October 3, 2016

Sotong Cili Kering Masam Manis

Hari ni SSL nak share resepi sotong yang dimasak hari Sabtu tu..memang terangkat rasanya..ehh siapa nak puji masakan kita kan kalau bukan diri sendiri..memasak ni kalau dengan penuh kasih sayang memang la sedap dan lazat...(mode makan sambil jilat jari kiki)


(◕‿◕✿)

(◕‿◕✿)

Bahan-bahan:-
300 gm sotong - dicuci - dibasuh dan dipotong ikut kesukaan
3 sudu sos tiram
2 sudu sos nampla (sos ikan)
2 sudu sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan untuk ditumbuk:-
5 batang cili kering
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan;-
1 labu bawang kuning dipotong baji

Cara membuatnya:-
  • Tumbuk bawang kecil dan bawang putih hingga lumat dan tumbuk cili kering, jangan sampai hancur
  • Panaskan kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi, biar nampak agak garing cili kering 
  • Masukkan sotong dan dikacau supaya kelihatan masak dan bawang kuning
  • Masukkan sos cili, sos tiram, sos nampla, sedikit gula dan garam, dikacau hingga sebati dengan sotong dalam kira-kira 5 minit dan tutup api.
Sedia untuk dihidang!

dalam proses penumisan gituuu

letak bawang kuning...

letak sos tiram dan sos nampla
Jangan malu..jangan segan..cuba la buat ^-^

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!