Sensasi : Datuk kahwini gadis muda

Lagi kisah menarik perihal gadis muda 18 tahun berkahwin dengan lelaki tua yang boleh dipanggil datuk.  Kali ini kisah di negara jiran diseberang.

Apa2 pun semoga jodoh mereka ni berpanjangan dan bukan berkahwin disebabkan ada muslihat kan..

***************************************************************


Makassar (Indonesia): Seorang datuk berusia 63 tahun menjadi buah mulut pengguna media sosial di Indonesia selepas dia berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun.
Akhbar Harian Fajar melaporkan, Nasir berkahwin dengan gadis pujaannya, Milawati pada Isnin lalu di Desa Suwa yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Watampone dekat sini.
Nasir ketika diwawancara akhbar itu memberitahu, dia sudah berkahwin sebelum ini, tetapi isterinya meninggal dunia pada Februari lalu akibat sesak nafas.
Katanya, sejak menduda dia berhasrat untuk berkahwin lagi dan dia mahu bakal isterinya seorang yang masih dara.
“Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan,” katanya.
Menurutnya, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali ketika bertandang ke rumah gadis itu sebelum mengambil keputusan untuk masuk meminang.

Bapa Milawati, Nasaruddin, 48, memberitahu, dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya sendiri yang bersetuju.




Dalam Mac 2016 di Terengganu kisah hangat menjadi viral perihal seorang gadis Nur Nasirah Nazri 18 tahun berkahwin dengan Ismail 66 tahun, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun manakala ibu Nur Nasirah, Salina Abdullah berusia 42 berniaga kedai makan dimana Ismail sering kunjung untuk minum

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!