October 30, 2016

Late Post ~ drama airmata Patahnya Sebelah Sayap

Assalammualaikum wbt

Hari ni baru sempat nak posting ˇ︿ˇ cerita drama airmata (﹏╥Patahnya Sebelah Sayap yang memang terbaik lakonan Ummi Nazeera sebagai Alisha, Aeril Zafrel (Kuzairi), Izzue Islam (Amzar), Wawa Zainal walau sekejap terubat rindu peminat2nya tapi Umi tak sempat nonton masa Wawa ada..mana taknya sibuk dengan lain pastu dok layan Astro Ria tapi lepas tertengok cerita PSS ni mmg dok asyik tunggu hehe.  Memang ler Umi peminat Aeril Zafril, Izzue dan juga Ummi Nazeera so tu yang buat komitmen untuk menonton slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Rabu dari jam 10 - 11 malam walau ada jugak terlepas dan terlewat.

2 hari lepas Umi baca Harian Metro yang drama PSS ni mendapat rating lebih 4.5juta penonton di episod akhir pada 24 October lalu..mmg terbaik episod akhir ni dan happy ending tapi part Izzue Islam berlakon jadi jahat ni mmg terbaik selain Aeril Zafril mmg pelakon yang hebat dan watak bos yang suka mengena pekerja serta Ummi Nazeera berlakon jadi seorang yg penyabar dan a good comeback setelah sekian lama menghilang

Image result for patah sebelah sayap
Drama Patahnya Sebelah Sayap


Hancur Aku Ost Patahnya Sebelah Sayap nyanyian Estranged feat Fazura

Lirik lagu Hancur Aku
Apa khabar teman ?
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya ?
Ke semua ini
Ku merindukan kehadiranmu
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Apa khabar teman ?
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari diri aku
Apakah ertinya ?
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Bila engkau tiada (bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku
Bila teringatkanmu (ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku (hancur aku)

Image result for patah sebelah sayap

Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap Di TV3
Drama Patahnya Sebelah Sayap adalah tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar.
Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang penguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan.
Kerana komited dan fokus bila menjalankan kerja, Amzar berjaya memenangi kes pertama yang dibicarakan. Amzar meraikan kejayaannya itu bersama Alisha di sebuah kedai makan. Amzar juga tidak melepaskan peluang untuk melamar Alisha. Alisha yang masih teruja dengan kejayaan yang baru dikecapi Amzar terus menerima lamaran itu.
Dalam perjalanan pulang selepas meraikan kejayaan Amzar, mereka berdua bergurau senda dalam kereta Alisha yang kebetulan waktu itu dipandu oleh Amzar. Tiba-tiba ada sebuah kereta hampir melanggar mereka dari arah bertentangan. Amzar cuba mengelak tetapi dia pula yang terlanggar sesuatu. Kerana hujan yang sangat lebat ketika itu, Amzar dan Alisha tidak nampak apa yang dilanggar. Amzar akhirnya turun dari kereta untuk melihat apa yang telah dilanggarnya. Bila dia kembali semula ke dalam kereta, Amzar berdalih mengatakan dia terlanggar sebuah tong besar.
Satu hari ketika Alisha sedang membelek surat khabar, dia terbaca sebuah artikel tentang satu kes langgar lari. Kejadian itu berlaku pada waktu yang hampir sama ketika dia dan Amzar terlanggar sesuatu. Hati Alisha mula tidak sedap, dia yakin insiden itu ada kaitan dengan mereka.
Belum sempat dia berbuat apa-apa, datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah Alisha dan menahannya. Alisha dituduh sebagai suspek utama kes langgar lari tersebut. Mula-mula Amzar berjanji untuk membela Alisha tetapi bila kes mula dibicarakan di mahkamah Amzar tidak bersuara dan membiarkan Alisha bersendirian menjalani tempoh hukuman dua tahun yang dikenakan ke atasnya.
Selepas Alisha dibebaskan, dia bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi lakonan Aeril Zafrel. Sebenarnya Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari insiden dua tahun lepas. Namun hal itu langsung tidak diketahui Alisha.
Dan bermula2 pelbagai kisah suka dan duka buat Alisha...
Buat sesiapa yang tak pernah tonton drama ni...Umi syorkan dan bagi 5* untuk drama airmata ni.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!