Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, Cantik betul. Sungguh! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, Tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat Dahsyat di hadapan yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya Solid betul...Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'Dating' dengan kekasih dia yang utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala syoknya!

sekadar gambar hiasan |

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya. Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, Di syurga nanti. Amin.
Source : kawan Hi5
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah
komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!