November 21, 2016

Resepi Kuih Lepat Liat

Asslammualaikum..

Dua hari tak berposting apa2...geram dan marah pun ada tgk TM ni..kerap betul bagi masalah kat Unifi ni..nasib jer diaorg ni tak dak competitor..kalau tak dah memang tukar dah.  Cuma dapat jengah guna hp jer..sadis sungguh kan




Haa..siapa orang Utaqa mesti tau kuih lepat liat ni. Kuih ni mmg favorite dhubby dan mak sy pun mmg selalu buat waktu dia sihatKuih lepat liat ni kuih tradisional orang Utara dan dhubby kalau dapat kuih ni mmg akan makan untuk sarapan, minum petang dan malam selagi tak habis la. Memang special kuih ni dan so far mmg tak de orang jual kuih ni kat KL! kalau arwah MIL dia akan guna beras pulut hitam pastu hantar ke kedai untuk dikisar pastu baru dia buat..jadi nampak cantik la.

Teringat masa mula nak buat kuih ni..sorok2 dr dhubby sebab dia tau wife dia ni bukan pandai bab memasak apalagi kuih legend org Utaqa ni..tapi sejak anak2 dah besar tu terasa nak makan so buat la...Alhamdulillah menjadi dan sekarang kalau dhubby terasa nak makan dia mintak jer sebab tepung beras mmg stok yg mesti ada!

Orang Kedah yang ada kat KL ni kalau dapat kuih ni mmg tak pandang kuih lain dah tau..adik beradik kaum kerabat dhubby la camtu keke

Bahan-bahan:-

  • 800gm tepung pulut. Kalau campur dengan tepung pulut hitam pun cantik jd warna tu jadi sedikit gelap.
  • gula kabung/gerek/merah (sy guna gula gerek 3 keping) yang dimasak
  • Minyak sedikit untuk disapu atas daun pisang
  • garam 
  • daun pisang sebagai pembungkus
  • 1/2 biji kelapa parut yg putih digaul dengan sedikit garam
Cara-caranya:

1. Gula gerek/kabung/merah tu dicampur dengan air dengan 2 cawan air dan letak atas api utk dicairkan. Letakkan daun pandan untuk jadikan air gula tu wangi.  Bila gula dah cair, tutup api dan biarkan ia sejuk

2.  Daun pisang dilayur atas api kemudian dipotong dalam size 4 inci, dipotong bahagian atas dan bawah dan jadikan saiz 10inci.

3.  Kelapa parut digaul dengan garam sedikit

3.  Tepung diayak dan dimasukkan kedalam bekas kemudian letakkan sedikit garam, masukkan air gula merah yg ditapis tu dan gaul tepung hingga sebati dan macam kita buat lepat pisang. Gaul hingga sebati.

4.  Permukaan daun pisang tu dioles dengan minyak dengan rata dan kemudian ambil adunan tepung (dalam 1 sudu) diletak atas daun pisang dan ditekan nipis2 macam lempeng, letakkan 2 sudu kelapa parut kat bahagian tengah dan bungkus tepung tu macam buat tepung bungkus atau macam lepat pisang.

5. Masukkan lepat yang dah siap dibungkus tu kat dalam pengukus dan kukus selama 45 minit.

Kalau dah sejuk, apa lagi hidang la buat minum petang.

Selamat mencuba dan menjamu selera




pembantu khas tgk dalam proses membalut lepat liat
dhubby nak bawak gi ofis

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!