Kisah smuggle Kak Yang dari keluar KMS - part 1

Semalam dah cerita nak pergi jemput NAN kat Kolej Matrikulasi Selangor kan...sebenarnya bukan la minggu yang Kak Yang boleh balik rumah tp we all smuggle dia keluar..hik hiks atas permintaan dia.  Yela dia tak jumpa ayah dia 2 minggu kot.  Hari ni hari Ahad adalah hari outing dia dimana ibubapa boleh ambil dia pagi dan dia harus pulang ke kolej sebelum jam 7 malam.  Bukan sengaja nak smuggle dia tp dia insist nak balik sebab nak siapkan assignment dan blog dia sebab kat sana tak de wifi..

We arrive KMS jam 1510 terus ke balai pengawal cakap nak hantar barang seperti yang Kak Yang suruh cakap la..nasib baik la sorg pengawal tu kat ok..jadi kita orang masuk dan Kak Yang turun ler...masuk dan terus tunduk ler sampai lebih kurang 10 meter baru leh bangun duduk hehe.  Since hari masih awal d'hubby cakap jom kita ke Bukit Jugra..jauh jugak dan kena naik bukit la..bukan memanjat tp dengan kereta la.  Kat situ la tempat nak menengok anak bulan dengan pemandangan yang cantik, terbentang luas dan menghadap laut.  




Ada pulak team paragliding..jadi kitaorg pun enjoy la ambil photos depa ni..serasa macam nak naik jer..hehe



Teruja sungguh tengok dan d'hubby pulak lagi teruja sbb dah lama dia tak skydiving..rindu ler tuu hehe

Lepas tu kitaorang divert ke Pasar Klanang..masuk kawasan kot2 ada la orang jual ikan..bukan nak beli ikan sebenarnya tp nak beli ikan bilis hehe tp dah petang kan..nelayan bawak naik ikan waktu pagi so ambil picture jer la yang penuh deretan perahu dan pemandangan petang yang tenang sekali..


Selesai sesi mengambil gambar, we head back to WM la and stop over kat kedai durian...waaaa amboiii en d'hubby spent RM90 untuk 2 biji dorian nii..sebiji D24 dan sebijik lagi Udang Merah + 4 biji RM10 durian kampung utk cheq buat tempoyak haha.  Alang2 dh musim ni kena la buat tempoyak in house sbb yg dulu2 depa campur pisang tp la ni campur kentang rasanya sbb berkeping tak hancur..huhu mmg hancusss

Dan semerbak la bau durian kat rumah sampai SSL sesak napasss..bukan cheq je tau tp d'hubby pun so masukkan la durian dalam kotak utk dimakan esoknyaa..

Live..Learn..Life





Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!