Ikan Merah Masak Goreng Asam


Bahan:
Ikan merah (ikan lain pun boleh macam kerisi, jenahak dsbnya)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih
1inci halia
semangkuk air asam jawa (pekat)
1 batang serai (diketuk)

Untuk hiasan
Daun ketumbar
1 biji tomato belah 6
1 biji cili merah
5 biji cili api

Cara-cara :

Serai diketuk dan dimasukkan kedalam kuali berisi minyak (tunggu biar minyak panas naa ;P kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk kemudian ditumis sampai kekuningan, masukkan air asam jawa dan masak dalam 5 minit.  Masukkan cili api, cili merah yang dah dibelah 2 tu, bawang besar, tomato dan ikan yang telah digoreng dan dan ketumbar untuk aroma yg boleh ngences sungguh! 

Bagi yang tak nak pedas atau takut pedas tak perlu letak cili api tp mokcik ni mmg makan pedas so bila makan ikan yg sedap gini yang dengan masam dan bila dapat gigit cili api....perghhh seakan diawangan..haha

Oppps..jangan lupa tutup api naa dan hidanglah dengan nasi panas pun cukup tak perlu lauk pauk lain.

Selamat mencuba dan selamat bersahur
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!