June 22, 2016

Salam Nuzul Quran

Alhamdulillah dan syukur diatas nikmat yang telah Allah swt berikan pada kita hari ini. Hari ni dan pertama kalinya sesiapa yang berkerja di Kuala Lumpur dapat bercuti sempena Nuzul Quran macam negeri2 lain selain Selangor, Kelantan, Terengganu, Perlis & Penang. Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dibulan mulia dan dihari yang istimewa ini.

Just nak share apa itu Nuzul AlQuran :

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!