Ramadan 1 : bersahur dengan ikan masak merah goreng asam nyum nyummm

Otw balik dari Banting singgah ke Shah Alam dok fikir apa la nk masak untuk sahur nanti..ehhh jap..makan malam ni kena fikir dulu ye dah jauh melayang pulak kann... dok berkira2 kalau masak spagetti mesti Angah Ammar tu keluar cari nasi..kesian dia kata d'hubby sbb penat kerja huhu so setelah difikir dua tiga empat lima kali nasi goreng la jugak kan...tp kan nasi goreng biasa2 tu rasa cemuih la pulak...melayang lagi fikiran nak masak apa kan...

Haaa..fikiran yg melayang tu dh balik so nak masak nasi goreng daging merah la...ambil tablett terus scroll...adala dalam 2-3 blog tengok2 sebelah mata hurmmm mcm xbest je sbb tak de pewarna merah so fikir2 lagi buat nasi goreng dengan paprik daging jer kan lagi mudah sbb bahan2 semua ada...yeszzzzaaa

Sampai rumah jer terus masak nasi kendian rebus daging dan solat jemaah. Alamak dah bau la pulak daging rebus yg kekeringan air...nasib baik lagi kannn

Daging Paprik versi SSL

Daging direbus dihiris nipis2

Bahan untuk ditumis
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia dlm 1 inci
Serai diketuk
Daun limau purut

Bahan untuk sos
2 sudu cili yang dah dikisar
2 sudu sos cili
2 sudu tomato puri yg dalam tin 
2 sudu sos ikan (sos nampla)
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu gula
garam sesedap rasa
Bunga kobis, kacang panjang, bawang kuning, tomato

Cara-caranya : Tumis bawang merah, bawang putih, serai sampai kekuningan dan naik bau.  Masukan bahan untuk sos dan kemudian daging dan daun limau purut.  Biarkan sos tu sebati dengan daging, masukkan air asam jawa dan renih daging tu dengan api pelahan. Kalau sesiapa suka pekat, masukkan sedikit tepung jagung (masukkan dalam mangkuk dan masukkan air dan tuang kedalam kuali), masukkan kobis bunga, kacang panjang, jagung (kalau ada la) dan biar dalam 10 min dan tutup api.


maaf ler tangan bergetar..so gambar jadi blurr

Nasi goreng simple mimple pulak
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kuning, masukkan cili api 6-7 biji yang diketuk, kalau nk pedas lagi boleh la tambah, masukkan sedikit cuka (hehe SSL mmg suka makan masam2) so kalau tak nak tak payah ye sesambil kacau lagi dalam 5 minit dahh boleh tutup api dah.

Dan sememangnya licin pinggan dan periuk hahaha...pueh hati bila makanan habiss kansss

Set jam ~ jam 4 pagi nak masak nasi dan lauk untuk sahur pertama...lauk mudah ikan merah goreng asam  sila la jengah resepi mudah nii


resepi simple tapi lazat kansss






Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!