Tip : Bercuti bersama warga tua





Meluangkan masa bersama ibu bapa dengan melancong atau bercuti didalam dan luar negara adalah saat yang paling kita semua suka dan akan menjadi memori terindah lebih-lebih lagi dapat menggembirakan kedua orang tua juga datuk dan nenek pada anak2 kita.

Jom pastikan dan buat senarai tentang persediaan sebelum memulakan perjalanan ya ^_^
  1. Buat pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan perjalanan sekiranya mempunyai penyakit serius dan terdapat hospital yang berdekatan terutama kalau ke pulau-pulau percutian yang selalu punya kelengkapan yang terhad
  2. Bawa bekalan ubat-ubatan.  Ia perkara paling penting dan perlu diberi keutamaan kerana bekalan ubat-ubatan mencukupi berupaya mengatasai masalah kesihatan jika berlaku.  Adakalanya ubat yang digunakan warga tua tidak sama dengan lokasi dilawati.  Persediaan awal dapat mengelakkkan sebarang kemungkinan.  Pastikan juga ubat yang dibawa dilengkapi label bagi mengelakkan kekeliruan terutama apabila diserang sakit
  3. Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.  Bagi mengelakkan diserang penyakit yang tidak diduga
  4. Elak perut kosong.  Ia bagi mengelak perut masuk angin dan mengganggu kesihatan mereka
  5. Rehat secukupnya disetiap perhentian supaya dapat segar semula.  Warga tua memerlukan lebih banyak rehat dari orang muda
  6. Kerap minum air untuk mengelakkan penyahidratan (dehyration) apabila cuaca panas
  7. Bawa pakaian khas yang selesa untuk persediaan sekiranya ada pertukaran cuaca untuk mengelakkan terkena selesema kerana cuaca sejuk.
Ok kalau semua dah dibuat tu tanda anda dah bersedia untuk bercuti dengan gembira dan tenang untuk kenangan akan datang!

Selamat bercuti
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!