August 17, 2015

Ikan Masak Lemak Cili Api





Bahan-bahan:
3 potong ikan tenggiri atau ikan kembung atau senangin ikut selera, di bersihkan di potong ikut suka dan dikelar2 ok.
20 tangkai cili padi*
1.5inci kunyit hidup *
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang kecil*
2 batang serai
daun kunyit
Santan dari sebiji kelapa - asingkan 1/2 cawan dan selebih dalam bekas lain dicampur air 1 cawan
3 keping asam gelugur - dibasuh utk buang pasir dan direndam
Garam sesedap rasa

Bahan tambahan yg disyorkan : Belimbing buluh dibelah dua atau timun kuning dikikis kulit dan dipotong ikut cita rasa.  Timun juga belimbing ni rasa masam jadi dah jd penambah rasa masam dalam masak lemak ni.  Boleh letak peria atau mungkin tomato jugak ya

* dikisar atau ditumbuk halus

Caranya
Bahan-bahan yang dikisar tu dimasukkan kedalam periuk bersama asam keping, serai yang diketuk dan direnih dengan api perlahan dan kacau.  Bila dah hampir kering, masukkan santan cair dan timun kuning dan kacau.  Pastikan api tu kecil ya dan kacau. Bila nampak santan tu mengelegak, masukkan daun kunyit dan ikan.  Kacau hingga sebati dan nampak ikan tu masak dan terbalikkan jadi kedua-dua.  Alih dengan sopan ya sebab ikan bila dah masuk dalam santan atau yg berkuah ni terutama ikan senangin/kembung ni senang hancur. Kemudian masukkan santan pekat.  Masukkan garam.  Renih lebih kurang 5 min dan tutup api.  

Kalau nasi dah masak, apa lagi..jom makan.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!