SELAMAT HARI LAHIR BUAT YANG LAHIR PADA 29 FEBRUARI

Beruntung atau tidak entahla tapi yang pasti agak istimewa buat mereka yang lahir pada 29 Februari dan bunyi macam penjimatan jugak ahaakss
29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyaiangka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 199219962004kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (180019002000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.
Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.
Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.
Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

Kenapa Wujudnya Tahun Lompat? 

Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.


29 Februari adalah hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Hanya ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya. Tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Tarikh ini berlaku hanya 4 tahun sekali dan berlaku dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagi dengan empat tanpa ada berbaki seperti 1992, 1996, 2004 melainkan tahun-tahun abad.


Kaedah Mengetahui Tahun Lompat 

Tahun abad adalah tahun yang berakhir dua angka sifar seperti 1700, 1800, 1900, 2000 dan lain-lain tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa ada baki. Ini bermakna tahun 2000, 2400, 2800, adalah tahun lompat akan tetapi 1800, 1900, 2100, 2200 2300 bukanlah tahun lompat. 

Contoh 1:
Tahun:
2012  ÷ 4 = 503
2016  ÷ 4 = 504
2020  ÷ 4 = 505

Penjelasan: Setelah 2012, 2016 dan 2020 di bahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang titik perpuluhan (503, 504 dan 505). Jadi tahun 2012, 2016 dan 2020 adalahtahun lompat.

Contoh 2:
Tahun: 
1999 ÷ 4 = 499.75
2001 ÷ 4 = 500.25
2010 ÷ 4 = 502.5

Penjelasan: Setelah 1999, 2001 dan 2010 dibahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki . Jadi tahun 1999, 2001 dan 2010 adalahbukan tahun lompat.

Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 ia adalah tahun lompat.

Contoh tahun:
1700 dibahagi 400 mempunyai baki ( 4.25 ), ini bukan tahun lompat.
Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki ( 5 ), tahun 2000 adalah tahun lompat.

Tahun 2008 dan 2012 adalah tahun lompat




* Bagi bayi yang lahir pada 29 Februari 2012 yang lalu, mereka akan menyambut hari jadi 4 tahun sekali.
sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/29_Februari
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!