August 2, 2015

Kuih Seri Muka vs Pulut Sekaya..sama tapi tak serupa

Bulan Ramadan sudah Ayong dok menggila makan kuih seri muka...boleh kata tiap2 hari beli walau harga fuhh mahal pulak RM2.50 untuk 2 ketul pastu rasa dia pulak biasa jer la mcm rasa kuih seri muka kui kui kui..tetiba teringat pulak nk buat kuih seri muka tu kan sbb dah ada pengemar kannnn

So pagi tadi mintak d'hubby call kakak ipar Kak Chah kat nun di Kedah sebab kata d'hubby mak dia buat pulut sekaya tak guna tepung..hurmmm.  Since MIL dah tiada so call Kak Chah la kan dan ni dia resepi Kak Chah bagi..

Untuk lapisan bawah : Pulut direndam dalam 4-5 jam (supaya cepat lembut bila dikukus). Toskan dan masukkan dalam loyang dan kukus.  Bila nampak pulut dah macam lembut sikit masukkan santan yang dicampur sedikit garam supaya lebih enak dan kukus. Bila rasa pulut dah cukup masak, tekan2kan pulut biar padat kalau tak nanti bila dh masuk lapisan atas kuih tu nanti berderai.  Kukuskan dalam 10min lagi.  Sementara tu kita sediakan bahagian atas pulak hokayyy.

Untuk kepala (bahagian atas) 

Bahan 1 : Kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang (ditumbuk halus) tp SSL cuma guna yang serbuk yg mmg ada dalam stok (jimat masa kannn)

Bahan 2 : daun pandan dikisar untuk ambil air utk warna, rasa dan keharuman, santan utk menyedapkan dan melemakkan (bab lemak ni...ngeriii hahaha)

Bahan 3 : telur 4 biji (ambil telur putih jer tp 1 biji telur tu ambil kuning sekali)

Pukul telur dengan sedikit garam hingga kembang, masukkan bahan 1 dan pukul lagi, masukkan bahan 2 dan pukul lagi biar sekata.

Sekarang masukkan adunan untuk kepala tu keatas pulut dan kukus dalam 30 - 45 min dan pulut sekaya dah ready untuk disejukan dulu, hidang dan makan..


bukan nak membandingkan tapi inilah rupa pulut sekaya dan kuih seri muka 
Selamat Mencuba yaa


p/s : SSL tak buat kuih ikut aturan kot jadi main hentam jer la.  Otak dah tua nak ikut mana yang dulu dan mana yg kemudian..hahaha tapi yang pasti d'hubby makan sakan...dia suka yg pulut sekaya dan cuma rasa yang kuih seri muka tu sepotong jer..Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!