October 30, 2016

posted 10:59 PM by with 0 comment

Gegar Vaganza VS Piala Malaysia

Assalammualaikum wbt

Dasyat pulak rasa tajuk post malam ni...sebenarnya post ni sebab Umi penyokong Lang Merah sebab dhubby orang Kedah so kena la sokong Hijau Kuning walau Merah Kuning tu sepelaung jer kot haha.  Bila menonton bola ke apa2 jenis sukan yang mana kita nak pasukan atau negara kita menang tu mmg akan buat kita seram sejuk..kecut perut sampai senak perut kan jadi Gegar Vaganza ni la untuk lari dari stress tu...bijak dak? Bola tu kan bulat, apa2 pun boleh jadi...kedua2 pasukan nak menang mcm Kedah kot nak bagi hadiah kat Yang Dipertuan Agung yang akan tamat tempoh tahun ni dan orang Selangor mungkin nak meraikan Permaisuri baru kot hehe.
Image result for piala gegar vaganza

Dalam stress tu sempat la Umi tonton persembahan Nora dengan lagu Sudah Ku Tahu nyanyian Projector Band dan Rem dengan lagu Penawar Rindu nyanyian Orked Abdullah..dengan agak baik memandangkan dia penyanyi R&B dan bawa pulak lagu oldies dan buat Nora mmg vokal dia bagus.

Beralih siaran ke Piala Malaysia..yeahhhh Kedah dah mendahului gol dengan jaringan cantik dari Rizal Ghazali tapi kejap pulak Merah Kuning samakan gol diminit ke 60, kalau tak silap la sbb ishh tak nak fokus sbb ngerii..adehhhh
Image result for piala malaysia

Bola dan dhubby ni mmg tak boleh dipisahkan tapi dia dah gantung boot la dek masalah ACL...tu la takut nau nak gi ops..dan jugak faktor usia.  Dulu waktu dia main utk Malaysia dalam futsal..terbang ke Indonesia..ke Thailand tapi waktu tu orang tak kenal lagi pasal futsal.  Kalau dulu dhubby ni favorite penjaga gol bila masuk MAKSAK tu mmg mcm org ngeri la sbb dia punya skill dan semangat utk selamatkan gawang gol..tu dulu tapi semangat tetap tak luntur.  Kalau menonton tu siap bagi komen tu..ye la dulu pemain bola main untuk menang bukan semata2 untuk duit dan nama.

Dalam ramai2 penyokong pasukan Kedah tu ramai la anak buah dhubby turun ke Selangor...mmg bersemangat sungguh depa ni..

Apa pun semoga Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia kali ni tapi Umi orang KeyEll tak dapat apa pun..Kedah menang orang Kedah cuti..Selangor menang orang Selangor cuti..hehe

Pulun Kedah Pulun!

Nota: Kalau dhubby stress dia tukar la ke Gegar Vaganza..hehe.  Siapa pulak yang akan keluar malam ni? tunggu esok jer la kot.

Selamat Malam
Read More
posted 1:08 AM by with 0 comment

Late Post ~ drama airmata Patahnya Sebelah Sayap

Assalammualaikum wbt

Hari ni baru sempat nak posting ˇ︿ˇ cerita drama airmata (﹏╥Patahnya Sebelah Sayap yang memang terbaik lakonan Ummi Nazeera sebagai Alisha, Aeril Zafrel (Kuzairi), Izzue Islam (Amzar), Wawa Zainal walau sekejap terubat rindu peminat2nya tapi Umi tak sempat nonton masa Wawa ada..mana taknya sibuk dengan lain pastu dok layan Astro Ria tapi lepas tertengok cerita PSS ni mmg dok asyik tunggu hehe.  Memang ler Umi peminat Aeril Zafril, Izzue dan juga Ummi Nazeera so tu yang buat komitmen untuk menonton slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Rabu dari jam 10 - 11 malam walau ada jugak terlepas dan terlewat.

2 hari lepas Umi baca Harian Metro yang drama PSS ni mendapat rating lebih 4.5juta penonton di episod akhir pada 24 October lalu..mmg terbaik episod akhir ni dan happy ending tapi part Izzue Islam berlakon jadi jahat ni mmg terbaik selain Aeril Zafril mmg pelakon yang hebat dan watak bos yang suka mengena pekerja serta Ummi Nazeera berlakon jadi seorang yg penyabar dan a good comeback setelah sekian lama menghilang

Image result for patah sebelah sayap
Drama Patahnya Sebelah Sayap


Hancur Aku Ost Patahnya Sebelah Sayap nyanyian Estranged feat Fazura

Lirik lagu Hancur Aku
Apa khabar teman ?
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya ?
Ke semua ini
Ku merindukan kehadiranmu
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Apa khabar teman ?
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari diri aku
Apakah ertinya ?
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Bila engkau tiada (bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku
Bila teringatkanmu (ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku (hancur aku)

Image result for patah sebelah sayap

Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap Di TV3
Drama Patahnya Sebelah Sayap adalah tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar.
Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang penguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan.
Kerana komited dan fokus bila menjalankan kerja, Amzar berjaya memenangi kes pertama yang dibicarakan. Amzar meraikan kejayaannya itu bersama Alisha di sebuah kedai makan. Amzar juga tidak melepaskan peluang untuk melamar Alisha. Alisha yang masih teruja dengan kejayaan yang baru dikecapi Amzar terus menerima lamaran itu.
Dalam perjalanan pulang selepas meraikan kejayaan Amzar, mereka berdua bergurau senda dalam kereta Alisha yang kebetulan waktu itu dipandu oleh Amzar. Tiba-tiba ada sebuah kereta hampir melanggar mereka dari arah bertentangan. Amzar cuba mengelak tetapi dia pula yang terlanggar sesuatu. Kerana hujan yang sangat lebat ketika itu, Amzar dan Alisha tidak nampak apa yang dilanggar. Amzar akhirnya turun dari kereta untuk melihat apa yang telah dilanggarnya. Bila dia kembali semula ke dalam kereta, Amzar berdalih mengatakan dia terlanggar sebuah tong besar.
Satu hari ketika Alisha sedang membelek surat khabar, dia terbaca sebuah artikel tentang satu kes langgar lari. Kejadian itu berlaku pada waktu yang hampir sama ketika dia dan Amzar terlanggar sesuatu. Hati Alisha mula tidak sedap, dia yakin insiden itu ada kaitan dengan mereka.
Belum sempat dia berbuat apa-apa, datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah Alisha dan menahannya. Alisha dituduh sebagai suspek utama kes langgar lari tersebut. Mula-mula Amzar berjanji untuk membela Alisha tetapi bila kes mula dibicarakan di mahkamah Amzar tidak bersuara dan membiarkan Alisha bersendirian menjalani tempoh hukuman dua tahun yang dikenakan ke atasnya.
Selepas Alisha dibebaskan, dia bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi lakonan Aeril Zafrel. Sebenarnya Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari insiden dua tahun lepas. Namun hal itu langsung tidak diketahui Alisha.
Dan bermula2 pelbagai kisah suka dan duka buat Alisha...
Buat sesiapa yang tak pernah tonton drama ni...Umi syorkan dan bagi 5* untuk drama airmata ni.

Read More

October 27, 2016

posted 7:30 PM by with 0 comment

Testimoni IV Mist ..semburan hebat yang kita patut simpan

Dari semalam dok bersin..achoom...achooom..achimmm...arghh sampai bergegar otak jadinya...jiran ofis kat sebalik dinding dok cakap aihh mau berjangkit ni..hurmm alasan nak tak sihat la tu..bukan Umi pi cium depa kan..hahaha tapi virus selesema ni mmg bijak,..sekali kita achoom..achimm tu beribu riban depa keluar..nasib baik Pencipta tak bagi kita tengok kalau tak mau trauma kan...haru kannn

Dah la dhubby pulak balik lewat tengah malam..mana taknya bertolak dari Langkawi pun lewat pastu WA ckp dah sampai Jeti K Perlis dekat 5.30 petang..tak per biaq pi dia enjoy dulu naaa dan tengah malam tadi dia sampai sudah..hari ni dia ambil la tugasan yang Umi memangku tanpa gaji ni. membasuh..menyidai baju..bagi makan sibulus..menghantar anak2..mengemas rumah dan tak lupa sedikit bebelan in between dia buat kerja tu..haha.

Berbalik hal bersin..selesema..sakit kepala terutama bila solat siang tadi baru teringat yang Umi dah beli IV Mist yang katanya mujarab untuk macam2 kesakitan jadi tadi dah cuba sembur...kalau ikut cara memakai..harus sembur dari jarak 1 kaki dari tempat sakit dan ratakan..since dah selesema sembur la ke hidung...tapi semburan tu hinggap kat mulut la pulakkkk..rasa gabai pun ada kat bibir tu..hahaha...apa la bijak sangat kan...tp ada jugak yang kena kat hidung yang ala2 mancung tak mancung tapi tak kemek jer ...sapu kat situ sikit...rasa lega dari nose block..bau pun nyaman....pastu sembur lagi tapi kali ni dah bijak..sembur kat tangan jer pastu sapu kat hidung...mmg rasa lega..hidung pun tak tersumbat..rasa lebih stable tapi part telinga bengang tu tak boleh buat apa kan begitu jugak dengan batuk...kena minum air bebanyak la nampak nyaa..



Apa2 pun kita diberikan sakit yang sikit untuk menyuci dosa2 kecil kita..dan untuk tengok ketahanan antibodi kita..jadi bertabahlah.  Bersyukurlah sebab ada orang lain ada yang sakit lebih teruk dari kita.

So Umi nasihatkan buat kekawan..adik abang..simpanlah IV Mist ni sebab kita tak tahu bila kita perlukannya cewahhh..

kalau sesiapa berminat boleh contact FB Puan Azie Hamid WA 0136648679



TIPS HARI INI 👇
CARA GUNA IVMist Oil
"Sembur-Sembur Sembuh Insyaallah"
🔸Resdung & Selsema
- Sembur ditangan dahulu, kemudian sapu ditepi hidung, dahi, celah kening, letak dalam hidung sedikit/sedut bau.
🔹Masalah muka dan hidung sering gatal
- Sapu dibahagian yang anda sering rasa gatal, biarkan ia serap dalam kulit.
Perubahan akan dirasai dengan cepat sekali.
🔸Jerawat/Jeragat
- Sembur ditangan dan sapu dijerawat serta jeragat.
Mengikut testimoni yang kami ada jerawat boleh kecut dengan cepat. Jeragat akan beransur pudar.
🔹Migrain
- Sembur atas kepala dan urut2.
🔸Sakit mata
- Sembur dahulu dibahagian tapak tangan, biarkan seketika untuk kurangkan rasa panas minyak IVMist, dan guna jari sapu keliling mata.
🔹Sakit Gigi
- Sembur dipipi kawasan yang sakit dan gunakan putik kapas untuk disapukan pada gusi yang sakit.
🔸Sengugut
- Sapu dibahagian perut bawah pusat dan ke bawah
🔹Untuk masalah Lenguh/Gout/Sakit urat dan sendi
- Hanya perlu sembur dan sapu sahaja bagi sakit2 lain seperti sakit pinggang, lenguh2, sakit sendi.
*Lebih baik jika disertakan sedikit urutan kecil kecuali Gout.
🔸Untuk masalah lain
- Gigitan serangga sapu sahaja.
🔸Pedih ulu hati dan gastrik
- spray bahagian dada dr atas hingga bawah pusat kemudian lakukan pada bahagian belakang juga
🔸Eczema
- sembur pada tapak tangan, sapu pada bahagian yg gatal sekurang2nya 2x sehari dan ambil vitamin C pada waktu pagi selepas sarapan.
*untuk kulit sensitif campurkan IVMist ke dlm bekas yg mengandungi minyak zaiton atau kelapa dara dn sapukan campuran pada bahagian sakit.
🔸kutu kepala
- spray pada kulit kepala bercampur sedikit air, bungkus kepala dengan tuala semalam (esoknya bilas).
🔸kencing malam
- sebelum tido sapu dekat perut, ari2 dan sekitar pinggang.
🔸mengantuk
- spray pada tapak tangan dan sedut bau ivmist dalam2, gosok celah jari, belakang tengkuk, cuping telinga dan belakang lutut.
🔸demam campak
- air suam2 kuku 1 besan utk berendam, spray ivmist 1 - 2x gaulkan dan berendam or jirus buat mandi (ia membantu menurunkan panas dalam).
🔸 Panau/Kurap/ketuat
- Sapu sekerap mungkin,bagi masalah panau kikis sedikit bahagian yang berpanau dan sapu minyak IVMist. Amalkan sehingga nampak perubahan.
🔸Bersin/Selsema
- Sembur ditapak tangan dan guna jari sapu keliling hidung dan bekas ditapak tangan buat sedutan kehidung.
*Untuk kanak 4 tahun kebawah seeloknya bagi hidu sahaja ataupun gunakan IVKids sebab minyak ini bersifat panas takut mereka tak tahan.
🔹Batuk
- sapu leher dan dada
🔸Penat/Sukar bernafas/Athma
- Buat sedikit semburan sederhana dikawasan tapak tangan... sapu bahagian dada & leher, dan sedut bau IVMist melalui hidung.
In Shaa Allah masalah pernafasan anda akan berkurangan sedikit demi sedikit.
🔹Untuk masalah buasir luaran
- Kawasan lubang dubur seperti bengkak. Sembur di jari anda dan sapu benjolan yang tersembol di lubang dubur anda. Anda perlu menahan rasa panas itu seketika, lama kelamaan benjolan akan beransur kecut...
🔸Kembung Perut
- Sembur di tapak tangan anda, biar seketika kurang rasa panas, sapu di bahagian perut seperti minyak angin.
#3 tahun kebawah - gunakan IVKids
🔹Ibu mengandung/pening muntah/Mual/Muntah
- Sapu kawasan dada, leher dan betis.
IVMist bukan sahaja merawat LUKA FIZIKAL, malah terdapat bahan- bahan yang dapat membantu 'merawat' EMOSI, dengan MENGEMBALIKAN MOOD dan MEMBERI PERASAAN 'CALM' atau 'RELAX' :)
"SIHAT BADAN, SIHAT EMOSI"
In Shaa Allah.
WA 0136648679
WA 0136648679


Read More

October 26, 2016

posted 11:33 PM by with 0 comment

Kecoh perihal status makanan pulak dah..

Tak habis lagi dengan isu halal kat Auntie Anne timbul pulak kedai makan Ninja Joe perkenal burger lembu pendek dinamakan P.Ramly alahaiii apa la nak jadi ni..yang pasti rata-rata netizen marah sebab ada yang kata walau ejaan tak sama mcm P Ramlee tapi boleh buat orang keliru dan kalau disebut bunyi pun dh akan2 P. Ramlee, pelakon dan pengarah Melayu Islam yang punya nama besar dalam industri perfileman..disanjungi dan tiada ganti hingga ke hari ni.  Kata sesetengah netizen menamakan burger lembu pendek sebegitu ni akan membuatkan orang keliru..ha part ni Umi nak habaq mai..tu gunanya kita pi sekolah...kena membaca dan faham..jangan dok main redah je kedai makan tu dah tau bukan kedai orang Islam pun dan yang pasti tak de tanda HALAL awat dok gatai pi masuk walau lapaq tahap gaban sekali pun kan.  Dan dengar kata ada seorang tu pi masuk nak beli...awat dah rabun sangat ka atau buta huruf atau dah tahap kebuluq kot...oppsss maaf naaa..emo pulak sekejap.

Umi tak la tau sangat pasal restoran Ninja Joe ..udahnya Umi ni Melayu tulin idak la pulak pi makan kat kedai non Muslim hehe

“The Ramly Burger has been in Malaysia for a very long time; it’s iconic. It’s a homage to them,” Ninja Joe proprietor Kelvin Tan told Malay Mail Online when contacted today, referring to the popular burger meat company.
“That’s why we came up with the ‘P. Ramly’. It’s got nothing to do with the actor. It’s purely a coincidence. The ‘P’ is for pork ― ‘Pork Ramly’,” he added. 
Nak baca lebih lanjut klik SINI

P bermaksud Pork dan Ramly sebab jenama Ramly gah dan sebagai tanda hormat erkk...bukan ke tu dah offensive? Tapi tak per la tak payah panjang2 sebab katanya depa akan tukar semua..jd bersangka baiklah naa 
 

Kes tak lulus sijil halal Auntie's Anne ni sebab JAKIM ada standard sangat tinggi dan bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan walau JAKIM ada minta Auntie's Anne ni tukar nama Pretzel Dog tu ke nama yang lebih sesuai.  Buat orang2 kita, usah la main forward dan forward kat whatsapp pasal cerita ni..biar pihak Aunties Anne dan JAKIM yang selesaikan..kalau rasa nak pi makan pergi la..dah duit hangpa so kalau larang pun hangpa nak jugak jadi tepuk dada tanya selera..

Nak tau lebih lanjut baca la SINI



Umi ingat dulu my brother dulu buka cafe kat Aeon Setiawangsa atas nama Sugar & Spice..100% kepunyaan orang Melayu Islam pun payah nak dapat kelulusan HALAL tu..dan pulak tu proses serta procedure Jakim yang punya garis panduan yang telah ditetapkan..so untuk orang2 kat luar sana tu kalau tak tahu cerita usah la panjangkan dan sampai boleh melibatkan sentimen yang sensitif okay


Dulu pun A&W ada kes macam ni keatas Coney Dog pastu dh ditukar ke Coney Chicken...kisah lama dah so tutup bukan naa

Islam itu mudah jadi jangan la pulak kita menyusahkan..kalau kita nak menamakan makanan biarlah yang baik2 bukan letak Pretzel Dog, Ham bagai yang kita tahu memang haram.  Ada jugak kawan cakap pasai apa tak ban kuih orang Kelantan macam Kuih Taik Itik...malas nak komen la.

~ secebis luahan ~ kiki
Read More

October 25, 2016

posted 5:44 PM by with 0 comment

Panduan Waktu, Masa dilarang Bersolat

Ulama berbeza pendapat mengenai bilangan waktu dan masa yg dilarang bersolat dan jenis solat yg dilarang dikerjakan.  Kekeliruan timbul bila kita tidak mendalami permasalahan khilaf dikalangann ulama Islam.  

Imam al shafie berkata larangan bersolat sunat sepert sunat ihram, istiharah, sunat mutlak dan sunat tasbih dan bukannya solat fadhu, qada dan solat seperti solat jenazah, solat nazar, solat sunat wuduk, sujud tilawah, sujud syukur, solat gerhana dan minta hujan.

Waktu yang dilarang adalah:
  • Waktu syuruk selepas Subuh hingga terbit matahari
  • Sesudah terbit matahari hingga tinggi dari langit kira2 7 hasta pada pandangan mata
  • Waktu rembang ketika matahari membuat sudut tepat 90 darjah hingga gelincir kecuali hari Jumaat
  • Ketika ternampak warna kekuningan cahaya matahari hingga jatuh atau hilang matahari
Waktu syuruk iaitu 28 minit selepas Subuh ketika matahari baru naik ke langit. Seperti Subuh dari 5.35 pagi hingga 7.05 pagi.  7.05 pagi hingga campur 28 minit= 7.33 pagi atau dari jam 7.05 pagi hingga 7.33 ialah waktu syuruk.

Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.  Rasullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai solat org yg menyembah matahari.

Jika kita terbangun dari tidur pada jam 7 pagi dan ingin menqqadakan solat Subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu

Waktu zawal/Istiwa/remah iaitu matarahari berada pada paras tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita.  Waktu inilah api neraka sedang mengelegak dan syaitan berkeliaran.  Waktu ini panjangnya dalam 5 - 10 minit sebelum waktu Zuhur

Waktu fadilat/afdal solat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20 minit selepas waktu azan.  Pahala yang besar diberikan kepada orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali Isyak, afdalnya ialah spertiga malama sesudah azan hingga 1030 malam.

Semoga kita beroleh pahala dan menghindari dosa


 

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Waktu-waktu yang diharamkan solat
Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]
Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan

Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)

Kadar tombak adalah 4 darjah
Satu darjah bersamaan 4 minit

2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.

Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit

3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.

Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1)Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat, (waktu yang lima) terbahagi kepadadua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkanuntuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.
Hukum solat ketika khutbah jumaat
Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

 

 

Read More
posted 12:30 AM by with 0 comment

Introducing our new members

Assalammualaikum wbt..

Meet our so called new members of the house! in house member...hehe.

Ray and Oli arrived to our home when we took them both from Kedah since Eid Adha..they are so jovial..so hungry all the times and playful. 

Time to say good nite all...sleep tight everyone!

Oli

Ray

Sim
 haha..the name was given by Ayong as according to Miya..they had no name but simply give the name during the first visit to vet..he is so aggressive perhaps because he is blind yet he is relying on his smell and hearing senses..this poor cat has grown up so well..nice and soft fur
Kecik
We call her Kecik..funny rite but that is the name given by Ayong to her..she is the first cat we had but she doesnt stay in house..she is cute too
Read More

October 24, 2016

posted 11:48 PM by with 1 comment

Segmen - Bloglist November by Ainul Aqma

Assalammualaikum dan selamat malam..malam yang sejuk ngee

Moh kita jom segmen ni..cari kawan baru..untung sabut timbul..untung batu...mmg sah tenggelam kiki

http://www.ainulaqma.com/2016/10/bloglist-november-by-ainul-aqma.html


So, here the syarat²:

1. Follow blog www.ainulaqma.com

2. Buat entry bertajuk " BLOGLIST NOVEMBER BY AINUL AQMA " 

3. Copy poster cuns lagi simple buatan cik Ainul Aqma yg kat atas tu then paste dalam entri korang (better backlink ke this entry) 

4. Drop your entry link in the comment section below.  (kat entry Ainul Aqma bukan cheq nooo)


Read More
posted 10:14 PM by with 2 comments

ehh...tak sangka menang tiket penerbangan ke Korea

Assalammualaikum wbt

Dah berapa hari dah kot nak menulis...dh jadi pekasam sbb tak dipost walau ayat2 dah ditaip.. dipadam.. ditaip ▂≦ pasal event Salam Korea Dinner pada Selasa 18 haribulan hari tu..teruja masih terasa keke...tu yang buat wordless wednesday Imagine Korea

Kali ini event ni bukan table talk atau sesi buyer meet seller tapi untuk menghargai para agensi yang giat promote Korea dan semua pasal Korea la..KPop..KBeauty bagaiii.  Macam biasa sesi gini la Umi akan jumpa player2 yang hebat dan yang byk pengalaman..banyak berjalan..banyak sales! ni part yang Umi mmg respect aka sikit ada rasa envy..so untuk event ni Umi bawak cik Nur Iman jadi peneman..mana la tau kot2 boleh menang Ipad lagi..hehe.

Sesampai tu lepas buat pendaftaran, ada sesi bergambar..pastu bolehla jamah cookies dan kopi sesambil pot pet dengan kawan sepejuangan..lepas tu terus masuk ke ballroom untuk acara seterusnya..Almaklumlah bila acara rasmi macam ni kena tunggu ucapan panjang lebar dari Duta Korea ke Malaysia..Dr. Yu Hyun-seok..kemudian DG Tourism Malaysia Dato Mirza Mohammad Taiyab..President Matta Malaysia Datuk Hj Hamzah Rahmat dan paling istimewa duta KBeauty sicantik Amber Chia dan hero Malaya Shaheizy Sam yang kacak bergaya dengan baju melayu..dah mmg tema pun pakaian tradisional tapi ada jugak jemputan yg tak reti bahasa ke tak faham..guna baju korporat hisshh..

Lepas ucapan selesai, terus diumum 3 pemenang bertuah yang dapat KBeauty..huissh kalau Umi dapat mesti mulus kulit kan hehe..pastu acara makan la pulak.  Dekat pertengahan kitaorg tengah mengenjoy makanan diumum pulak 3 pemenang bertuah..kiranya meja yg Umi duduk ni bertuah la sbb 2 pemenang dari kawan semeja Umi..maka lauk course ke 2 dan waktu main course dihidang dicabut pulak utk 3 pemenang seterusnya..sebelum tu dah cakap dgn anak..kita lepas main course kita balik sebab kesian applepie kat rumah mak sesorang..tetiba Rya Yahya si emcee tu umum pemenang hadiah tiket penerbang pergi balik ke Korea dari Vietnam Airlines...sapa lagi pemenang bertuah tu...Umi la..yahooo..ya bedabedooooo..ehh betul ke ehh mimpi ke...hehe memang la Umi menang..syukur Alhamdulillah. Btw tiket untuk 2 orang okay...2 orang haha. Lupa nak ambil photo sebab gelabah tp nanti nak kena mintak kat diorg yang guna cameramen professional.. terima kasih Vietnam Airlines..

Bila dh menang tu excited bukan main lagi la kan..dah naik pentas ambil hadiah..tup tup Kak Yang pulak msg soh Sam buatkan vid utk wish dia yg akan duduki exam dan utk Kak cik yg akan duduki SPM..gelabah punya kes jd lupa nak bagi Sam guna cik Oppo ni...mana taknya...jantung dok duk dak duk dak lagi...

bergambar dgn best buddy Lewis..dia tu ambil feel la tuu ---\\(˙<>˙)/---


Sebetulnya memang Korea event ni memang my lucky pot la kiranya dgn Umi sebab hari tu bawak Kak Yang ke event Korea tu dia menang Ipad mini baca SINI



door gift waktu pendaftaran

door gift dari secretariat
 
Menu course by course..
skodeng kat meja sebelah..wahhh hero Polis Evo tuu

cer tengok tinggi tumit kastu Amber tuu..

Duta Korea tengah bagi ucapan panjang lebar tp dalam bahasa Korea..hebat kan depa ni tak risau pulak tu sbb tak boleh berbahasa Inggeris...

sesi bertukar cenderamata ler
  
dengan Farah ')
 
sos dia tak sedap..huhu
   
sorry ek...not my taste ler..ke sbb dh kenyang kan..^__^

segak kan Sam dengan baju melayu..
 
fashion show busana dari Korea..mmg cantik tp kalau la Umi pakai mmg sah tenggelam..haha
Read More