May 31, 2016

posted 7:10 PM by with 0 comment

Jom Join Kelab Kaki Korea..banyak kelebihannya tau

Seperti biasa SSL dapat invitation untuk Korea new product update dan kali ni dah confirm nak bawak Kak Yang untuk temankan. Agak leceh kali sebab nak kena register online dan jadi ahli kaki korea club la pulak.  Siapa nak join klik sini Kaki Korea Club Member


Imagine your Korea(Logo)

Haa ni yg awak akan dapat bila register jd member tau. Join la mcm2 yang korang boleh tau bila jd member ni


Kaki Korea Club Member Benefits

As a Kaki Korea Club member, you are entitled for the below benefits :
Eligibility to enter the cultural classes such as Korean Language Class, Korean Cooking Class and K-Pop Dancing Class organized by Korea Plaza KL
Eligibility to enter any contests organized by Korea Tourism Organization Kuala Lumpur (KTOKL) & Korea Plaza KL.
Latest updates on any events organized by Korea Tourism Organization Kuala Lumpur (KTOKL) & Korea Plaza KL.
Additional benefits will be added from time to time.

Berbalik pada jemputan kat bawah ni agenda untuk event tu dan perghh kali ni buat kat Concorde pulak tu..dah banyak duit la KTO ni hehe.  So kita jumpa disana..disana..disanaaaaa

**********************************************************

Korea Destination Seminar June 2016 (KL)
Date : 1st June 2016
Time : 2.30p.m –8.30p.m.
Venue : Concorde Ballroom, Concorde Hotel KL

Agenda:
14:30 - 5:30  Registration
15:30 - 16:30  First B2B Session
16:30 - 17:00  Opening: Non-verbal Performance by ‘FIREMAN’
17:00 - 17:05  Welcoming Address
17:05 - 17:15  Presentation: Malaysian Travel Trend to Korea
17:15 - 17:25  Presentation: KTOKL Activities for H1 2016
17:25 - 17:35  Presentation: IncheonTourism Organization
17:35 - 17:45  Presentation: GyeonggiTourism Organization
17:45 - 17:55  Presentation: GangwonProvincial Government
17:55 - 18:05  Presentation: JejuTourism Organization
18:05 - 18:15  Presentation: Seoul Tourism Organization
18:15 - 19:00  Second B2B Session
19:00 - 20:30  Dinner & Lucky Draw

* Schedule Subject to Change
Read More

May 26, 2016

posted 11:46 PM by with 0 comment

DIA SEMANIS HONEY...MELTING TENGOK TELENOVELA NIII

Tamat sudah drama adaptasi novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna ni..huh mmg melting tengok Ahnaf Wafiy yg sangat loving and so sweet bergandingan dgn Hani Safira.  Tak mau komen banyak sangat tp mmg worth it watching cite yg sangat trending ni dengan lakonan chemistry antara Alif Satar dengan Siti Nordiana ni dan rasanya siapa yg menonton sekali pasti terjebak la kann


EPISOD AKHIR tadi ini... pasti ramai yg akan merindui slps ini..
Finally, God has answer my prayers.
Tak sangka Hani Safira yg ketagaq,degil keras kepala tu..can turn up to be very sweet. I am sorry.. i minta maaf...


AHNAF: I LOVE YOU, you will always be my 'HONEY'.. i am your 'BEE.

woottt wottt





Ni nak cite sikit lar kan apa yg tak best sikit dalam cite ni bila ada girl tu minat giler2 kat Ahnaf Wafiy ni yg rupanya psiko...watak Bella mmg dia bawak dgn baik sekali dan menjadi yg tak best tu part dia ada body contact dgn pelakon lelaki sebab dia berhijab..

Ni komen dia pasal lakonan dia tu..







He is talented...a good singer with good voice, pengacara Meletop Kebabom yg stylo dan now a good actor dengan watak yg sweet giler


#diasemanishoney #ahnafwafiyhanisafira

Read More

May 21, 2016

posted 4:03 PM by with 0 comment

AWAK SAKIT KEPALA? SAKIT TELINGA? MEH CUBA PETUA MUDAH NII...

Kita semua pernah rasa sakit telinga yang sungguh tak menyenangkan tapi tahukah kekawan semua yg kita boleh kurangkan rasa sakit tu hanya dengan bawang putih dan jugak boleh menghilangkan rasa sakit dalam masa yg singkat jugak.


Bagaimana?Secara ringkasnya ulas dibersihkan bawang putih di telinga anda. Sangat sesuai di telinga anda, sebagai plug telinga. Rasa sakit dan keradangan melewati dalam beberapa minit, dan anda jatuh panas merebak melalui telinga.

Bekerja pasti!- Dengan kaedah ini anda boleh menyembuhkan sakit kepala.- Dalam hal ini, ulangi prosedur sebelum tidur. Biarkan bawang putih tetap di telinga lebih malam.- Di pagi hari anda akan menjadi seperti baru.

Bawang putih menurunkan suhu badan.Ini sangat sesuai untuk anak-anak. Jika anak anda mengalami demam, memotong hirisan bawang merah dan rendam dalam cuka sider epal. Kemudian letakkan di kaki dan telinga anak anda. Suhu menghilang sangat cepat batuk Cure dengan bawang putih.
Jus bawang putih adalah sirap ubat batuk semulajadi yang sangat berkesan yang boleh anda lakukan dalam resipi ini:bahan:- 1 ulas bawang putih- 2-3 sudu makan madu.

Caranya:Pilih kepala bawang putih yang indah dan sihat berukuran sedang. Kupas bawang putih dan dipotong. Masukkan ke dalam mangkuk yang lebih dalam dan tuangkan madu. Tutup mangkuk dengan foil atau pinggan dan meninggalkan pada suhu bilik semalam. Keesokan harinya, saring campuran melalui kasa tebal atau saringan. Ini adalah salah satu dos untuk satu hari.

Ambil satu sudu makan sirap setiap dua jam, atau anda boleh melakukannya lebih kerap. Tentu saja dalam waktu singkat anda akan merasa bahawa anda bernafas lebih mudah.
Read More

May 16, 2016

posted 11:38 PM by with 0 comment

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat my lovely sis Che Siah BILShawaluddin, guru2 yg pernah mengajar kami mengenal ABC  ‪#‎MarianConventSetapak‬   ‪#‎APGS‬   ‪#‎BedfordSecretarialGirlsCollege‬   ‪#‎RimaCollege‬   ‪#‎GoetheInstitut‬‪  #‎TheBritishCouncil‬ dan juga (◕‿◕✿) MAK (◕‿◕✿) mak yg menjadi guru dari lahir hingga ke saat ini tanpa jemu tanpa noktah«-(¯`v´¯)«--



Jom kita baca kisah kat bawah ni..kisah ni saya share dari seorg teman FB

Zulkifli Yahaya
PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH..
(Cikgu Abd Ghani Harun)
Ketika menjadi pengetua dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya. Katanya ada seorang budak sekolah berada di masjid, macam ponteng sekolah. Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dgn aktiviti sambutan.
Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh. Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yg garang.
Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata, "Tak ada apa cikgu." Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar.
Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar," Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga.Emak telah meninggal." Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung, "Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yg dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka..? Ini telah berlaku tahun lalu." Air matanya yg deras dikesat dg kain tudung yg separuh lusuh. Saya pula yg turut sedih dan tidak terucap kata.
Saya menghantarnya balik ke rumah,dlm perjalanan fikiran berkecamuk. Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yg miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.
Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dg memberi hadiah kpd guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yg baik. Tetapi banyak ibubapa yg miskin,yg kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah, tak mau ke sekolah tanpa hadiah.Yg berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan. Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak,tetapi memilih jalan lain untuk mengelak, memendam rasa, tetapi siapa yg peduli.
Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan, high light, kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru, dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa, maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru. Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah, lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian. Hakikatnya,pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya, tetapi memberi khidmat kpd gurunya, bekerjasama dan patuh pada semua arahan.
Hari guru sebaiknya disambut dg penzahirkan rasa syukur kepada Allah, bukan di zahir dg berseronok suka. Mungkin sukan, sukaneka itu baik utk menjalin hubungan, tetapi saya tak nampak dimana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas,murid menyanyi, menari, bergencok. Mungkin sketsa yg mendidik, majlis tahlil, bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur, kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai. Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan, ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik, ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik. Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah. Kpd ibubapa, minta anak menghadiahkan hari guru dg janji untuk menjadi pelajar yg baik, yg taat, gigih yg berdisiplin, itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.
Dari kisah yg saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut shj,dari situasi dan pandangan kita shj,tetapi berfikirlah dari berbagai sudut,dari berbagai situasi. Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain. Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain,sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan
orang lain, kelak diakhirat Allah gembira kan kita. Wallahu a'lam..


Read More

May 15, 2016

posted 8:30 AM by with 0 comment

WalimatulUrus Anakanda Ahmad Fahmuy dan Nina Naquiah

Tahniah buat anakanda Ahmad Fahmy dan pasangan Nina Naquiah yang kini bergelar suami isteri dan semoga kekal hingga ke Jannah.  Fahmy anak bongsu abang cheq SSL tau..depa ni tiga beradik jer..uihh tapi Bang Chaq tak lega lagi sbb kenduri belah lelaki belum settle..kita tunggu bulan Julai naa..

Akad nikah dekat Masjid Besi Putrajaya


Amboi ceria noooo encik suami dan cik isteri nak pergi bersanding kat Dewan MOT, Putrajaya


Haaa merah sungguh mak ngah oiii pelamin depa nii..didampingi sepupu pengantin lelaki...anak buah cheq la tuu...comey kannn

Adoiii jenuh nak tenung kad depa ni...maklumla mata dah tua..kiki


Tok Mak dan Tok Abah pengantin lelaki dan anak2 serta menantu tu...mak sy la tuu hehe

My Abang Chaq and wife  (kanan) serta besan terbaru niii



Read More

May 11, 2016

posted 12:10 AM by with 0 comment

Meh kenali tepung beras ;)

Dari resepi sedap @FB
Selepas ni jangan tersilap beli tepung beras yee..
TEPUNG BERAS oh TEPUNG BERAS ;)
------------------------
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara Thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Jom kita kenali dengan penerangan apa fungsi dan kegunaan tepung beras mengikut lambang2 yang dijual dipasaran yaa
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

  • Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
  • tepung ini sangat ranggup
  • sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

  • sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
  • ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

  • sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
  • sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI

  • Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
  • kalau buat apam rasa tepung nya kurang
  • jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
#jangansilap #tepungberas

Read More