November 6, 2016

Kak Cik Iman calon SPM 2016..semoga berjaya!

Assalammualaikum wbt

Selamat Menduduki SPM diucapkan kepada anak² kita yang akan berjuang mulai esok 7.11.2016.
"Ya Allah,mudahkan urusan anak² kami pd esok hari dan hari² seterusnya sehingga selesai peperiksaan. Kurniakan mereka kesihatan baik yg berterusan, selamatkan perjalanan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi dari halangan dan rintangan.
Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yg mereka lupa dan bantu mereka utk menjawab soalan dgn tepat dan betul.
Ya Allah..tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan mu semata2. terimalah doa kami dan anak² kami...aamiin,aamiin,aamiin ya rabbal 'alaamiin

Anak Umi yg ke 4 Kak Cik Iman adalah antara calon SPM 2016 dan Umi nak share some tips yang Umi dapat dari Kak Yang yang dapat tips untuk dikongsi dengan anak² adik beradik dan saudara mara serta kawan² semoga dipermudahkan dan beroleh kejayaan dengan pertolongan dariNya tapi tak semestinya doa saja tanpa usaha..bila kita mengingatiNya dan Dia tak pernah lupa kita!


Good luck Kak Cik Iman,,Umi will always pray for the best for you!

Source asal : tak pasti
Tips ni just simple things yang kita boleh buat sebenarnya. Selalunya orang selalu bagi tips belajar, camne nak study, jangan tidur lewat and so on. So now I'm gonna give you tips waktu dalam exam hall dah.

Ni ada la sikit tips dapat Daripada akak usrah dulu, and I think berkesan insyaAllah kalau kita dah usaha sungguh sungguh

Sebelum start paper, lepas pengawas peperiksaan kata kamu boleh start jawab, jangan terus bukak kertas soalan and terus jawab, kamu buat ni dulu :
  • Baca surah Al Qalam ayat 1-2, niat dalam hati mintak pada Allah supaya permudahkan kamu menulis jawapan dan dijauhkan daripada menjawab benda yang salah ....
  • Lepas baca ayat tu, awak tiupkan dekat alat alat tulis kamu yang ada atas meja termasuklah kalkulator kamu ..
  • At the end of the paper, sementara tunggu pengawas kutip kertas awak, baca ayat 1-4 surah Ar Rahman
  • Lepas baca ayat tu, niat kan sekali dalam hati, berdoa mintak pada Allah supaya pemeriksa yang akan marking paper kita tu lapang dada, dipermudahkan urusan supaya tenang dan terbuka hati untuk bagi kita markah yang terbaik ..
  • Then, dah baca 4 ayat and doa tadi, tiupkan dekat kertas jawapan awak tu and bagi dekat pengawas

That's it ..
Itu je yang kamu kena buat and tak susah pun kan? ..

Ayat ayat tadi tu kamu hafal je, senang sangat nak ingat aihhh, pendek je pun bukan suruh baca satu surah terus ..

Jangan risau, dah usaha, yakin pada diri sendiri. InsyaAllah kejayaan milik awak. Aamiin ....

jangan lupa sebelum pergi sekolah tu, salam tangan ibu dan ayah. renung muka mereka sekejap, bila dah sampai sekolah dah melangkah masuk pagar sekolah baca bismillah dan niat dlm hati aku nak berjaya. bila dah habis jawab exam, jangan sesekali bincang ke,tanya kat kawan ke apa hanya tawakal je ok

Lastly, best of luck for all of you guys yang nak exam ...

Saya doakan kamu semua agar dapat kejayaan yang terbaik di dunia mahupun di akhirat, insyaAllah ..

Share pada kawan kawan kamu yang lain supaya dapat ilmu ni, insyaAllah tak rugi. Kamu pun dapat pahala kalau share sebab mana tahu dorang amalkan and setiap apa yang dorang amalkan awak dapat pahala. Subhanallah ....

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!