January 28, 2016

posted 7:40 PM by with 0 comment

Selamat Hari Lahir ke 18...Nur Amanda

Alhamdulillah..hari ni 28 Januari dh 18 tahun rupanya Kak Yang! Jam 5.27ptg tahun 1998 lahir la puteri diberi nama Nur Amanda Najihah dan masa tu SSL dah ada 2 hero dan Kak Yang puteri pertama pada usia 29 tahun..muda lagi kannnn...masa tu larr


Hari ni Kak Yang kerja so no surprise party

Doa Ummi supaya Kak Yang sentiasa selamat, sihat, berjaya mncapai cita2, diberkatiNya dan dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat




Read More

January 17, 2016

posted 10:36 PM by with 0 comment

Resepi : Sos Thai Dipping yang sedap baq hang!

Pepagi bangun cik lalink dh tanya breakfast apa kita? huhu ingat nk memalaskan diri tp bila dh ditanya tu aduhaii kena la buat breakfast...fikir punya fikir...kemas punya kemas stok ada la sebungkus spagetti dan teringat pulak hari tu Kak Yang buka tin sos pasta tp sbb nak masak carbonara mana leh guna kan.  So pagi tadi buat spagetti dengan bolognese je.  Settle dah mengenyangkan semua ahli LeyRa ni kan.

Lunch pulak dah tahu dah nak masak apa kan...menu simple jer untuk lunch 1. Sup tulang ala Thai, 2. Ikan cencaru sumbat 3. Asparagus sambal belacan dengan udang tp tetiba cik lalink pulak cakap tadi dia ada post resepi Thai dip hurmm nampak gaya dh tambah la menu ni adoiii tp bila tengok mmg simple giler la resepi tu dan nampak lazat dan boleh bikin leleh ayaq liuq gitu.

Bahan2nya : 8 biji cili api, belacan dalam 1inci dibakar, gula kabung atau gula gerek, 3 ulas bawang putih, sos ikan (nampla) dan sebiji limau.  Kalau ikut resepi tu ada terung pipit tp kat rumah SSL tak de sbb mmg x minat terung tu sbb rasa dia pelik kot ㋡ hehe

Cara2nya : Tumbuk cili dengan bawang putih hingga lumat, masukkan gula gerek, belacan dan udang hingga halus tp kalau tak nak halus pun tak per sbb sendiri makan sendiri suka la kann.  Kaut dan masukkan kedalam mangkuk dan masukkan sos nampla dan perah limau nipis ikut sesedap rasa.  Walla...dah siap dan mmg terangkat kesedapanya

Tengok pic mmg x berapa menarik sbb SSL guna belacan madu yang bukan warna merah but perhaps next time letak cili api yg warna merah tu pasti meletup kan


Thai dipping sause yang mmg deep rasanya....terbaekkk

ikan cencaru sumbat
Tip : SSL tak perah limau dalam lesung tumbuk sbb nanti boleh menumpulkan lesung tu yang perah limau kat dlm mangkuk jer.

Selamat mencuba

credit utk D'hubby share resepi dari FB Dapur Isteri Perut Suami
Read More
posted 2:45 AM by with 0 comment

Preview Zoo Negara ambil peluang nak tengok Panda

Dah lama tak melawat zoo ni kan...so elok gak dapat jemputan ke preview Zoo Negara pada 14 Jan 2016 yang lepas...almaklumlah kan Zoo Negara dah semakin sepi dan rata2 akan kata ala sama jer bintang yg ada tak de yg special pun kecuali si Panda yg sgt mengundang kontrovesi..

SSL dapat jemputan untuk preview ni umpama pucuk dicita ulam mendatang bila bahagian promosi Zoo Negara menjemput para travel agent secara exclusive ke preview pada 14 January 2016 hari tu jugak berpeluang melihat Feng Wa dan Feng Yi serta anak panda tanpa nama tu serta haiwan lain la jugak kan

So macam biasa pepagi keluar rumah antar lauk tenghari kat rumah mak dan terus ke ofis, buka ofis, pasang aircond, kipas hehe dan tunggu budak praktikal si Farah yg akan ikut serta SSL.  Dalam jam 0900 terus drive ke Zoo Negara..sampai jer kat sana...alamak no telefon budak promosi tu dh tertinggal sbb tadi tukar planner book adusss...nasib baik ada Hidayah sorg lagi budak praktikal so mtk dia carikan..dan no terus didail dan disambut dgn cik Eyka dan terus cari parking yg redup hehe mana ada wehh...cuma dpt parking yg dekat jer. 



Awal nau kan..tak de la agen yg lain..so register dan lepak utk cup of hot lemon tea sementara tunggu dipanggil utk briefing dan acara seterusnya dan katanya dalam jam 1015 we will start the preview.

Dalam dok duduk tu tgk ramai gak yg datang pepagi ni..Pak2 Arab dan isteri dan isteri-isteri hehe, ramai jugak student..rasanya sekolah dr Singapore kot dan ada jugak org kita yg dtg time camgini.

So around 1015 semua TA dah hadir dan dengar quick briefing sebelum tour bermula.  

Zoo Negara sekarang dalam proses pembinaan dan menaiktaraf utk orang ramai dan dijangka selesai dalam pertengahan tahun 2016 so sekarang kalau melawat tu kurang menarik la sbb show pun buat kat kawasan yg kecil dipanggil mini show dan rasanya boleh muat 100 orang atau kurang dengan seating yg terhad dan kalau semua size my SSL ni mau muat 50 atau kurang kot hahaha


Masuk sini selepas melawat kat luar utk lebih sejuk hehe

Mini Show yang sangat mini tapi layan dengan bird show
Nak dijadikan cerita waktu selesai preview tu cuba hidupkan engin kereta nak balik ofis tapi tak boleh...berkali2 cuba tak boleh jugak..akhirnya call la dhubby yang bertungkus lumus datang dan beli bateri...bila pasang besar pulak bateri..pergila pulak ke kedai nak tukar tapi katanya no problem boleh guna sebab bateri jenis kering ni mmg besar sikit..jenuh lah jugak nak pasang tu dan Alhamdulillah boleh ler guna..hehe

Read More

January 10, 2016

posted 4:30 PM by with 0 comment

CUACA PANAS DIJANGKA MELANDA HINGGA MARCH 2016..BERTABAHLAH!




Perubahan cuaca panas dikatakan akan berlanjutan sehingga bulan March 2016! 

Moh kita cuba petua untuk kita selesa dan sihat walau panaih baq hang gitu (◕‿◕✿) dan mengelakkan kita berdepan dengan masalah kulit kering dan mudah jatuh sakit selain itu kita kurangkan aktiviti diluar rumah untuk mengelakkan mengelakkan kekeringan air dalam badan atau dehidrasi


  • Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jika cuaca terlalu panas, tidak ada salahnya anda menambah pengambilan air lebih dari lapan gelas untuk mengelakkan tubuh badan anda mengalami dehidrasi. Apabila dehidrasi berlaku, tubuh anda akan mula letih dan mudah mendapat demam panas.
  • Pastikan anda mandi tiga kali sehari untuk memastikan tubuh badan segar sepanjang masa. Memandangkan cuaca yang terlalu panas, adalah lebih baik anda menggunakan sabun yang tidak mengeringkan kulit seperti sabun yang mengandungi kandungan minyak zaitun atau vitamin E.
  • Perbanyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengekalkan cecair di dalam tubuh anda. Elakkan mengambil banyak gula, makanan ringan, kentang goreng, keropok dan sebagainya secara berlebihan kerana ia boleh membawa kepada dehidrasi dan kekeringan kulit tanpa sedar. 
  • Dapatkan juga tidur yang mencukupi pada waktu malam. Hal ini kerana, tidur yang cukup membantu mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Read More
posted 12:46 AM by with 0 comment

UNDERGROUND PARKING..HANYA DI CHINA! TERBAIK

Dahsyat sungguh orang China ni..mmg kalau yg dh kaya tu kaya sakan dan yang paling teruja tengok teknologi mereka ni utk simpan kereta...kalau kat Malaysia ni ish ish tak tau la ada ke tak kan  sbb struktur tanah kat Malaysia ni jenis lembut sebab tu senang tanah runtuh kan..Wallahuallam SSL ni bukan pakar geologi kan.

Jom layan video ni...mmg perghhhh


Tak pun buat macm ni kalau ada kereta barang 2 bijik kann..haha


Tak pun macam ni sbb tak risau kalau tanah jenis lembut tu kan..




Read More

January 9, 2016

posted 3:34 PM by with 0 comment

Resepi : Cauliflower soup aka sup Kobis Bunga yang lazat (̲̅❤̲̅)


Hari ni nak share sup favorite yang dah bertahun2 diminati gituuu..bermula lebih kurang lebih kurang 20 tahun sudah makan kat kedai nama Backhofen kepunyaan Amy terletak kat Ampang Point waktu kerja dengan STAR LRT...kat situ ada Delifrance yg cukup popular dan kedai Amy ni tempat boss bawak SSL minum kopi lepas. Those were the years! rindu time ni...time muda dan jalan tak la sesesak skrg dan yg pasti boss bangsa German tu is the best ever! macam bapak sendiri dan panggil SSL dengan panggilan binti hehe sbb explain kat Erwin yang binti tu bermaksud anak perempuan so kiranya SSL ni anak perempuan dia la..org lain x boleh panggil camgitu ;) Eh...nak cite pasal resepi dah terlajak sudah..haha.  Nanti kita sambung naaa

Cite pasal sup cauliflower yang sedap ni meh cuba resepi buatan sendiri ni sbb Amy cakap kalau nk makan pi kedai dia tp dia pun dh lama pindah ke Berlin nak cari kat mana lagi kan ;(

Bahan
2 sudu minyak zaitun, 3 sudu mentega, 3 batang leek dipotong dalam 1 inci, 1 ketul bunga kobis, dipotong kecil2, 2 biji kentang, dibasuh dan di potong ikut suka, 3 ulas bawang putih yang dipotong kecil, garam dan lada hitam.  Sebaiknya lada hitam biji yan ditumbuk halus, 2 cawan fresh milk, daun parsli pastikan English parsli ya baru sedap.




Cara-caranya :
Rebus bunga kobis, leek dan celery, juga kentang dalam periuk berisi air sampai lembut.  Sejukkan dan kemudian kisar.  SSL suka letak parsli dan dikisar sama jadi warna sup tu nanti tak putih tapi sikit kehijauan gitu.

Panaskan periuk dengan api sederhana, masukkan minyak zaitun dan mentega, masukkan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan bahan yang telah dikisar dan renih sambil kacau bila perlu supaya tak meletak kat dalam periuk, masukkan lada hitam dan teruskan merenih sup tersebut.  Kalau nak Melayukan sup ni boleh bubuh buah pala supaya dia pekat.  Masukkan susu cair dan kacau. Tambah garam secukup rasa naa.   Sesetengah orang bubuh cream tapi SSL buat masakan ikut apa yang ada jer..janji sedap. Tutup api dan biar sejuk sikit.

Waktu nk hidang..buat ler mcm SSL tu letak English parsley dan layan keenakannya tuu..

Selamat mencuba (̲̅❤̲̅)(̲̅❤̲̅)(̲̅❤̲̅)(̲̅❤̲̅)(̲̅❤̲̅)




Read More
posted 1:51 PM by with 0 comment

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

⋱ ⋮ ⋰
⋯ ◯ ⋯ ︵       ^v^
¸︵︵( ░░ )︵.︵.︵  
(´░░░░░░ ') ░░░' )
`´︶´¯`︶´`︶´︶´` ^v^  ^v^
╔┓┏╦━━╦┓╔┓╔━━╗╔╗
║┗┛║┗━╣┃║┃║╯╰║║║
║┏┓║┏━╣┗╣┗╣╰╯║╠╣
╚┛┗╩━━╩━╩━╩━━╝╚╝
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

(\_(\ 
(=' :')
(,('')('')Hello very good afternoon to all a good weekend
Read More
posted 1:25 AM by with 0 comment

Salam Jumaat....kalimah La illaha Illallah

Assalamualaikum wbt

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??



Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah Laa ilaaha Illallah.

Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:
1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.
Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.
Bagaimana caranya???
Nabi SAW bersabda :
1. Barang siapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.
2. Barang siapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.
3. Barang siapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.
4. Barang siapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak²nya.
5. Barang siapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.
 
Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang² yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal² soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...
Wallahu A'lam...
Read More

January 4, 2016

posted 7:00 AM by with 0 comment

SESI PERSEKOLAH PUN BERMULA...

Diam tak diam dah lama betuiii depa cuti kan dan hari ni sesi persekolahan dh bermula..tak de yang pelik..tak de yg ganjil cuma kali ni tinggal 3 org je yg bersekolah tu tak la masuk Angah yg akan balik ke Kolej 12 Januari nanti kannn

Ayong dah lama graduate, Kak Yang pulak proses mencari kerja sementara tunggu result SPM hurmm..Kak Chik pulak akan ambil SPM tahun ni, Miya masuk Form 4 kira dalam bulan madu la dan applepie Icha dh masuk darjah 4 dan bersekolah pagi...waaa dh tak de teman borak dan dgr dia berceloteh dah pepagi ni..hanya waktu petang sbb balik singgah jemput dia kat rumah mak..how time flies kan.

Jadual SSL ttp x berubah..bangun pagi, sujud pada yg Esa, memasak, breakfast kat rumah mak then ke pejabat..tu ttp jd rutin harian dan D'hubby pulak bangun pagi, sujud pada yg Esa, hantar Kak Chik dan Kak Miya kat SMK then balik rumah dan ke pejabat otw hantar applepie ke SRK then ke pejabat..we love our routine..dan buat anak2..rutin gosok baju lar kan ngehh ngehhh

Apa2 pun semoga anak2 Umi terus maju dan berjaya dan serta dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat...Aaminn

Read More

January 3, 2016

posted 5:06 PM by with 0 comment

HATI-HATI LAGU AMIRA OTHMAN

Drama bersiri Tersuka Tanpa Sengaja kat chanel 104 dah habis...cerita yang seronok tengok sbb Amira Rosli melakunkan waktu psiko...ngeee geram sungguh tengok dia berlakon watak psiko nii...

Dalam drama tu ada lagu penyanyi baru Amira Othman yang sedap didengar dan catchy serta santai..Jom layan




Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejola
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau

Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati



Read More

January 2, 2016

posted 5:13 PM by with 0 comment

Peria Katak Celup Tepung ala Mamak

Kali ni nak share resepi peria katak celup tepung masakan mamak dan SSL pun makan peria celup tepung ni pun kat kedai mamak lama dulu... tak tahu nak buat tp masih terasa keenakkannya hehe. Tetiba bulan lepas ada wedding anak office maten D'hubby ada peria celup tepung ni...hilang rindu nak jamah peria ni..siap ambil extra pingga taruk peria ni hehe tp si applepie Icha la yg ambikkan..kalau tak ishh ishh malu dehh..haha

Semalam waktu ke Pasar Datuk Keramat SSL dh siap beli 4 biji peria...hamboiii 4 biji tu tau mcm ler ramai yg nak makan kan..tp peria celup tepung ni boleh jadi mcm keropok dan mmg layan kunyah mcm makan keropok lekor gituu..Ala nak kata tak pahit..mmg la pahit dah nama peria kan.  Lagipun peria ni elok juga sebagai ulam makan dgn sambal belacan atau cicah budu tak pun buat peria berlada...perghhh mmg hilang rasa pahit tu haha

dah goreng, rangup dan zassss sedap dimakan begitu saja..bahahaha
Peria tu dibasuh dan dibelah buang biji dan isikandung dia tp ada jugak org yg buang biji yg tua jer. Kemudian dihiris serong atau ikut suka kita kemudian rendam dengan air garam dalam 1/2 jam atau sejam.  Ni nak bagi kurang pahit tp ada juga yg campur garam dan gula utk kurangkan rasa pahit tu. Dah cukup masa buang air rendaman dan toskan.

Untuk bahan celupan tu SSL guna 2 sudu besar tepung beras, 2 sudu besar tepung jagung, 1 sudu serbuk kari ikan, 1 sudu serbuk cili (kalau nk pedas la kalau tak tak perlu), Gaulkan dan letak garam sesedap rasa. Kemudian ambil buah peria tu dan masukkan ke dalam campuran tu dan gaul biar rata. SSL tak tambah air sbb peria tu masih lembab dan mmg tersalut cantik jer.  Dah tu apa lagi goreng la dan SSL campur dalam tepung tu daun kari yg mmg semerbak dan penambah selera bila dimakan.

Apa tunggu lagi..cuba la yaa


Read More