Daging Dendeng

Hari tu d'hubby tag kat FB resepi Dendeng Daging katanya...dah la tag pastu siap tanya lagi kot2 SSL tak dapat..isk iskkkk tu mmg bermaksud dia nak kita buat la tu kan..jadi hari ni menjadilah *∩_∩* Dendeng Daging ni..agak pelik ikut resepi tu diletakkan kicap dh macam daging masak hitam pun ada.  Kalau tak silap bila mtk tolong cik google, rasanya resepi letak kicap ni macam masakan Jawa..

Kata empunya resepi daging dendeng ni sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat...tapi SSL rasa dan merasai yang SSL buat sendiri ni...sedap dengan nasi panas tp lain orang lain citarasa kan. ( ̄︶ ̄)  Dulu pernah jugak buat daging macam gini tp idak la pulak dipanggil daging dendeng dan  tak letak kicap tapi ditambah dengan cili api untuk rasa lagi pedas...

pedas2 manis dan not bad la jugak

resepi dari Tahrunnisah Jali

Resepinya -  Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

Bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
Bahan D
air rebusan daging

cara2nya
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..

~selamat mencuba~
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!