November 25, 2015

posted 8:24 AM by with 0 comment

KESIAN KAKAK HILANG KAD PENGENALAN..STRESS SPM 2015

Semalam balik rumah ingat nak ke HERO beli barang sebab Icha sibuk nak buat ice-cream pastu dan Kak Miya pulak nak buat Tiramisu ◕‿◕ katanya..tapi kena divert ke Balai Polis Wangsa Maju nak buat report sbb Kak Yang terhilang kad pengenalan..adoii macam mana boleh jadi camtu..

Katanya dia tak pasti tertinggal kat meja peperiksaan atau terjatuh masa nak balik rumah...rupanya dia agak tertekan sbb tak dapat jawab 2 soalan dlm Add Maths..so D'hubby and SSL pun bagi la saranan supaya tak stress lagipun dia so far nampak tak berusaha dengan study group sekolah kelolaan SMKWM2.  Yealah budak science kan mestilah cikgu2 nak yg terbaik.  Alhamdulillah dia mmg selalu score utk UPSR, PMR dan sekarang SPM..semoga dia terus maju dan cemerlang ( ̄︶ ̄)

Kata Pegawai Polis tu system down so dia usul kami ke UTC Keramat yg buka sampai jam 10, so apa lagi bergegas la ke UTC sambil diiringi azan Maghrib. Alhamdulillah dapat jugak buat kad pengenalan sementara yela hari ni dia ada exam (¯▽¯;)..kang silap2 tak dapat masuk kan naya tuu.  Nasib baik jugak la sbb UTC pun tutup awal dekat jam 7 malam sbb ada event kot kalau tak silap..fuhhh

Then terus gerak ke next destination...Giant Taman Permata  (‵▽′) (‵▽′) (‵▽′)


Our beloved Kak Yang
Kak Yang dan Kak Chik 
Buat anak2 yg menduduki SPM, semoga sucess dan berjaya dengan cemerlang!
Read More
posted 12:25 AM by with 0 comment

Review : Novel - Hanya Ada Kamu

"Kadang -kadang kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang. Sebab yang kita sayang-sayangkan itulah menyeksakan hati kita" ~ Altisya

"Kitalah yang akan memburu dan mencipta bahagia itu Isya.  Yakinklah dengan cinta abang" ~ Mukhriz

"Isya, apa sahaja yang awak hadapi, ingatlah bahawa saya akan selalu bersama awak.  Andai awak tak nampak saya di depan mata awak, tolehlah ke belakang, saya akan selalu disini" ~ Hedzri


Penulis : Naz Areesya Ameen

Sebuah cerita cinta yang pertama yang simple dan indah.  Tidak terlalu menyesakkan jiwa yang akan membuat pembaca mengalirkan airmata.  Sesungguhnya cinta yang ikhlas pasti akan memenangi walau apa pun dugaan serta cubaan.  Watak Altisya yang sungguh keMelayuan serta penuh kecintaan terhadap suami walau ada kala sangat baran dek cemburu.  Watak Mukhriz sebagai anak yang sungguh taat kepada ibu bapa serta suami yang sangat menyayangi isteri.  Pergolakan serta tekanan pabila perkahwinan terpaksa dirahsiakan namun diteruskan dek kerana cinta.  Hedzri suatu watak yang sungguh menarik dengan peribadi yang pasti mendebarkan wanita dengan wajah segak, kecekapan memasak dan bijak mengambil hati wanita tambahan pengalaman seorang suami. Beliau bijak serta tidak terburu-buru walau telah jatuh hati pada Altisya.

Konflik jiwa lebih kepada Mukhriz kerana bak diluah mati mak ditelan mati bapak serta kegilaan siibu yang hendakkan anaknya mengahwini adik sepupu sendiri yang keterlanjuran dengan satu-satunya adik lelakinya.  Kasih sayang yang tiada belah bagi membuatkan Mukhriz dan Altisya berkahwin secara rahsia kerana Tuan Balha sebagai ayah membenarkan anak bujangnya dan membuat perancangan untuk perkahwinan mereka kerana dia tahu pasti satu hari nanti isterinya Puan Hamimah akan terbuka hati menerima Altisya sebagai menantu. Puan Arfah ibu Altisya sesungguhnya wanita yang sungguh mulia

"Bercerai kasih bertalak tidak, seribu tahun kembali jua"

Akhirnya cinta milik mereka dan sesungguhnya benih cinta mereka sedang subur untuk meraikan mereka.

Sweet sungguh!




Read More

November 24, 2015

posted 8:30 PM by with 0 comment

HARUS TONTON..FILEM BHARANGI BHAIJAAN

Ni nak story sikit..malam semalam (hari Ahad malam Senin) Leyrafamily nonton filem komedi (tak la komedi sangat kelakar la jugak hehe) Dibintangi oleh Salman Khan (Pawan Kumar Chaturvedi / Bajrangi) membawa watak lelaki yang agak lurus, penyayang dan suami kepada Kareena Kapoor Khan (Rasika) serta pelakon cilik Harshaali Malhotra (Shahida).  

Kisah bermula bila Shahida tertinggal keretapi ketika turun sementara ibunya tertidur.  Kemudian Shahida berusaha utk kembali ke keretapi tp nasibnya tidak baik dan terpisah terus dari ibunya.  Jadi dia merayau ke pekan dan bertemu dgn Salman Khan.  Dia mengekori Salman dan akhirnya dibawah pulang. Pawan berusaha mencari keluarga Munni setelah mengetahui Munni ni org Pakistan setelah dia melihat Munni bersolat di masjid dan menyokong pasukan Pakistan yg memenangi kriket.  Dengan tanpa passport dan visa, Pawan membawa Munni dengan mengharung pelbagai cabaran disebabkan konflik antara negara India dan Pakistan bila mana Munni (Shahida). Nasib baik ada Chand Nawab, penulis berita di stesen tv Pakistan. 

Macam biasa Salman atau mana2 pelakon mesti ada part gaduh2 kan...harus ada tapi kali ni cite ni tak dak yg seksi meksi sama la jugak si Kareena tak pakai seksi pun tp mmg cite yang menarik ditonton dengan family dan pastikan sediakan tisu okayyy

Setelah diselidiki, digoogle laa rupanya filem ni depa keluarkan waktu Aidil Fitri. 



Jom layann...
Read More

November 23, 2015

posted 11:40 PM by with 0 comment

Persembahan Aca dan rakan2 di Anugerah Cemerlang 2015

Teruja sungguh cik applepie ni berlatih untuk persembahan di Anugerah Cemerlang untuk SRKTSR semalam...dah la asyik berlatih depan cermin kat dalam bilik.  Tahniah buat cikgu Khairol Ayumi yang bersusah payah melatih anak2 bijak ni dan mmg mantap persembahan mereka

c&p dari FB Ustaz Khairol yang turut teruja dengan persembahan anak2 didiknya
"Well done!! Terbaik korang semua 😘 
Hari ini, anak murid ak buat persembahan nyanyian bahasa arab dan english di ‪#‎MajlisAnugerahCemerlang‬ SKTSR. Melodi yang digunakan adalah lagu Tegar, Aku yg dulu.... , tapi telah ku gubah lirik kepada bahasa arab dan english mengikut pada silibus diorang, tahun 3. 
Sebenarnya, ini adalah bahan BBM yg aku gunakan masa praktikum dulu. Aku rasa syg kalau x diperluaskan. Tiba2 ada peluang depan mata, apa lagi nak tunggu, shoot terusss.. 
Harap hepi semuanya.. ‪#‎syoksendiri‬ ‪#‎PraktikumInspirasi‬"


Ustaz Khairol berselfie dgn anak2 murid selepas persembahan..





Read More
posted 10:33 PM by with 0 comment

HARUS TONTON..DRAMA KAU, AKU, KITA

Memang cute kan bila seorg lelaki dan seorg perempuan punyai nama yang sama Iman Firdaus lakonan Syarul Ridzwan dipanggil Aus seorg pelakon terkenal dan Janna Nick dipanggil Iman.  SSL mmg suka tgk si Janna Nick yg selalu berlakon dgn watak yg kelam kabut sejak dari drama Jodoh 2 kemudian drama Syurga Nur juga arahan JS Pictures.  Janna ni banyak jugak dah berlakon tp SSL bukan la peminat filem Melayu sangat tp bila dah termenonton drama Jodoh 2 tu terus suka tgk lakonan blur dia tu..hehe.  Si Syarul Ridzwan ni pulak SSL pernah tonton drama Hati Perempuan..sgt suka karakter dia yg stylo dlm cite tu tp dalam cite Love you Mr Arrogant tu nampak sgt jahat wakaka dan dlm pada tu dia berlakon cite Puteri Bukan Nama Sebenar yg mmg x nampak mcm dia tp bila anak2 dara bg tau tu la Tengku Zaril...hehe mmg lain benorr..

Pertemuan yg tidak disangka menemukan mereka berdua.  Iman tidak mengenali Aus seorg selebriti sbb dia tidak ada televisyen ;) dan Aus memilih Iman utk jadi isteri setelah ditekan ayahnya yg bosan dgn gosip-gosip dan diberi kata dua utk berkahwin atau tinggalkan dunia lakonan.  

Penat la weh nak cite..jom tonton

Image result for novel kau aku kita
\

Cerita diadaptasi dari novel " Kau, Aku, Kita karya Orkid Edyliyne.  Arahan sutradara Azman Yahya, JS Pictures dan ditayangkan di slot Lestary TV3 (Rabu dan Khamis)






Jom layan... ;)






Read More
posted 9:20 PM by with 0 comment

JOM PERGI MELANCONG..DAPATKAN FREE SEATS AIRASIA HARI NI!

Tunggu apa lagi? Sudah tiba masanya untuk ikut kata hati. Jom pergi holiday!

Dapatkan belian terbaik utk destinasi percutian kita.  Siapa cepat dia dapat!

Layari AirAsia sekarang! heehe

Grab your FREE SEATS @ http://bit.ly/AAfreeseatsFB
Booking period: 23 Nov - 29 Nov 2015
Travel period: 1 May 2016 - 5 Feb 2017
 


Read More
posted 1:59 PM by with 0 comment

Info Kesihatan buat badan kita

INFO BERGUNA
••••••••••••••••••••••




Sakit di bahagian bahu : 

  • Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN :

  • Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :

  • Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI :

  • Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI :

  • Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI :

  • Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI :

  • Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :

  • Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA

  • Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

  • Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :

  • Menandakan penyakit migrain.

BISUL TERJADI DI KEPALA

  • Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING

  • Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH . 

  • Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH

  • Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :

  • Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT 

  • Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
KERAP KENCING

  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

AIR KENCING BERKAPUR 

  • Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK :

  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :

  • Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH :

  • Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :

  • Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.


SEMBELIT:

  • Membersihkan toksin dari usus kecil.


NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.

Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH 
● Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT:
 Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
● Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT :
● Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
● Sistem jantung yang lemah.
● Sistem saraf otak yang lemah.
● Masalah pengaliran darah.

Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup.  



..1. Lemon panas membunuh sel kanser.
..2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline
..3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat bagi siapa sahaja.
..4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.
..5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.
..6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru blh muncul Lycopene yg bermanfaat.
..7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.
..8. Lemon Extract boleh  melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.
..9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyusaikan tekanan darah dan mencegah penymbatan saluran darah, menyesuaikan peredaran darah dan mengurangi penggumpulan darah juga dikatakan boleh melemahkan sel kanser.  Wallahuallam


Read More

November 22, 2015

posted 11:39 PM by with 0 comment

221115 Kerabu Timun dengan Ikan Rebus

Bahan-bahan
Ikan kembung dibasuh dan direbus
1 biji timun dibasuh dan dikelar memanjang dengan garfu.  Kemudian dihiris nipis2
1 labu bwang besar
3 biji cili api
1 biji cili merah
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Ikan kembung diperisi, dibuat tulang dan diramas supaya hancur kedalam besen atau mangkuk, kemudian masukkan timun yang telah dihiris, bawang besar, cili api serta cili masak, digaul sama rata.
Masukkan jus limau nipis dan digaul rata, masukkan garam mengikut cita rasa.  Dah sedia untuk dihidang


Read More
posted 5:29 PM by with 0 comment

Ramadan 27 : Nasi Ulam Utara kenangan mereka yang telah pergi

Raya oh Raya...just around the corner..huhu..bertambah cepat masa berlalu dan sungguh pantas sekali bakal meninggalkan kita.  Rasa tak puas berpuasa pun ada sebab tak terasa dahaga, lapar macam zaman remaja dan kanak2 dulu..

Antara yang amat dirindui adalah nasi ulam..tahun ni tak sempat buat sebab cari ulam2an kat Pasar Keramat tapi tak de..nak ke Pasar Chow Kit warghhhhh confirm the other half tu tak mau so simpan jer la hasrat tu..kalau tahun lepas dapat la jugak buat sendiri dan dapat dibuat oleh Allahyarham Rohani Ahmad anak menakan en hubby tp tu semua tinggal kenangan jer sebab Ani telah dijemput Illahi..Nasi Ulam Utara antara juadah berbuka mak tp mak pun dah tak larat maklumlah dah dekat 80 tahun kot usia mak..tp kalau ada ulam2an tu mmg pasti aku buat!

Nak tau resepi nasi ulam? klik sini

Buat mertuaku Harisun dan ayahanda mertua Hj Mat Noh Bin Mat Isa, anakanda Rohani Bt Ahmad, anakanda Hidayatul Ashraf Bin Khazali aka Amit semoga tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman



AlFatihah


Read More

November 19, 2015

posted 5:04 PM by with 0 comment

Jom makan angin ke Turki

Sempena cuti sekolah ni sape2 nak bercuti ke luarnegara...jom jengah FB page TDK Travel & Tours ni. Whatsapp ke email ke atau telefon je kat 03-41491790 atau 2790 untuk maklumat lanjut dan banyak lagi pakej2 menarik baik yg murah atau ekslusif. 

Read More

November 17, 2015

posted 10:54 PM by with 0 comment

Dato Aliff Terlajak Laris berkongsi...sungguh hebat!

Hari ni anak2 tahun 6 berdebar2 dan yg join berdebar tu siapa lagi kalau bukan ibu2..mama2..mummy2..ummi2..mak2 dan apa saja la panggilan dari anak2 kan. Dalam dok scroll FB kekawan ternampak post dari D'Haja HQ tentang perkongsian Dato Alif D'Herbs..hurmm berbeza sungguh dengan cara SSL mendidik..rasa nak nanes sbb rasa teruk gak didikan SSL dan hubby sbb terlalu memanjakan anak walau kita sendiri pun bukan la org senang kan.  Anyway, thumbs up utk Dato Alif dan Datin! 

Kat bawah ni mmg copy paste dari facebook D'Haja HQ untuk panduan dan mana tau kita boleh perbaiki cara kita mengasuh dan mendidik anak2..Insha Allah


TAHNIAH DATO ALIFF SYUKRI 1 PERKONGSIAN YG HEBAT
.
Ape yg menarik dgn kehidupan Dato terlajak laris n Datin yg dikongsikan?

1. Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.

2. Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.

3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).

4. Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.

5. Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.

4. Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.

5. Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.

6. Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.

7. Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita.
Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.

8. Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.

~jom kita ambil yg baik2 sbg contoh berguna utk diamalkn dlm kehidupan bersama keluarga.

.moga 1 hr nanti dpt berMentor kan Dato & Datin..hehe..


copy paste dari page D'Haja HQ



Read More

November 14, 2015

posted 4:28 PM by with 0 comment

Kal Ho Naa Ho

Filem blockbuster yang meletup sekitar tahun 2003 dengan Shah Rukh Khan, Preity Zinta dan Saif Ali Khan.  Kal Ho Naa Ho "There May or May Not be a Tomorrow" 

Cerita cinta berunsur kelakar yang antara filem terbaik lakonan Datuk Shah Rukh Khan.  Kisah seorang  lelaki yang mencintai seorang gadis tapi terpaksa melepaskan cintanya kerana penyakit dia yang tidak memungkinkan dia hidup lama.  Jadi untuk itu dia mencari lelaki untuk mencintai gadis kesayangannya dan menafikan cinta dia...mmg terbaik.  

Moh layan lagu dari vid ni...


Part masa Aman konon ambil diari Rohit dan bacakan pada Naina tu mmg part yang terbaik...meluahkan yang terbuku dihati sendiri sebenarnya...such a loving character! sedih sangat dan berjurai lah airmata... ;( ;( ;(


KalHoNaaHo.jpg


nak tau lebih lanjut perihal cite ni KAL HO NAA HO
Read More

November 11, 2015

posted 4:00 PM by with 0 comment

Jom mereka cipta dengan daun pandan

Dok melayan you tube tetiba nampak ada vids buat bunga ros dari daun pandan.  Haaa...rumah SSL ni mmg banyak daun pandan sampai kena potong dan buang sbb sangat galak sungguh tumbuh hihi.

Yang pasti dengan daun pandan ni kalau dh jadi bunga ros, pasti makin wangi semerbak la rumah dan bilik, jimat kos beli pewangi haha


Selamat Mencuba

Read More

November 8, 2015

posted 6:56 PM by with 0 comment

Makan Malam di Toowoomba Deli & Meats #latepost

On our anniversary ke 23 yg jatuh pada 01 Nov 2015 SSL dah buat planning utk western dinner dengan Leyrafamily so bermula la sesi mencari lokasi dalam diam..ahaksss

Pepagi pulak Abg Yong bersiap nak bawak Aca, Kakchik dan siapa lag kalau bukan gf dia adik beradik ke FoodGasmFest 2015 kat Dataran Petaling Jaya. Mmg la pesta2 mcm ni SSL x akan pergi kecuali D'hubby ajak...ishh sesak barat dengan orang ishhh baik dok rumah layan game hehe.  Yg pasti Dearies couple dan her mom aka my sister Kak Lang and family harus ke sana jugak..;)





No comment pasai kat food truck tu sbb SSL x pergi kan.

Kat rumah SSL dengan Kak Yang sibuk dok misi goggle tempat western food yang sedap dan harga berpatutan..search dari  House of Lamb (kedai parents kawan Kak Yang kat Melawati), Me'nate (serius sebab $$ dia katanyaaa...(hearsay gitu so hasrat ke sana tu letak tepi la ya), Ayers Rock Butcher and Grill (erkk masalah parking yg kronik sbb sebelah dengan Wangsa Walk Mall) jugak Wangsa Grill (tu Kak Yang yg review comment so dia kata agak costly dan biasa2 aje) hurmmm

Konon nak buat Anniversary dinner tp kalau dah beranak pinak ni tak kan la tak bawak anak2 kan..we are family! hehe lagipun the more the merrier.

Dah siap call buat reservation untuk jam 8 malam sbb takut nanti penuh dh nk kena beratur bagai.  Tup tup waktu lepas Maghrib tu hujan pulak...tp by the time semua dah bersiap hujan pun reda...Alhamdulillah 

Konon2 nak buat tema putih jer la tapi ada pulak yg tak de baju putih dan nak pakai baju hitam...so hentam jer la...putih dan hitam gitu





Haa...ni yang kami order ikut sorang persorangan punya citarasa..

  • Darling ambil lamb chop dan air sprite
  • SSL ambik  Sirlion steak medium with mushroom sause
  • Kak Yang ambik Sirlion steak medium with black pepper sauce
  • Aca dengan spagetti chicken bolognese dengan air chocolate shake
  • Bg Yong dengan grilled salmon dia spt biasa bila makan western food nii
  • Kak Miya dengan chicken chop
  • Bg Ngah dengan chicken chop
  • Kak Chik dengan Sirlion steak medium rare dengan mushroom sauce

Ikut menu depa ada rare, medium rare, medium, well done.  So pilihlah ikut kita nak cara masakan macam mana kan

Moh kita review :
  • Mushroom sauce dia mmg sedap dan menepati selera la gitu
  • Black pepper sauce dia pun sedap 
  • Mashpotato dia mmg sedap, lembut dan disiram dengan sos yang enak baq ang..hehe
  • Aca yg SSL kira dah kenyang sbb pun melicinkan sepinggan spagetti tu...SSL sempat rasa dan mmg not bad dan boleh bagi 7.5 over 10 sbb ikut tekak sendiri nak yg lebih berblack pepper kann
Overall, everyone happy dengan food dia dan kata Bg Yong dia dh makan few times kat sini dah uhhh



Grilled chicken chop buat Miya

Lamb chop buat Ayah dengan sos black pepper

Breaded Chicken chop buat Abg Ngah 
Steak buat Ummi, Kak Yang dan Kak Chik dengan sos cendawan yang lazat...
Spaggeti chicken bolognese buat Aca...tengok mmg tak menarik tp rasa dia mmg buat Aca tak tinggal walau seurat pun spaggeti tu..hehehe


Grill salmon buat Abg Yong yg health consious sbb aktif kat gym

Kalau nak try western food yang berpatutan harganya dan enak cuba try ni ok

    Alamat : Setapak G3A, PV 128 Platinum Mondrian, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, Malaysia






Read More

November 1, 2015

posted 12:00 AM by with 0 comment

Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 23...Happy Anniversary

ALHAMDULILLAH..HAPPY 23RD ANNIVERSARY MY OTHER HALF Nadzley Amn AND MANY MORE YEARS TO GO
IN SHA ALLAH

Terimakasih my darling half kerana menjadi nakhoda dan suami serta ayah yang hebat.  Terima kasih untuk 23 tahun bersama melayani karenah dan sweet dan sour bersama.  
Love you once and will love your forever till Jannah


❤❤ OUR LOVE ❤❤ CINTA KITA ❤❤
Our love is our mystery;
It leads us to its discovery;
Let us follow it, like a good story;

Let us celebrate our 23rd anniversary.

Our love is far from perfect;
It strives for what is correct;
Let us nourish it, never leave it neglected;
Let us cherish it, keep it protected.




Read More