June 24, 2016

Sambal Ikan Bilis Kentang



Hari ni mmg mood agak kelaut hehe tp lauk ni favourite anak2 juga adik-beradik, kalau buat ni tak boleh sikit kena banyakkkk.  Ok hari ni SSL share resepi sambal ikan bilis kentang ok.  Sangat mudah dan jangkamasa masak yang tak terlalu lama.

Bahan-bahan
Ikan bilis - digoreng
3 biji kentang
Asam keping
Garam secukup rasa
Gula

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara membuatnya:

  • Tumis bahan yang dikisar kedalam kuali, kacau dengan api perlahan
  • Bila dah pecah minyak, masukkan asam keping dan kentang, kacau hingga kentang jadi empuk
  • Tambah air jika perlu untuk pastikan kentang dah masak. SSL suka kentang tu ranggup tp kalau masak untuk mak..kena bagi lembut kalau tak payah mak SSL nak makan
  • Bila dah kering, masukkan ikan bilis, garam secukup rasa dan sedikit gula untuk kurangkan rasa pedas.  
  • Balik-balikkan dan kacau dalam 5 minit dan tutup api.
Jom hidang!



No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!