Resepi Kuih Lopes..favorite mak dan abah - umifuzy™dotcom

March 26, 2016

Resepi Kuih Lopes..favorite mak dan abah

Hari ni nak kongsi resepi kuih kegemaran Mak dan Abah..almaklumlah orang utaqa ni memang suka kuih gini untuk minum petang tapi kalau buat tu memang buat banyak la sebab en darling pun sangat suka..hehe

Umi bila buat kuih lopes de squira ni haha guna bahan tanpa pengawet atau pewarna ke sbb guna daun pandan belakang rumah, daun pisang pokok sendiri, pengukus pun sendiri punya ..haha udah melalut pulak teman ni kann..

Jom tengok resepi mudah yang semua orang boleh buat...let's go!

Bahan-bahan:
  • beras pulut dibasuh dan dimasukkan dengan air daun pandan (daun pandan dikisar dan ditapis untuk ambil airnya) Umi tak guna pewarna dan kalau nak nampak hijau cantik pada kuih lopes pastikan ambil daun pandan yang tidak terlalu muda.  Air disukat macam kita masak nasi biasa, letak secubit garam dan tanak hingga masak. Bila dah masak, biarkan ia sejuk sekejap
  • Sementara tunggu pulut masak, ambil daun pisang dan dilayur keatas api, supaya daun pisang tu lembut dan tidak pecah.  Daun pisang dilap dengan kain bersih dan dipotong bahagian atas dan bawah lebih kurang dalam 8 inci lebar.
  • Sendukkan beras pulut tadi keatas daun pisang, terpulang besar mana (agak2 dalam 21/2 inci) nak jadikan dia, digulung dengan daun pisang dan diikat kedua-dua hujung dengan tali atau benang dan selesai semua gulungan, masukkan kedalam pengukus dan dikukus dalam 45min - 60min.  Buka penutup untuk ia sejuk dan boleh dihidang.
  • Sementara itu masak air gula kabung atau gerek atau gula merah (guna gula gerek sebab lebih bersih..ni cara org terlebih rajin sebenarnya hehe) diletakkan daun pandan supaya berbau wangi. Bila dah cair, tutup api dan pastikan air gula tu tidak terlalu cair
  • Kelapa parut ambil yang bahagian putih, diletakkan sedikit garam diletakkan kedalam pinggan dan dipotong kuih lopes dengan benang dan digaul hingga kelapa rata menutupi kuih lopes.
  • Ambil pinggan masukkan kuih lopes, letak air gula, letak sudu..dan makan ler..
Mudah kan...selamat mencuba!

dah siap dikukus, tunggu sejuk sebelum dikeluarkan

potong kuih lopes ni kena guna benang, kalau guna pisau, nanti pulut tu melekat  dan potongan pun tak cantik
sepinggan lopes siap dihidang dan sepinggan sedia untuk dimakan

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!