab nak masak juadah special sikit...jeng jeng jeng.  Satgi kita sambung naaa....





Monday, August 17, 2015

,
Resepi : Ikan Senangin Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan:
3 potong ikan tenggiri atau ikan kembung atau senangin ikut selera, di bersihkan di potong ikut suka dan dikelar2 ok.
20 tangkai cili padi*
1.5inci kunyit hidup *
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang kecil*
2 batang serai
daun kunyit
Santan dari sebiji kelapa - asingkan 1/2 cawan dan selebih dalam bekas lain dicampur air 1 cawan
3 keping asam gelugur - dibasuh utk buang pasir dan direndam
Garam sesedap rasa

Bahan tambahan yg disyorkan : Belimbing buluh dibelah dua atau timun kuning dikikis kulit dan dipotong ikut cita rasa.  Timun juga belimbing ni rasa masam jadi dah jd penambah rasa masam dalam masak lemak ni.  Boleh letak peria atau mungkin tomato jugak ya

* dikisar atau ditumbuk halus

Caranya
Bahan-bahan yang dikisar tu dimasukkan kedalam periuk bersama asam keping, serai yang diketuk dan direnih dengan api perlahan dan kacau.  Bila dah hampir kering, masukkan santan cair dan timun kuning dan kacau.  Pastikan api tu kecil ya dan kacau. Bila nampak santan tu mengelegak, masukkan daun kunyit dan ikan.  Kacau hingga sebati dan nampak ikan tu masak dan terbalikkan jadi kedua-dua.  Alih dengan sopan ya sebab ikan bila dah masuk dalam santan atau yg berkuah ni terutama ikan senangin/kembung ni senang hancur. Kemudian masukkan santan pekat.  Masukkan garam.  Renih lebih kurang 5 min dan tutup api.  

Kalau nasi dah masak, apa lagi..jom makan.

Selamat mencuba

Sunday, August 16, 2015

,
PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM
Oleh: Muhd Rizal Baharom

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya.

Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan. Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.

Di sini saya ingin berkongsi salah satu penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.


Bahan:
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa. Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari. 

Saya sangat kasihan dan sedih melihat pesakit-pesakit ini. Inilah saja cara yang dapat saya membantu. Harapannya agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit darah tinggi dan sakit berkaitan jantung boleh gunakan kaedah sama. 

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini. Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja.

Anda juga boleh sama-sama SHARE ya!

Sumber dari : grup Whatsapp
,
Copy paste dari kawan FB Shahril Hafizi 2 hari lepas yang jugak staff AirAsia.. mewar-warkan harga murah..mari beli mari beli..harga murah..harga murah..haha

Quote : Sale sale sale... RM3...
Jangan kata abang x share..
Jangan kata abang x bg tau...
Jangan kata abang x kongsi...
Jangan kata abang Jalan x ajak...
Jangan kata abang sombong k...
Buka and enjoy....UNQUOTE

Jadi apa lagi moh kita cari2..plan2 ke destinasi idaman ke.. pilihan ke kan...jadi tunggu apa lagi jengahla kat AirAsia la ni jugak tau...


Nak tunjuk betul ke idak promo tu kann


Apa2 pun syarat dan terma tu kena tengok betul and pastikan pembelian anda semua berbaloiii dan untuk penginapan dan bersiar2 didestinasi pilihan tu cer jengah ke tdktravel atau email kat tdktravel@hotmail.com

Selamat bercuti ehhh belum lagi...selamat mencuba!


Saturday, August 15, 2015

,
Pertama kali membuat kek pisang dan Alhamdulillah menjadi jugak walau mungkin tak sesedap orang lain yang lebih pakar tapi anak-anak menyukainya pulak.

Saya bukanlah pandai memasak malah kalau bahagian bakeri dan sewaktu dengannya tu memang bukan pilihan saya tapi bila anak-anak dah semakin dewasa minat untuk baking tu timbul pulak maka jadilah kek mudah ini



Bahan:
4 biji pisang emas - lecek
1 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A (gred B pun ok)

Bahan B : diayak
1 1/2 cwan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

Bahan C:
1 sb jus limau nipis (tak letak pun tak pe)
1 sk esen vanilla - vanilla extract

Cara membuatnya:
Panaskan overn 170C, Leserkan mentega pada loyang dan letak tepi

Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3 - 5min @ hingga putih.  Masukkan pisang dan kacau rata

Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.  Kacau sebati dengan menggunakan spatula

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati.  Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 - 60 min atau sehingga masak

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, kurangkan suhu ke 150C.  Anggaran membakar 1 jam




,

500gm daging batang pinang/pejal direbus hingga lembut dan dihiris halus seperti dalam gambar.  Kalau ada yang suka dan rajin nak buat daging bakar pun sedap dimakan dengan air asam Utara ni

Bahan-bahan untuk air asam: 
5 batang cili masak
4 batang cili api
2 biji tomato
1 biji bawang besar - dipotong
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan air asam jawa
1/2 belacan
2 sudu Kerisik
Garam dan gula sesedap rasa

Cara membuatnya:
Tumbuk cili masak dan cili api hingga lumat, masukkan belacan dan tumbuk lagi.  Kemudian masukkan tomato dan bawang besar yang dipotong juga hingga lumat, Keluarkan dari lesung dan masukkan kedalam mangkuk kemudian masukkan kerisik, garam, gula dan digaul hingga sekata. Akhir sekali masukkan air asam jawa..siap!!

selamat mencuba!

Monday, August 10, 2015

,
Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..Masya Allah

Bacalah cukup menginsafkan


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini.. 
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid.. 
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini.. 
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln... 
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq.. 
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.. 
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat; mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia.. 
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara.. 
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk.. 
Berserah pada Allah & bertawakal lah.. 
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm.. 
Usaha lah bersungguh2.. 
Usaha bermula dgn berniat.. 
Lepas itu buat, sampai dpt.. 
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca 
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah 
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki.. 
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir.. 
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum.. 
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk.. 
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln... 
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2.. 
Malam, buang sampah sarap.. 
Basuh pinggan mangkuk.. 
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar.. 
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org.. 
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. 
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. 
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. 
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org.. 
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat.. 
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .


Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.

Thursday, August 6, 2015

,


Meriahnya Merdeka, When You Buy A Toyota!

Come celebrate with us!
Venues & Dates
Vios - Attractive Cash Rebates + FREE Value-Added Accessory PackageAlphard - Attractive Cash Rebates + 5 Years Free MaintenanceCamry - Attractive Cash Rebates
Terms & Conditions
http://www.toyota.com.my/highlights/august-promotion-2015.html