November 30, 2016

posted 3:42 PM by with 0 comment

Thought of the day...

Just sharing some thoughts for everyone to consider and for make ownself/ourself better each day as the humble servant


When you are Alone, Mind you Thoughts

When you are with Friends, Mind your Tongue

When you are Angry, Mind your Temper

When you are with a Group, Mind your Behaviour

When you are in Trouble, Mind your Emotions

When God starts blessing you, Mind your Ego


Read More
posted 2:25 PM by with 0 comment

Doa permudahkan urusan


Image result for mohon ketenangan hati
Read More

November 28, 2016

posted 9:20 PM by with 0 comment

3 Days Giveaway ( Part 1 ) by Hanis Masturina

Assalammualaikum...

Jom kita meriahkan GA Hanis Masturina ni...beruntung sesiapa yang dapat GA especially AJ Hair Care set tu...cer tengok testimoni dia...

Nak tau lebih lanjut klik kat banner atau usha blog Hanis Masturina ni..owhh by the way GA ni berlangsung cuma 3 hari jer ok...so cepat la
https://hanismasturina.blogspot.my/2016/11/3-days-giveaway-part-1.html



 


Hasil carian imej untuk novel kenapa aku


TOP REFERRAL (1) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 NOVEL

TOP REFERRAL (2)1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 PERFUME PEN

RANDOM 3 PESERTA : 1 PERFUME PEN + 2 Trial AJ HAIR SHAMPOO

Testimoni AJ HAIR CARE

 

Read More
posted 8:47 PM by with 0 comment

Selamat bersara..my dearie sister Kak Jang


Alhamdulillah...pada 23 November yang lepas, kekanda Umi telah bersara selepas 35 tahun berkhidmat dan menabur bakti sebagai pendidik dan tugas berakhir sebagai guru HEP di SJKS2. Kak Jang panggilan kami pada kekanda ke 3 ni mmg seorang yang penyabar dan lemah lembut yg mmg opposite side of Umi la hehe.  Yang seronoknya suami dia pun akhir tahun lepas pun dah bersara sebagai guru jugak...jadi sama2 boleh enjoy la the years dan dengan anak2 dan cucu2 kot..didoakan Kak Jang sentiasa sihat dan diberkatiNya selalu. Harap2 Umi pun sihat la bila dhubby pencen nanti dan boleh la sama2 enjoy the days in leisure..Aamiin


macam pengantin pun ada tuuu...uhh specialnyer


bersama pari2 ehh


Kak Jang dengan suami serta anak2..tak cukup korum ni

perghhh..chauffeur driven balik rumah tu guna Alphard..perghhh


Read More

November 27, 2016

posted 5:03 PM by with 0 comment

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Assalammualaikum wbt..selamat berhujung minggu

Jom kita join segmen pertama dari Shuhaida Kabdy dan dapat jugak tambah follower yang kemudian akan menjadi kawan alam maya dan mungkin real friend kat luar kan..

Klik banner untuk lebih lanjut tau..



All the best pada semua yang join ok.. ;)

Read More

November 26, 2016

posted 5:53 PM by with 0 comment

Memoirs..having a workholic boss

This special segment is where I will write up all my experience bits and pieces working in small and big corporate office.

Among my experience working in Exprotech Ltd as a secretary to a Scottish boss, Sandy Richardson or his full name Alexander Richardson, very tall and thin too.  Very thick in his Scottish accent and whenever he comes to my desk, I would ask him to sit haha otherwise I will be looking up to him..

Being Englishman he is so fuzzy and stingy bit too but the most thing bout his is..he is super workholic!

Sandy would arrive arrive to the office as early as 0630 everyday! And me arrive between 0730 to 0745 daily too even our workhours start at 0900 from Monday to Friday and half day on Saturday fuhhh. Those were the days where we need to work on Saturday coz we the company that we work with registered under the roof of a Malaysian company.  I worked there from August 1991 till  March1993 and the most crazy task I had to do was I have to stay the whole night completing Oil & Gas tender where typing, adding, printing, copying, binding and submit the tender the next morning before 1000 haha..Those days the internet was not as now...we have to wait for telex..we have to communicate via long distance telephone call to UK for this and that.

Its kindda scary too but I managed to sleep few hours erkk cant remember how long but ofcourse I sleep at my workdesk and damn lucky coz I dont get any interruption nor disturbance from anything.
We both went to Petronas office and submit the tender..back to office then I went home for good rest.


Some of my duties that seems like easy but not as I have to deal with government for work permit, car issues etc etc..handsfull actually
* Reporting to the Regional Marketing Manager. Liaise with the Immigration Department for Works Permit, Visa and other government bodies.
· Liaise with Petronas for engaging Foreign Engineers for Offshore work once contracts awarded.
· Tracking of personnel movements appointed for work on offshore/onshore assignment.
* Responsible for the day to day office administration, from typing to submission of tender to oil companies.

Sandy and his 2 kids came to my wedding and those years everyone is so proud to have matsaleh attending the wedding especially matsaleh boss haha. 

There was 1 Malaysian engineer who then was sent to UK for training and a handsome English engineer who converted to Islam and married to Indonesian lady..too bad I forgot both his name his wife..they are very nice and sweet couple.  Btw Sandy married to Malaysian Malay too but no comment on his status..hehe

I then left the job for better pay ofcourse!
and preggy mommy cant work super extra hours lol (¯¯) 

Read More

November 25, 2016

posted 1:01 PM by with 0 comment

Alahai apa la nasib bila kucing suka kat ofis kita ni

Assalammualaikum wbt..

Aduhaiii apa la nasib..sekali lagi kena cuci tangga ofis nih...atas sebab yang sama lagi...kuching! eh kucing ler...kat ofis ni dah jadi port bersalin pulak si meow ni..kalau bersalin jer tak per la jugak ni siap buat jadi tandas awam pulak bersama 3 anak2 dia yang not bad la comel tu..si putih, si oren dan si hitam..punya la bau pahit dan sesak nafas dengan bauan depa nii..

So semalam dah nekad nak cuci tangga macam 2 tahun lepas bila kucing yang sama datang dan beranak..yang geram tu dia boleh pulak balas dendam..berak dan kencing kat tangga...waaaaa kena la basuh lagi..kalau tak silap ada 3 kali kot...

Dua hari lepas budak toner datang antar toner...kesian ah chai tu...siap cakap mau turun kena tarik nafas dulu..hahaha..mmg lawak la si ah chai yang sedia lawak tu

Kes kedua pulak budak courier datang antar document siap tarik baju tutup hidung..nasib baik la dah kenal depa ni tapi malu tu tetap la rasa malu

Kes ketiga budak courier yang lain pulak tu tak nak naik sampai atas sebab tak tahan bau..rasa senak perut ketawa sama2 dgn budak2 ofis..alahaiii

Tu belum lagi kami2 yang turun naik ofis dekat seminggu tahan bauan ni...(T T)

Bila tadi buat kesekian kalinya cuci tangga terasa macam bibik la pulak turun naik 35 anak tangga! bukan sekali bukan dua kali tau...apa pun mesti lemak pun cair sikit..haha

Memang kesian kat depa 4 beranak..terdengar maknya sibuk meow..meowww..meoww cari anak2 yang lari sebab takut kena air..tapi ni kan ofis perlu persekitaran bersih barulah semangat untuk bekerja kan..

Image result for sob sob


Read More

November 24, 2016

posted 1:00 PM by with 0 comment

Mini Giveaway By Penselduabee

Assalammualaikum wbt...

Jom kita meramaikan GA Penselduabee ni...klik banner untuk keterangan lanjut ok..



Giveaway ni berlangsung dari 24 November hingga 25 Disember 2016..masih hot from oven taw

Senarai hadiah

Top referal - 1 x RM10
3 pemenang - 1 x 2017 diary; 1 x clutch bag & pen; 1 x keychain & fridge magnet from Cameron Highlands

5 pemenang - bloglist
Read More

November 23, 2016

posted 1:29 PM by with 0 comment

Baru! Paparan blogspot terkini




Read More
posted 12:59 PM by with 0 comment

Hobi baru! tanaman herba





Read More

November 21, 2016

posted 1:01 AM by with 0 comment

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

Alamak sy kena tagged Nisa pulak dahh..cehhh bunyi propa sungguh aihh.  Tadi ni dah nak ambik position sambil tepuk2 bantal sesambil blogwalking tetiba perasan kena tagged..so sebelum misi merehatkan diri tu post ler perihal GA usahasama Jari Manis & Scdha Sein Travel.  GA ni dah on air sejak 07 November dan akan berakhir pada 07 Disember 2016.

Jom ramai2 kita join kot2 menjadi antara 10 pemenang bertuah fridge magnet Shanghai ni yang sangat cantik, berkualiti, berkilat ni dan kalau lekat kat frigde memancar2 tau..^__^

Sila klik banner untuk keterangan lebih lanjut okayyy

Sooo..now saya tag +Fey Liez
 
http://jarimanistravel.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
Read More
posted 12:12 AM by with 0 comment

Resepi Kuih Lepat Liat

Asslammualaikum..

Dua hari tak berposting apa2...geram dan marah pun ada tgk TM ni..kerap betul bagi masalah kat Unifi ni..nasib jer diaorg ni tak dak competitor..kalau tak dah memang tukar dah.  Cuma dapat jengah guna hp jer..sadis sungguh kan




Haa..siapa orang Utaqa mesti tau kuih lepat liat ni. Kuih ni mmg favorite dhubby dan mak sy pun mmg selalu buat waktu dia sihatKuih lepat liat ni kuih tradisional orang Utara dan dhubby kalau dapat kuih ni mmg akan makan untuk sarapan, minum petang dan malam selagi tak habis la. Memang special kuih ni dan so far mmg tak de orang jual kuih ni kat KL! kalau arwah MIL dia akan guna beras pulut hitam pastu hantar ke kedai untuk dikisar pastu baru dia buat..jadi nampak cantik la.

Teringat masa mula nak buat kuih ni..sorok2 dr dhubby sebab dia tau wife dia ni bukan pandai bab memasak apalagi kuih legend org Utaqa ni..tapi sejak anak2 dah besar tu terasa nak makan so buat la...Alhamdulillah menjadi dan sekarang kalau dhubby terasa nak makan dia mintak jer sebab tepung beras mmg stok yg mesti ada!

Orang Kedah yang ada kat KL ni kalau dapat kuih ni mmg tak pandang kuih lain dah tau..adik beradik kaum kerabat dhubby la camtu keke

Bahan-bahan:-

  • 800gm tepung pulut. Kalau campur dengan tepung pulut hitam pun cantik jd warna tu jadi sedikit gelap.
  • gula kabung/gerek/merah (sy guna gula gerek 3 keping) yang dimasak
  • Minyak sedikit untuk disapu atas daun pisang
  • garam 
  • daun pisang sebagai pembungkus
  • 1/2 biji kelapa parut yg putih digaul dengan sedikit garam
Cara-caranya:

1. Gula gerek/kabung/merah tu dicampur dengan air dengan 2 cawan air dan letak atas api utk dicairkan. Letakkan daun pandan untuk jadikan air gula tu wangi.  Bila gula dah cair, tutup api dan biarkan ia sejuk

2.  Daun pisang dilayur atas api kemudian dipotong dalam size 4 inci, dipotong bahagian atas dan bawah dan jadikan saiz 10inci.

3.  Kelapa parut digaul dengan garam sedikit

3.  Tepung diayak dan dimasukkan kedalam bekas kemudian letakkan sedikit garam, masukkan air gula merah yg ditapis tu dan gaul tepung hingga sebati dan macam kita buat lepat pisang. Gaul hingga sebati.

4.  Permukaan daun pisang tu dioles dengan minyak dengan rata dan kemudian ambil adunan tepung (dalam 1 sudu) diletak atas daun pisang dan ditekan nipis2 macam lempeng, letakkan 2 sudu kelapa parut kat bahagian tengah dan bungkus tepung tu macam buat tepung bungkus atau macam lepat pisang.

5. Masukkan lepat yang dah siap dibungkus tu kat dalam pengukus dan kukus selama 45 minit.

Kalau dah sejuk, apa lagi hidang la buat minum petang.

Selamat mencuba dan menjamu selera




pembantu khas tgk dalam proses membalut lepat liat
dhubby nak bawak gi ofis

Read More

November 17, 2016

posted 9:35 PM by with 0 comment

Segmen Jom Exchange Follower Twitter dan Instagram

Assalammualaikum semua..

Jom kita serta segment Cik manis Mai dan tambah follower kat Twitter & Instagram..kalau ada la ya kalau tak de apa kata b..uat keke.  Umi mmg dah lama ada Twitter sbb suka tweet kalau tak puas hati apa2 sbb Twitter ni tak glamer...xde siapa pun tau kan..hehe termembebel pulak dahh...


Sila klik kat banner untuk keterangan lebih lanjut

http://missobsesi.blogspot.my/2016/11/segmen-jom-exchange-follower-twitter.html


Eh bukan boleh tambah follower jer tau..ada jugak hadiah untuk yang bertuah...ni buat teruja ni..keke

Jangan lupa join sama okayyy
Read More
posted 12:13 PM by with 0 comment

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

Asslammualaikum wbt..

Jom kita ramai2 join GA yang sangat menarik sekali...kalau nak tau lebih lanjut klik kat banner tu ok

Apa yang menarik dengan GA ni? Korang tahu tak pasal produk Shaklee? Produk2 Shaklee ni yang memasarkan supplement Shaklee yang diperbuat dari bahan2 asli aka natural dan sememangnya dipercayai dan sudah lama ada dipasaran dalam Malaysia. Blog Mashitah Mamat ni pun banyak informasi tentang kesihatan diri dengan cara yang lebih selamat almaklumlah kan banyak betul penyakit sekejap jer boleh hinggap dan lama pulak untuk baik..tu pun kalau baik.  Jadi sebaiknya mencegah lebih baik dari mengubati  (prevention is better than cure) 0≦

Nak tahu lebih lanjut perihal produk Shaklee ni..moh terjah blog Cik Mashitah ni kat SINI

Yang seronoknya ada 5 hadiah untuk 5 pemenang bertuah! So apa lagi..usah tunggu..usah tangguh2..jom cepat2 kita join manalah tau kot2 boleh menang kan..bak kata pepatah untung sabut timbul untung batu tenggelam (¯`·¸•´¯)
 


Hadiah-hadiahnya adalah...jengggg






Tarikh tutup GA ni 15 December 2016 tapi jangan la last minute baru nak join..hilang kemeriahan tu nanti..
Read More
posted 12:49 AM by with 0 comment

Bila elektrik tak de...Air pun terbabit sama...

Siang tadi tengah sibuk layan dan edit progam utk client tetiba blackout..adoiii HQ tak bayar bil ni! Tu la ayat pertama keluar haha sadis sungguh sangkaan tu kan.  Mana taknya habis program pelancongan yang tengah dikemaskini bagi touch up tu...warghhh sedih tau.  Jenuh berkipas tangan gak la. Kalau dulu blackout jer mmg suka sokmo...boleh lepak2 dgn officemate tak pun turun ke Suria KLCC jalan2 pastu boleh balik rumah tapi sejak dalam industri pelancongan ni bila blackout mmg stress...kalau member ofis yang dealing dengan pelanggan korporat tu lagi la dia stress tahap dewata dah...mujur blackout pun lebih kurang 2 jam jer pastu hari hujan jadi tak ler panas nauu..Elektrik dah ada tp internet pulak down sampai reset berkali dan esok jer la tunggu technician TM tu datang ...so serupa mcm blackout ler kan.  Mood pun kelaut sudahnyaa

Kejadian ke 2 pulak kat rumah..balik rumah jer Cik Myea cakap air tak de...hurmm korang rase? Memang sah la esok Cik Myea dgn Applepie cuti peristiwa lagi.  Jam 0916 dpt msg dr Syabas yang kerja2 baikpulih sedang dijalankan dan dijangka siap jam 0300 pagi nanti. Ok la tu janji sebelum Subuh dah ada air kan. Jam 2235 dapat mesej lagi..dijangka siap jam 1000 pagi esok..WHAT...oh WHAT?? Memang rasa nak marah kan.  Kus semangat...nasib baik la Umi ni penyabar orangnya...㋡

Tapi selalunya air akan ada balik subuh nanti tapi ni sebab paip pecah...so redha jer la kan..

P3MNz-A9JBBPpa4C-BLiUY4a45AaYh9dkbHraiiN


2o_sFttywwUXalEo7h1AqPkjAiPR5EsuVxTC30e8

Read More

November 16, 2016

posted 12:30 PM by with 0 comment

Rindu?..memang rindu lah sebab kena kerja extra :D









Read More

November 15, 2016

posted 8:30 PM by with 0 comment

Gulai Lemak Pucuk Bebuas Tulang Ikan Masin

Assalammualaikum,

Hari tu tengok Warisan Petani post pasal daun bebuas tu teringin pulak nak makan yela dah lama kot tak makan daun herba yang rare ni..so 2 minggu sudah dah pesan pada penjual sayuran kampung jadi hari Sabtu lepas masa sampai ke Pasar Keramat terus tuju ke kedai tu la takut nanti tak de pulak atau kot nanti ada orang lain pulak dapat hehe tapi masakan regular customer makcik tu nak lupa kan..tapi kan dah tak berapa pucuk sangat la daun bebuas ni.  Teringat dulu kalau balik kg dhubby mesti stop kat tepi sawah kutip pucuk2 daun dan masak..sedappp baq hang! keke


daun herba..pucuk bebuas

Daun bebuas ni kebanyakan orang buat ulam jer, direbus dan dicicah dengan sambal belacan.

2. Daun bebuas yang tua direbus dan dibuat mandian orang dalam pantang.  Bau dia mmg Umi suka sangat even masa masak pun terkenang waktu dalam pantang dulu keke

Ok..Umi nak share resepi gulai lemak pucuk bebuas ni.


Pucuk bebuas - ambil yang muda
3 camca rempah ikan Cik Siti - kalau jenama lain pun ok
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 keping asam keping
1 cawan santan kelapa cair
1/2 cawan santan pekat
Tulang ikan masin/Isi ikan kurau atau talang masin
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Rempah, bawang merah, bawang putih dan asam keping dimasukkan kedalam periuk bersama 1 cawan air, direbus dengan api perlahan. Kacau rempah sampai mendidih dan betul-betul masak. (tengok gambar kat bawah tu)  Kemudian masukkan daun bebuas, dibalik-balikkan, dikacau hingga bersalut rempah dan pastikan daun bebuas betul-betul layu. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih, masukkan ikan masin dan dikacau.  Pastikan api sederhana. Bila kuah dah mendidih, masukkan santan pekat dan kacau lagi.  Biarkan mendidih dan tutup api.  Masukkan garam sesedap rasa.

tips: tak perlu banyak garam sebab ikan masin tu dah masin kan tapi terpulang pada selera masing2.

Selamat mencuba!

dah siap untuk dimakan

rempah dicampur bawang dan direbus

rempah sudah mendidih

dah siap!



Read More
posted 5:47 PM by with 0 comment

Kenaikan caj Hospital Kerajaan bukan untuk kelas 3 tau


Orang ramai dok risau bila diumumkan yang caj rawatan di hospital kerajaan akan naik mulai Disember 2016 ni semalam.

Jangan risau naaa sebab caj yang dinaikkan hanya pada kelas pertama dan kedua jer dengan kenaikan 50%.  Kenaikan itu tidak melibatkan jenis rawatan pada wad kelas ketiga yang majoriti 90 peratus digunakan oleh rakyat Malaysia. Katanya kerajaan meningkatkan caj rawatan adalah untuk mengurangkan subsidi caj rawatan di Hospital Kerajaan keatas Wad Kelas Pertama dan Wad kelas kedua kerana majoriti pengguna Kelas Pertama dan Kelas Kedua adalah terdiri dalam golongan yang berkemampuan. Manakala golongan berpendapatan rendah masih boleh menikmati caj rawatan wad kelas ketiga tanpa sebarang kenaikan.







Notakaki: Nasib baik la dhubby kerja gomen pastu pulak Umi sekarang dah bersara dari bersalin ni..cukuplah 6 orang kiddos yang dah membesar..time untuk Umi enjoy! :D
Read More

November 14, 2016

posted 11:15 PM by with 0 comment

Dah jangka..memang tak de nasib la

Hujan ohh hujan...mmg dah jangka tak dapat tengok Supermoon...nak kena tunggu 18 tahun lagi la nampak gayanyaa...kalau panjang umur 18 tahun nanti Umi nak pi panjat Bukit Langat ke atau Menara KL jer la kot...

Semangat berkobar2 lepas iftar tadi...bila keluar rumah terasa hujan...dah tahu tak de harapan..


disney sad crying pixar inside out


disney sad crying pixar sadness

Nota kaki: sesaje je letak gif ni bagai..Umi tak la mengidam bagai nak tengok Supermoon..hehe
Read More
posted 12:30 PM by with 0 comment

Apa tu Supermoon?..


Assalammualaikum wbt

Makin ramai bercakap..bercerita kat laman sosial perihal Supermoon ni yang dijangka tiba lagi hari ini 14 November dan kali ni lebih besar dari yang dilihat pada 26 Januari 1948! Patut la Umi tak kesah dulu kan sebab belum lahir lagi hehee.  Sebelum ni, fenomena ni pernah berlaku pada 6 Mei, 23 Jun, 10 ogos dan 28 September tapi biasa-biasa jer sebab tak super gitu.  

Fenomena ni akan mula kelihatan pada pukul 7.24 malam dan akan berada dalam fasa penuh pada pukul 9.54 malam.

Jom kita ramai2 saksikan kebesaran Illahi ini..mungkin hanya kali ini kesempatan kita kalau tak kena tunggu 18 tahun lagi..sempat kah..erkkk

Sebenarnya nak tengok Supermoon waktu malam hari kalau rumah kat bandar Kuala Lumpur ni cuma boleh dengar, boleh tengok kat tv atau kalau nasib baik tengok kat luar rumah tapi feel tu tak de sebab lampu2 jalan, lampu2 bangunan pun dah terang sakan tak macam duduk kat kampung...boleh tengok bintang dan kalau fenomena Supermoon pasti lebih seronok tak perlu guna binocular bagai kann.



Supermoon berlaku apabila kedudukan Bulan berada paling hampir dengan Bumi membuatkan Bulan kelihatan berkali geada lebih besar dari kebiasaanya dan lebih cerah

✔Supermoon 2016 kali ini dikatakan adalah yang terbesar dan paling dekat dalam sejarah..

✔Fenomena Supermoon dijangka akan berlaku lagi..18 tahun akan datang 


👥 Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin ini iaitu esok.👥

🌍Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata, fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.🌍

🌕 "Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa 🌕.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 ㏘ dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 ㏘

"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon. -Bernama



Teringat pulak cerita Love, supermoon lakonan Farid Kamil dan Nadiya Nissa..^^

Image result for supermoon farid kamil
Read More

November 12, 2016

posted 1:12 AM by with 0 comment

GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS

Ok..malam ni kita join GA dak Sa-viors ni...11 peserta bertuah akan dapat hadiah yg awesome tuu...



Syarat-syarat dak Sa-viors ni

1. Follow blog http://realsviors.blogspot.my
2. Buat entry pasal GA ni
3. Letak gambar atas tu
4. Backlink ke entri dak Sa-viors tu
5. Sertakan  maklumat macam kat bawah ni
    Nama blog : sweetsourleyra.blogspot.com
    Email : leyra6994@gmai.com

Senarai Hadiah
1 x baju HARDROCK CAFE JAKARTA + buku fixi AJAIB
1 x Baju PERLIS SINGA UTARA + Novel JASAD
3x cursor NAMA SENDIRI @ Cursor DEADPOOL
2x Header NAMA SENDIRI
2x Koleksi SHORT STORIES by SVIORS
2x Topup RM5


Read More

November 10, 2016

posted 10:19 PM by with 0 comment

November Bloglist Segment by Fatina

Had really peeped and scrutinize hehe into Fatin Madzfr blog a while ago..nice..attractive and clean..I love clean blog..easy to read and seems approachable and the blog rrangement is great and headache free!

Back to the segment for November bloglist! 15 lucky blogs will be featured on her blog  from 16 November till 15 December 2016...wow that is 1 month okay

So I am tagging Liez and  Athirah to take part and be lucky perhaps! hehee


http://fatinamdzfr.blogspot.my/2016/11/november-bloglist-segment-by-fatina.html


Well..the rules are simple for all participate to join in okay..
  1. Must follow her  blog. *Compulsory*
  2. Tag 2 person to join this segment and do notify, once, you've tag them.
  3. Copy and paste banner above and make a title 'November Bloglist by Fatina*
  4. Share your thought about my blog. *You can write it in a simple way*
  5. When you have done, please leave your comment down below with the links of the post.
Quote " Yay! That's all the rules of this segment, it will takes place for 12 days - starting from 2 November until 14 November 2016. I will choose using random name picker and I'll announce the winner list on 15 November 2016. Come and join this segment! :)
Looking forward for your participation!"Unquote

Come on gurls and guyss..let flock to join the fun and be the lucky ones!

Guten nacht alles!
Read More
posted 9:07 PM by with 0 comment

Udah kenapa la tak tersedar walhal nak berpuasa tu...

Semalam dah berkobar-kobar nak sambung puasa..tetiba terlanjur (ishhh ayat xrated pulak dah..harap tak de yg tersinggung..^_^ terlajak bangunnya..bukan sebab penangan drama Umairah tak jugak sebab main game Pets..dh lama tak tengok pets sekelian haha tapi tu la lena diulit mimpi..haha mimpi la sangatkan..so tak ler jadi puasanyerrr.  Jenuh jugak fikir kenapa la tak tersedar sampai la ni..haha

Tapi yang pasti..nasib baik tak lupa keluarkan apa yang patut untuk dimasak pagi tadi kalau tak haishh tak berasap la dapur..bila tak berasap maknanya tak de lauk untuk makan tengahhari buat si applepie dan pumpkinpie yg cuti peristiwa sokmo ...ayat manis untuk ponteng Smile.


so hari ni Umi nak letak resepi...tak de istimewa mana pun tapi di antara hasrat aktif blogging ni untuk kongsi resepi untuk anak²..cucu² dan kot² la ada yang berminat (‵^′).  Umi bukan la pandai memasak tapi tetiba suka nak memasak sejak anak² dah semakin membesar ni..tu yang punca Umi pun semakin membesar jugak (◕‿◕)


Masak Lemak Putih Sayur Turi aka Geti ni sejenis sayuran tradisional, mudah tumbuh dan dikatakan boleh menghilangkan kegatalan hidung, akarnya pula direbus untuk mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.  Nak tahu lebih lanjut klik SINI. Kalau dah buat masak lemak kenalah buat sambal belacan yang sememangnya regu masak lemak putih

Pucuk turi atau ada yang panggil geti ni
Bahan-bahan:-
1 biji ubi keledek merah atau putih kalau dh tak yang merah tu
1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih - diketuk
1 ikat pucuk turi, ambil yang muda, digulung (sila rendam dalam air garam untuk pastikan ulat tak melekat ya)
1 batang cili kering, dikerat sepanjang 1 inci
2 biji cili api, dikerat dua (utk rasa pedas² sikit)


Cara-caranya:
Ubi keledek tu dibuang kulit dan dipotong kiub, direbus didalam periuk berisi air..lebih kurang sama aras dengan keledek.  Bila dah nampak hampir lembut, masukkan bawang merah yang dihiris, bawang putih dan cili kering serta ikan bilis (Umi tak letak ikan bilis), kacau sekejap dan kemudian masukkan daun pucuk turi. (Jangan lupa buang air garam yang buat rendaman pucuk turi tu). Bila daun tu dah nampak layu, masukkan santan cair dan dikacau sampai kuih mendidih sikit, pecahkan sebiji telur, kacau lagi dan akhir sekali masukkan santan pekat, kacau dan biar dalam 2-3 minit dan tutup api.  Kemudian baru Umi letak garam secukup rasa.

Mudah kan ( ̄︶ ̄)

Menu kedua pulak...sambal tulis telur yang kalau makan dengan nasi panas pun dah cukup bagi Umi tapi en dhubby pulak kalau tak de kuah boleh tercekik katanya haha..
sambal tumis telur

Read More