November 25, 2015

Review : Novel - Hanya Ada Kamu

"Kadang -kadang kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang. Sebab yang kita sayang-sayangkan itulah menyeksakan hati kita" ~ Altisya

"Kitalah yang akan memburu dan mencipta bahagia itu Isya.  Yakinklah dengan cinta abang" ~ Mukhriz

"Isya, apa sahaja yang awak hadapi, ingatlah bahawa saya akan selalu bersama awak.  Andai awak tak nampak saya di depan mata awak, tolehlah ke belakang, saya akan selalu disini" ~ Hedzri


Penulis : Naz Areesya Ameen

Sebuah cerita cinta yang pertama yang simple dan indah.  Tidak terlalu menyesakkan jiwa yang akan membuat pembaca mengalirkan airmata.  Sesungguhnya cinta yang ikhlas pasti akan memenangi walau apa pun dugaan serta cubaan.  Watak Altisya yang sungguh keMelayuan serta penuh kecintaan terhadap suami walau ada kala sangat baran dek cemburu.  Watak Mukhriz sebagai anak yang sungguh taat kepada ibu bapa serta suami yang sangat menyayangi isteri.  Pergolakan serta tekanan pabila perkahwinan terpaksa dirahsiakan namun diteruskan dek kerana cinta.  Hedzri suatu watak yang sungguh menarik dengan peribadi yang pasti mendebarkan wanita dengan wajah segak, kecekapan memasak dan bijak mengambil hati wanita tambahan pengalaman seorang suami. Beliau bijak serta tidak terburu-buru walau telah jatuh hati pada Altisya.

Konflik jiwa lebih kepada Mukhriz kerana bak diluah mati mak ditelan mati bapak serta kegilaan siibu yang hendakkan anaknya mengahwini adik sepupu sendiri yang keterlanjuran dengan satu-satunya adik lelakinya.  Kasih sayang yang tiada belah bagi membuatkan Mukhriz dan Altisya berkahwin secara rahsia kerana Tuan Balha sebagai ayah membenarkan anak bujangnya dan membuat perancangan untuk perkahwinan mereka kerana dia tahu pasti satu hari nanti isterinya Puan Hamimah akan terbuka hati menerima Altisya sebagai menantu. Puan Arfah ibu Altisya sesungguhnya wanita yang sungguh mulia

"Bercerai kasih bertalak tidak, seribu tahun kembali jua"

Akhirnya cinta milik mereka dan sesungguhnya benih cinta mereka sedang subur untuk meraikan mereka.

Sweet sungguh!




No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!