Kerabu Taugeh dan Kerang

Image result for Assalamualaikum

Okay...hari ni Umi nak share resepi kerabu taugeh dengan kerang yang lazat ..antara kerabu kegemaran Umi dan adik-beradik dan kalau mak buat mmg kami akan berebut2..

Kalau cerita pasal zaman kanak2 dulu mmg tak habis kan...kang panjang lebar pulak..jom tengok apakah dia...



Bahan-bahannya:
*Taugeh - dibasuh, dibuat kulit hitam ya dan dicelur, jangan sampai terlebih lembik atau sebaiknya dimasukkan kedalam mangkuk dan letak air panas jer..angkat dan toskan

* Kerang - dibersihkan kemudian di rebus, diangkat dan kemudian dikopek. Letak dalam bekas bertutup kang tak pasal2 lalat pulak hinggap.

* Beras digoreng/sangai hingga kecoklatan dan kemudian ditumbuk tapi jangan terlalu halus

* 1/2 cawan air asam jawa pekat

* Kerisik

Bahan untuk ditumbuk:

*10 batang cili kering  

* 3 ulas bawang merah,

* 2 ulas bawang putih,

* 1 inci belacan

* garam secukup rasa


Cara membuatnya:
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi kedalam bekas, kerang serta taugeh dan digaul sama rata. Masukkan pulak kerisik dan air asam jawa tapi jangan sampai terlalu masam kecuali suka kerabu yg over masam ya. Pastikan semua dah bergaul rata dan letak garam ikut kesukaan dan akhir sekali masukkan beras dan gaul hingga nampak semua dah berpalit dengan kesemua bahan. Dah siap!

Boleh la dihidang dengan nasi panas kosong pun sedap..


Share on Google Plus

About iam virgo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!