Abah..lelaki pertama dalam hidup kami

 




Abah kami ex army pangkat Sarjan seorang abah yg sangat berdisplin masa dulu.  Kalau nak bawak keluar rumah kami mesti kami kena pakai stokin, rambut dia akan sikatkan sambil tangan kiri dia pegang dagu..hehe.  Being anak perempuan ke2 last, kira yg bongsu la jugak kan aku mmg dijaga kot, pergi sekolah dia hantar, balik dia ambil hingga la tamat belajar di APGS walau kekadang tu dapat la naik bas balik sbb ada aktiviti sekolah.

Abah mmg nampak pendiam tak banyak cakap tapi mmg aku personally takut dan respect.

Abah pencen askar tahun 1968 kalau tak silap dan kemudian bekerja di Kelang yang kemudian Abang Caq kerja kat situ ganti Abah.  Abah kemudian kerja sebagai driver van angkut misi2 untuk LPKKN dan kami sekeluarga mmg baik la dgn Nurse Ani yg berlakon jd isteri muda Mahmud June dalam cerita Bujang Lapok. Bila pencen jadi driver abah dapat permit bawak teksi. Abah pernah kena samun dan sejak tu kami mintak abah cuma bawak teksi waktu siang jer tak perlu sampai lewat malam.  Mana taknya sampai lewat pagi abah tak balik, rupanya kena samun..cerita abah ada 2 lelaki berketurunan India naik, sorang duduk depan dan sorang duduk belakang tu letak pisau kat leher abah, lepas samun diaorg ikat tangan abah ke belakang dan tolak abah ke lombong..mujur lombong tu kering...dengan payah abah bangun dgn tangan terikat ke atas jalan raya..Alhamdulillah ada org menolong dan hantar abah ke Balai Polis.  Syukur Alhamdulillah, teksi abah ditemui dan mmg jadi rezeki abah, duit utk bayar teksi masih ada...Allah Maha Besar..mmg kita diberi ujian tapi dia masih mengasihi kita! Memang Abah sangat rajin dan dengan duit teksi la dia dan mak boleh menunaikan Haji dengan pakej mahal utk keselesaan mak yg pulih dari angin ahmar.

Kalau ikutkan Abah banyak kali kena tipu waktu nak beli rumah antaranya kat Taman Melawati dh siap bagi duit pastu agent lesap, beli tanah kat Kepong tp xlepas sbb tanah adik beradik yg ada 2 - 3 orang tak nak sign dan terbengkali dan akhir sekali Kerajaan ambil tanah utk buat jalan.  Bertahun2 naik turun mahkamah dan akhirnya dapat balik wang dan beli rumah dekat Ulu Yam.

Abah hari ni mengidap Parkinson dan agak pelupa tp badan dia masih sihat, Dah berkali jatuh sebab kederat dah tak de.  Abah semakin sensitif

Anak2 aku memang beruntung sebab dapat merasa kasih sayang abah dan mak sebab abah tolong mak jaga anak2 dan berenti bawak teksi

Abah akan menyambut hari lahir ke 91 pada 26 June ni, Semoga Allah swt permudahkan segala urusan abah didunia dan akhirat. Aamiin

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!