Telur Mayong Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
Telur ikan mayong

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 cawan air

1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 atau 2 batang serai diketuk
5 biji belimbing buluh - dibelah dua
Sehelai daun kunyit dipotong ikut kesukaan
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Tadaaaa...inilah lauk kesukaan cik applepie
Cara membuatnya:

  • Masukkan bahan yang dikisar tu kedalam periuk dan direnih hingga agak kering supaya bahan tu masak 
  • Masukkan asam keping dan serai yang diketuk
  • Masukkan 1/2 cawan air dan bila nampak menggelegak, masukkan telur dan daun kunyit.
  • Bila telur tu nampak dah separa masak, terbalikkan dengan cermat ya kalau tidak telur tu akan pecah dan kalau perlu tambah air
  • Masukkan santan cair dan belimbing buluh dan dikacau perlahan
  • Bila kuah dah menggelegak, masukkan santan pekat dan perlahan kan api. 
  • Dikacau biar santan sebati dan tutup api, letakkan garam secukup rasa
Selamat mencuba

Telur ikan dibasuh dengan limau kasturi untuk buang bau hanyir dan diletakkan tepung supaya lendir2 tu mudah hilang..Part letak tepung ni lupa nak ambil gambar hehe
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!