KISAH SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR..SUBHANALLAH

Sekadar satu perkongsian:

KISAH TELADAN PERIHAL SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR

hanya hiasan tau!
Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan khabarnya seperti biasa.
Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun  wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah penjual surat khabar tu.
Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.
+ "Assalamu 'alaikum" ...
- “Waalaikum salam"

+ “Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
- “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- “Insya Allah adalah rezekinya.”

+ “Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Kenapa?”
- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.” 

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
- “Bererti rezeki saya berpuasa"

+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan" - katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia berpergian  sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung ... tanpa kusedari cermin mata ku menjadi gelap kerana bercucuran tangisku. Aku tersedar sendirian stlh ku renungi setiap kalimat tausiah yang diucapkan penjual surat khabar jalanan.
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khuatir tidak mendapat wang?, ... Risau rumahku akan terendam banjir?...Bimbang tidak dapatt hadir andai ada jemputan kenduri? .. Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? ...
Kembali baru ku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal sholeh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.
Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga ...

Image result for mashallah
Image result for subhanallah
Image result for allahu akbar
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!