March 26, 2016

posted 1:38 PM by with 0 comment

Resepi Kuih Lopes..favorite mak dan abah

Hari ni nak kongsi resepi kuih kegemaran Mak dan Abah..almaklumlah orang utaqa ni memang suka kuih gini untuk minum petang tapi kalau buat tu memang buat banyak la sebab en darling pun sangat suka..hehe

Umi bila buat kuih lopes de squira ni haha guna bahan tanpa pengawet atau pewarna ke sbb guna daun pandan belakang rumah, daun pisang pokok sendiri, pengukus pun sendiri punya ..haha udah melalut pulak teman ni kann..

Jom tengok resepi mudah yang semua orang boleh buat...let's go!

Bahan-bahan:
  • beras pulut dibasuh dan dimasukkan dengan air daun pandan (daun pandan dikisar dan ditapis untuk ambil airnya) Umi tak guna pewarna dan kalau nak nampak hijau cantik pada kuih lopes pastikan ambil daun pandan yang tidak terlalu muda.  Air disukat macam kita masak nasi biasa, letak secubit garam dan tanak hingga masak. Bila dah masak, biarkan ia sejuk sekejap
  • Sementara tunggu pulut masak, ambil daun pisang dan dilayur keatas api, supaya daun pisang tu lembut dan tidak pecah.  Daun pisang dilap dengan kain bersih dan dipotong bahagian atas dan bawah lebih kurang dalam 8 inci lebar.
  • Sendukkan beras pulut tadi keatas daun pisang, terpulang besar mana (agak2 dalam 21/2 inci) nak jadikan dia, digulung dengan daun pisang dan diikat kedua-dua hujung dengan tali atau benang dan selesai semua gulungan, masukkan kedalam pengukus dan dikukus dalam 45min - 60min.  Buka penutup untuk ia sejuk dan boleh dihidang.
  • Sementara itu masak air gula kabung atau gerek atau gula merah (guna gula gerek sebab lebih bersih..ni cara org terlebih rajin sebenarnya hehe) diletakkan daun pandan supaya berbau wangi. Bila dah cair, tutup api dan pastikan air gula tu tidak terlalu cair
  • Kelapa parut ambil yang bahagian putih, diletakkan sedikit garam diletakkan kedalam pinggan dan dipotong kuih lopes dengan benang dan digaul hingga kelapa rata menutupi kuih lopes.
  • Ambil pinggan masukkan kuih lopes, letak air gula, letak sudu..dan makan ler..
Mudah kan...selamat mencuba!

dah siap dikukus, tunggu sejuk sebelum dikeluarkan

potong kuih lopes ni kena guna benang, kalau guna pisau, nanti pulut tu melekat  dan potongan pun tak cantik
sepinggan lopes siap dihidang dan sepinggan sedia untuk dimakan

Read More

March 20, 2016

posted 3:13 PM by with 0 comment

Kerabu Pegaga berlemak campur udang

Haa ni resepi my d'hubby yang awesome dan favourite semua kitaorang. Hanya d'hubby yg hebat dan pandai buat ni.  Dia buat begitu halus dan seni sekali dan yg pasti rasa tu mmg umphhh la tak pernah berubah sbb dia buat betul2 sukatan tak mcm SSL yg main hentam jer kan..hahaha


Cer tengok betapa halusnya D'hubby hiris daun pegaga, dahla dia nak pegaga yg jenis kerinting sebab jenis lain tak sedap.  
Bila dah dihiris, direndam dengan air bercampur garam



Bahan-bahan untuk dikisar:
  • Daun pegaga dibersihkan dan dihiris halus
  • 10 biji cili kering dibuang biji dan dibasuh kemudian direbus 
  • 3 ulas bawang merah
  • 2ulas bawang putih
  • belacan sebesar ibu jari
  • asam jawa sedikit
  • kelapa parut bahagian putih
Untuk direbus:
  • Udang dibuang kulit dan bahagian hitam kat belakang tu dan direbus. Toskan dan air rebusan udang dimasukkan dalam bahan yang hendak dikisar.

Cara membuatnya:
Semua yang dikisar kemudian dimasukkan ke dalam bekas dan masukkan udang yang direbus dan gaul.  Tambah garam dan sedikit gula jika perlu ikut cita rasa sendiri ya

nyum nyummm...sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas

Selamat mencuba

Read More

March 15, 2016

posted 9:49 AM by with 0 comment

CHEQ MENANG HADIAH!!!

SYUKUR..AKHIRNYA TERCAPAI!

Apabila Etihad Airlines menganjurkan peraduan sempena pelancaran pesawat terbarunya Airbus 380 bulan lepas, aku antara ratusan ribu pelayar web yang hantar penyertaan untuk dinilai. Aku hanya perlu hantar slogan sahaja. So slogan yang aku hantar sangat simple - Light Is Faster,But With Etihad We Safer.

Mungkin dah rezeki, tiga hari lepas aku diminta datang ke pejabat Etihad di Kuala Lumpur. Dalam majlis ringkas yang CEOnya pun hadir, aku pun diminta membuka sebuah sampul. Bila aku buka sampul itu, tertulis perkataan The Residence. Aku ingat aku dapat penginapan free di Hotel Residence. So muka aku biasa-biasa saja. Takdelah excited sangat. Then aku dipersila duduk untuk menonoton video klip dengan tetamu-tetamu yang lain.
Rupanya-rupanya aku dan dua lagi pemenang dapat tiket ke London pergi balik, bukan kelas Business, bukan kelas Pertama - tetapi kelas Residence! Confirm korang pun tak pernah dengar kelas Residence kan? Ia adalah kabin paling mewah di dunia di mana seseorang penumpang diberikan sebuah bilik besar dalam pesawat itu. Dalam bilik besar tu pulak dipecahkan pada tiga ruangan - ruang tamu, ruang tidur dan ruang mandi. Setiap penumpang kelas ini siap diberikan seorang chaffeur peribadi yang akan layan kau sorang dari berangkat sampai kau tiba di airport! Tak cukup dengan itu, kau siap dapat kereta khas dengan pemandu peribadi untuk kau pergi ke hotel yang kau tempah.
Nak tahu berapa harga tiketnya? Lebih RM100,000 beb! dah boleh bayar installment Ferrari tu yang tertunggak 3 bulan + roadtax! 

Yang sedihnya bila saja diumumkan harga tiket tu, aku pun terjaga dari lena. Nyesal aku tak basuh kaki dulu sebelum tidur. 

T. Kasih sbb sudi baca sampai habis. K bye!

#Ni cite yg SSL dapat dari en hubby...buat halwa membaca je naaa

Meh SSL share sikit pic yang sangat meleleh ayaq liuq nii...rasanya mimpi pun tak mungkin dapat masuk waaaaa





Image result for the residence etihad


Read More

March 12, 2016

posted 3:19 PM by with 0 comment

Resepi : Asam Rebus Batang Keladi

Memang ramai orang yang pandai dan suka buat asam pedas keladi tapi bagi SSL asam pedas batang keladi yang selalu SSL rasa kat kedai tak sama dengan dengan yang mak dan MIL buat.  They are my special people in my life.  In remembrance to them SSL sharekan resepi mak dan late MIL dalam 1 masakan yang mmg favourite the girls especially my applepie Iesha.  Mak SSL masak dengan jintan macam dia masak kuah laksa dan MIL masak dengan memasukkan isi ikan kembung yang direbus.

Jom check it out !


Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan kembung
  • seikat batang keladi (dibasuh, dipotong dalam 2 inci atau terpulang)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun kesum
  • garam, gula, aji-no-moto
  • asam keping
Bahan untuk ditumbuk:
  • 3 ulas bawang merah, 
  • 2 ulas bawang putih, 
  • 1tsp jintan manis, 
  • 1tsp jintan manis, 
  • 1/2tsp lada hitam, 
  • 8-10 biji cili kering, 
  • 5 biji cili api
Cara-caranya :
  • Rebus ikan kembung, bila dah masak, keluarkan dari periuk dan letak dalam pinggan.  Kalau dah sejuk kita perisi macam kita nak buat laksa ya
  • Dalam periuk yang lain masukkan asam keping dan batang keladi rebus sampai lembut. Toskan
  • Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi dengan sedikit air, daun kesum, asam keping, renih dalam 5 minit, masukkan ikan kembung rebus yang telah diperisi dan ditumbuk dan masukkan batang keladi serta ubi keladi tu.  Masak dalam 10 min dan bila dah mendidih tutup api.  Jangan lupa letak garam dan sedikit gula dan aji-no-moto (kalau tak bubuh pun x apa) sebagai bahan perasa.
Yeahh...dah siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Read More

March 8, 2016

posted 9:55 PM by with 0 comment

Memperingati MH370...Dua tahun sudah berlalu ^_^


Dua tahun sudah berlalu...namun tiada tanda..tiada bukti...tiada noktah..kemana menghilang MH370 bersama 12 krew dan 227 penumpang?? Yang pasti, mereka yang ditinggalkan terus buntu, gundah tanpa kesudahan,, Hanya Allah swt sahaja yang lebih mengetahui.  Buat kaum keluarga dan sanak saudara mereka ini, bertabah la dengan dugaan yang besar ini dan amat menyiksakan. Sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan...penyiksaan sampai bila2...takziah dan Al Fatihah buat kesemua penumpang dan krew yang beragama Islam






http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/17047-kronologi-kehilangan-pesawat-malaysia-airlines-mas-mh370.html


Read More

March 6, 2016

posted 10:04 PM by with 0 comment

Petua Mencucu Oven

Memang stress bila tengok oven kotor ni kan...dah la penat memasakkan..part mencuci oven atau yang seangkatan dengannya ni memanglah sesiapa kot rasa tak nak buat atau kalau boleh jeling pandang jer.. apa2 pun kalau nak bersih kena la buat juga hehe.  

Waktu melayan FB ternampak kawan post pasal petua mencuci oven ni : sumber: Fb: Ryuji Asada yang agak mudah dengan bahan2 yg pasti ada kat rumah semua orang la kot


hebatkan macam baru kannnn...ni bukan pic oven SSL (sekadar gambar hiasan) ahakss

Bahan diperlukan:
● Air
● Botol Spray
● Baking Soda
● Kain Buruk
● Cuka
● Mangkuk kecik

Caranya:

1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven

2. Camporkan 2 sudu teh baking soda dng air dalam mangkuk tadi. Tujuan utk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.

3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven hangpa, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.

4. Biarkan 12jam untuk bg dia jadi magik heheh ini serius tau.


Mudah kan? Selamat mencuba dan selamat berjaya!


Read More

March 1, 2016

posted 11:54 PM by with 0 comment

Selamat Hari Lahir my darling half, my partner, my savior, my hero

A surprise birthday cake but my darling half.  Mesti dia ingat tak de apa2 utk birthday dia kan tp mmg wont forget la kan pastu SSL pergi ke Wangsa Walk belikan wallet utk ganti wallet dia yg dah senget benget sbb si wallet tu letak kat dalam poket belakang..asyik kena hempap jer kan haishhh..



……..(¯`•.•´¯) (¯`•.•´¯)
……..*`.¸(¯`•.•´¯)¸.´ ♥

 º ♥ `.¸.´ ♥ º .¸¸.´¯`♥
………!!!нαρρу вιятн∂αу!!!……
»*¯*★★*¯*«,_))((_,»*¯*★★★*¯*«,_))((_,»*¯* 


 ♫♫♫.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫♫♫
╔═══════ ೋღღೋ ═══════╗
    ೋ Happy Birthday  beloved NAZLI ೋ
╚═══════ ೋღღೋ ═══════╝
           ♫♫♫.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫♫♫
                           
Tiramisu always d'hubby favorite tak lain tak bukan order dari @RossatKitchen..mmg tak boleh tolerate tul


Read More