Wajib tonton : Train to Busan...kisah penuh emosi

Hujan turun mencurah dipagi Jumaat 16 Sept..nasib baik hari cuti dan terasa kemalasan melanda tp kena la bangun sebab nk antar Kak Cik ke pusat tuisyen dan kena la pulak ke Pasar Keramat untuk beli barangan basah sebab dah plan nak ke wedding Abg Teh kat Melaka hari Sabtu...kalau dapat tarik selimut fuhhh

Ramai nau orang bercerita pasal cite Korea ni...kisah thriller yang dok diperkatakan filem yang harus ditonton dah la peminat Korea tegar yang 2 orang kat rumah ni pun mmg dok sibuk cerita...Kak Yang pulak dah tonton kat panggung dengan kekawan so dia la tukang promote hehe dan Miya peminat K drama no 1 {(>_<)} Rasanya ni la cerita zombie pertama dari negara Korea..mmg tak rugi menonton!

Lepas settle memasak, D'hubby pun buka la wayang online hehe >>

Cerita bermula bila seorang gadis yang terkena jangkitan virus zombie kot menaiki tren dengan ratusan penumpang lain...bila dah jadi zombie ni mmg tak boleh la tengok manusia lain kan...so membunuh la kerja dia dan zombie2 ni pulak terjadi dengan sangat pantas...terkejut jugak SSL beberapa kali hehehe

Image result for train to busan

Image result for train to busan
Cerita yang agak menarik dengan nilai kasih sayang seorang bapa lakonan Gong yu...handsome gak hero ni...bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya sampai ditinggalkan isteri yang akhirnya akur dengan permintaan anaknya untuk ke Busan untuk berjumpa ibunya dengan menaiki tren...menjadi bapa yang bertanggungjawab menjaga keselamatan anak tersayang dan akhirnya membunuh diri sebelum sempat menjadi zombie..o(﹏╥)o

Image result for train to busan
Kasih suami yang chubby terhadap isteri yang sangat tebal, menyaksikan sisuami akhirnya menjadi mangsa  zombie dan menjadi zombie dan sebelum tu sempat menghalang zombie dari menyerang isteri yang mengandung...mmg sangat hiba part ni buat siisteri bila mana sisuami mintak lelaki lain untuk jaga isteri dan anak dalam kandungan o(﹏╥)o o(﹏╥)o

Image result for train to busan
pakcik tua yang pentingkan diri sendiri...
Jenuh tengok dengan babak-babak mendebarkan dan akhirnya hero kena gigit dengan zombie pakcik yang sangat pentingkan diri sendiri..rupanya pakcik tu nak balik jumpa mak dia,,tu yang dia tak kira orang lain tu janji dia boleh selamat tp tetap jadi mangsa jugak.  Part hero terkena gigit dan bakal menjadi zombie ni mmg sayu..sambil terbayang waktu anak dia lahir dan akhirnya dia nekad bunuh diri kalau tak dia la pulak akan bunuh anak dan isteri hero chubby..mmg buat SSL terkesima hiba dah la pulak anak dia  meraung sakan

Image result for train to busan

Akhirnya Sung-Gyeong  yang mengandung dan Soo-An yang menaiki tren pun sampai ke garisan penamat..kena turun dari tren dan melalui terowong..kat sebelah terowong para tentera siap tunggu nak tembak zombie..ternampak la ada susuk dari jauh...mungkinkah zombie dan diaorg bersiap nk open fire tetiba dengan suara budak menyanyi...nasib baik kan gulp!


Jom kenali para pelakon Train to Busan ni..⎝ o⏝o ⎠
Pelakon-pelakon yang lelain

SSL ✮ bagi  untuk cerita ni..jangan lupa tontonn tau!

Mungkin kah ada sekuel 2 Train to Busan??? SSL pasti ada sebab cerita ni masih tergantung kan..apa jadi kat yang dh jadi zombie..mcm mana nak halang wabak ni makin menular...yg dh jadi zombie ni bukan boleh mati..kalau guna senapang jer pun mati pastu hidup balik kan.  Tapi yang pasti mesti ada option macam cerita Zombi Kampung Pisang yang mmg menghiburkan walau pun merapu kann...

Kita tungguuuu!

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!