August 2, 2015

Empulur Cempedak Goreng Berlada (̲̅❤̲̅) MISTERI..MISTERIIII

Haaa..sapa pernah makan empulur cempedak goreng ? ◕‿◕ rasanya kalau suruh angkat tangan mesti tak taw kan...dulu saya pun xtak suka sbb yea la waktu muda2 dulu...tau yg simple dan sedap dimakan je mcm maggi (̲̅❤̲̅)..senang dimasak cepat dimakan haha

Hari Sabtu hari minggu lepas rutin ke pasar ternampak pulak cempedak banyak dijual hehe apa lagi semangat nak buat serawa pisang pudar sebab cempedak ni bermusim kan...erkk rasanya sbb kalau bukan musim doyan tak dak la cempedak ni kannnnn.. dan akhirnya 2 biji cempedak dibeli fuhh tak murah pun RM20 utk 2 biji ◔͜͡◔. Dalam otak dok fikir nak buat serawa...nak buat cempedak goreng dan empulur cempedak goreng yang mak selalu buat...haaa ni dia proses dan cara membuat empulur cempedak goreng dan kalau kat kg kami depa panggil puluq cempedak 


1. empulur yang direndam 
2. empulur yang dah ditos airnya 
3. cili tumbuk untuk menumis
4. empulur goreng sedia dimakan

Proses memasamkan empulur tu mudah jer.  Caranya : buah cempedak yang dah diambil ulas2 tu dipotong2 empulur yg kat kulit tu elok2 dan masukkan kedalam bekas simpanan dan dibubuh garam (kena kuantiti banyak kalau tak nanti naik kulat yg putih2 jd xelok dan busuk) kemudian masukkan air supaya empulur tu terendam dan simpan. Sebaiknya esok tu buka bekas tu dan alih2kan empulur tu supaya terendam elok.  Lepas 3-4 hari toskan empulur tu dan boleh la nak goreng.  

Dah siap nak buat hidangan pulak : Tumbuk cili kering, bawang kecil, bawang putih dan tumis.  Bila dah masak cili tumisan tu masukkan empulur tu dan goreng sampai kering.  Masukkan telur dan goreng sampai kering.  Kalau dah kering tu tutup la api dapur dan hidang la kannn

Masa post kat group family d'hubby macam2 depa tanya...org Kedah tak tau pun hehe..tp yg pasti group family mak yang kat Kuala Kurau tu tau pasal nii hehe.  Cik niece Liez deariescouple pun post kat group WA dia dan terungkai sudah misteri puluq cempedak ni...rupanya resepi org Banjar dan depa panggil ni mandai..oh mandai rupanyaa...huhu.  Kami bukan keturuanan Banjar tp Tok Ayah dah bermastautin kat Kuala Kurau dan mmg situ kawasan Banjar.  Tok Ayah org Siam dan Tok Mak pulak orang Jawa Batu Bahara...tp dah dok kawasan Banjar kan so mesti la tauuuu

Pastu mintak tolong cik Google dan ni pulak dijumpaiii..

http://ariayana-ariayana.blogspot.com/2013/12/mandai-goreng-makanan-orang-banjar.html

http://resepiaku.blogspot.com/2012/08/resepi-orang-banjar-kulit-cempedak.html



MISTERI LAH SANGAT KANNN...tp korang yang baca ni mesti cuba tau. 






No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!